PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Aug
16

ULASAN MUFTI PULAU PINANG BERHUBUNG ISU LARANGAN PENGGUNAAN PEMBESAR SUARA UNTUK BACAAN AL-QURAN SEBELUM AZAN SUBUH.

1. S.S Dato’ Seri Mufti melahirkan kekesalan di atas segala kenyataan yang tidak professional dan tidak berhemah daripada semua pihak termasuk menuduh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang membuat keputusan secara melulu berkaitan isu tersebut.

2. Keputusan tersebut diputuskan adalah berdasarkan rasa tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bagi menyatakan kebenaran dan ia bersandarkan dalil yang sohih.

3. Islam mensyariatkan untuk kita tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan sebagainya. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain wajib dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

4. Walaupun bacaan Al-Quran dan zikir amatlah baik, namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri atau ingin membacanya pada waktu lain atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang sedang tidur atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan Islam dan lain-lain.

5. Rasulullah S.A.W melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga mengganggu mereka yang lain yang sedang beribadah atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang sedang berada di dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi atau tumpuan terhadap solat mereka, mana mungkin untuk menguatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga mengganggu mereka yang sedang berada di luar masjid.

6. Larangan ini adalah keputusan yang berlaku pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana hanyalah bagi mereka yang berada di dalam masjid sahaja, bagaimana jika Rasulullah dan para sahabat serta para ulamak dahulu melihat keadaan pembesar suara pada zaman kita ini, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik, tetapi itu arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni.  

SAHIBUS SAMAHAH DATO’ SERI HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD
MUFTI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

(15 Ogos 2011).

Advertisements
Aug
15

Nak termuntah bila dengar cakap-cakap manusia pembohong, pembelit, pencari kesalahan orang dan cakap tak serupa bikin ini..

Ketua Polis Negara – ‘Kita harap jangan ada pihak yang cuba memecah belahkan keharmonian kaum dinegara ini, kita sudah berpuluh tahun tinggal bersama-sama dan menghormati sesama kaum..Malah kita juga saling menghormati antara berlainan bangsa, kepercayaan agama dinegara ini, jadi kita kena meneruskanlah perkara tu..”

Datuk Rais Yatim –  “Ini jelas membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka..”“(beliau yang mendakwa ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu)

Datuk Zahid Hamidi – “Saya amat dukacita fatwa yang dikeluarkan oleh JHEAIPP yang selama ini tidak ada sebarang kajian dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai larangan ini..” (ketika mengulas tindakan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang meminta masjid dan surau menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di negeri tersebut).
 
Perdana Menteri Datuk Najib Tun A. Razak – “Saya menghormati keputusan hakim. Sebagai rakyat Malaysia, saya hormat, tidak kira apa juga jawatan saya. Sebab itu saya hadir dan telah menyatakan pendirian saya..” (ketika mengulas kehadiran beliau ke Mahkamah setelah dipanggil sebagai saksi kes perbicaraan Datuk Sri Anwar Ibrahim).                                                                                                      

Aug
14

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad bin Sabu berkata, PAS mahu Agong mengambil tindakan terhadap pihak atasan SPR khususnya pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof  dan timbalan pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar  kerana gagal menjalankan tugas dengan baik.

Baca disini.. dan juga disini..

Tentang perkara ini saya tidak bersetuju dengan Timbalan Presiden PAS tersebut..

Bagi saya adalah lebih baik kita fikirkan cara lain bagi menangani perkara ini kerana saya tidak yakin dan adalah mustahil orang yang kita mohon campur tangan itu akan mendengar permohonan kita.

Aug
12

Sesuatu yang menarik untuk dikongsi dan difikirkan bersama..

Saya dan sahabat saya Saudara Hj. Aris Awang (arisawang.blogspot.com) mendapat email yang sama isi kandungannya dari Ustaz Fauzi Tahir, Yang DiPertua PAS Padang Serai, Kedah yang juga merupakan seorang Ahli Falak.

Saudara Hj. Aris Awang terlebih dahulu memuatkan kandungan email yang dikirim kepada kami kedalam blognya. Ini memudahkan lagi kerja-kerja saya bagi menceritakan apa kandungan email yang dikirimkan kepada kami itu dengan meng “copy”nya sahaja dari blog beliau.

BETULKAH SEMENANJUNG RAYA DAHULU DARI SABAH /SARAWAK?

Pemuda dan pemudiku bakal Pemerintah Negara.
Kebiasaannya jika kita raya lewat sehari dari Arab Saudi, maka riuh rendahlah umat Islam kerana tidak mengerti…. ada yang berkata “Raya pun umat Islam tak boleh bersatu”.Lebih mengejutkan, pada tahun ni 1432H Allah Taala jadikan fenomena tersebut berlaku di Malaysia sendiri.
Berdasarkan kepada kiraan Astronomi, perjalanan Matahari dan Bulan, hari raya di Semenanjung tak sama dengan Sabah Sarawak. Baca selanjutnya disini..

Ustaz Fauzi juga berkata dengan saya, sesiapa yang tidak bersetuju dengan beliau, beliau bersedia untuk berhujah dengan mereka dan  “Janganlah kerana 1Malaysia, Sabah dan Sarawak nanti berhari raya serentak dengan kita..”

Aug
09

Satu Sidang Media telah diadakan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain bagi mendedahkan 237 pengundi yang diragui di Negeri tersebut.

Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN) PAS Pulau Pinang melalui Exco Pemuda Negeri menemui 237 pengundi yang diragui status maklumat dalam SPR. Pertemuan yang di dedahkan dalam mesyuarat Pilihanraya yang diadakan menunjukan bahawa sistem maklumat SPR masih dalam keadaan yang membimbangkan.

Pengarah IT JPN mendedahkan hasil kajian maklumat melalui sistem PAS negeri menunjuk terdapat pemilih yang mempunyai data dan maklumat yang meragukan kerana terdapat nombor kad pengenalan yang hampir sama dengan nama pemilih tetapi mempunyai lebih dari satu tempat mengundi.

“Kes sebegini boleh diklifikasikan sebagai pemilih yang bakal menjadi pengundi hantu..” ujar Pengarah IT Negeri yang memohon JPN mendedahkan masalah ini kepada pihak yang berwajib.

Melalui bantahan yang dibuka oleh SPR baru-baru ini hanya membabitkan bantahan terhadap Daftar Pemilih Tempatan suku ke-2 sahaja sedangkan bantahan terhadap DPI ( Daftar Pemilih Induk ) tidak dilayan oleh SPR.

Pengarah JPN Pas Pulau Pinang memandang perkara yang wujud ini adalah merupakan satu bentuk kesilapan yang perlu di maklumkan kepada SPR sebagai langkah membantu SPR membaiki sistem maklumat data pemilih.

Sumber : http://penagadaily.blogspot.com

Aug
06

Mahkamah Tinggi kekal keputusan bebas Mat Sabu.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menolak rayuan pihak pendakwa terhadap keputusan mahkamah majistret membebaskan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu daripada tuduhan menghalang tugas penjawat awam pada 2007.

Selanjutnya baca disini..

Ditangkap oleh pihak polis, naik turun Mahkamah sudah menjadi perkara biasa bagi dirinya..yang menariknya Timbalan Presiden PAS ini tidak pernah kalah apabila kes-kesnya dibicarakan.

Aug
04

Mereka cukup takut dan risau jika berlaku pula Perhimpunan BERSIH 3.0. Sebelum ini pihak Pakatan Rakyat yang sering tidak berpuas hati dengan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) dan SPR (Suruhanjaya Pilihanraya).

Kali ini giliran mereka pula yang mengatakan JPN dan SPR menjadi beban dan menyusahkan Kerajaan BN sedangkan sebelum ini kedua-dua agensi tersebut sering memihak kepada mereka.

Lihat saja kenyataan dibawah..

Kad PR Merah bertukar menjadi IC Biru, Kecuaian JPN Menawarkan PELUANG Pakatan Menganjurkan BERSIH 3.0…!!

Anggota Parlimen Pakatan Rakyat hari ini menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar Parlimen untuk membincangkan isu pertukaran status penduduk tetap (PR) kepada warganegara dengan sekelip mata.

Anggota Parlimen Kubang Kerian Salahudin Ayub (kanan) berkata mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat kerana mendakwa perkara “khianat” itu “mengancam keselamatan dan kedaulatan negara”.

“Kami beri masa seminggu kepada perdana menteri untuk menjawabnya,” katanya dalam sidang akhbar anggota parlimen Pakatan di pejabat Pakatan di Petaling Jaya hari ini.

Menurut Salahuddin, sidang itu mestilah diadakan dalam bulan Ramadan ini juga.

Turut hadir Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), setiausaha biro antarabangsa DAP Liew Chin Tong (Bukit Bendera), Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Dr Mariah Mahmud (Kota Raja).

Semalam, Malaysiakini melaporkan, status seorang penduduk tetap yang berjaya didaftar sebagai pengundi bertukar kepada warganegara dalam tempoh empat jam sahaja selepas didedahkan.

Laporan itu mengundang kritikan pelbagai pihak, terutamanya oleh Pemuda PAS yang mendakwa memiliki banyak lagi bukti kes sebegitu berlaku.

Ditanya tindakan lanjut Pakatan sekiranya desakan itu tidak diendahkan Najib, Salahuddin berkata: “Kami mempunyai beberapa siri tindakan. Tunggu saja.”

Tunggu saja…? Apakah maksud disebalik “tunggu saja”?

Adakah ianya bermaksud juak juak Pakatan akan menggunakan peluang terbaik ini untuk menganjurkan Bersih 3.0 dan seterusnya menggapai cita cita Anwar untuk menjadikan Dataran Merdeka sebagai Tahrir Square..??

Kenapa agensi agensi kerajaan seperti JPN [Jabatan Pendaftaran Negara] dan SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) tak habis habis menjadi beban menyusahkan kerajaan BN..?

Dicopy dari Blog Pro UMNO BN, harap maaf tidak dapat diberitahu nama blog tersebut kerana ianya juga memuatkan Full Version Video tuduhan perlakuan seks Anwar Ibrahim.

Aug
03

Aug
02

Gambar-gambar yang diambil pada Majlis Perasmian Pasar Ramadan Bayan Lepas, Pulau Pinang yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng pada hari Isnin, 1 Ogos, 2011 bersamaan 1 Ramadan 1432.

Aug
01

Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA dan TAUBATlah UBATNYA. Jika seluruh HARTA adalah RACUN maka ZAKATlah PENAWARnya dan jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHANlah PEMUTiHnya..

Jamil Camca..

Pesan Jibrail a.s. buat Nabi saw..Jangan tinggalkan bermohon maaf dengan tiga golongan ketika hadirnya Ramadhan. 
 
1. Mohonlah maaf dari kedua ibubapa mu.

2. Mohonlah maaf sesama suami dan isteri.

3. Mohonlah maaf dari keluarga, sahabat handai dan mereka yang berada disekeliling mu.

Syed Izaki San..
 
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..