PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

(Gambar) Demo didepan rumah Haji Mohamad Sabu..

September 17, 2011

Entah dari mana datangnya puak-puak ini, bekas-bekas talibarut penjajah agaknya? Tiba-tiba muncul petang semalam mengadakan demontrasi dihalaman rumah Timbalan Presiden PAS, Hj. Mohamad Sabu di Kampung Guar Petai, Tasek Gelugur, Pulau Pinang. Hj. Mohamad Sabu dan keluarganya tiada dikampung tersebut ketika itu. Mereka kemudiannya segera beredar dari situ setelah orang-orang kampung tersebut semakin ramai. Advertisements

Fitnah dosanya lebih besar dari membunuh orang – Lim Guan Eng.

September 14, 2011

Lim Guan Eng di Rumah terbuka Aidil Fitri-Merdeka..

September 12, 2011

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng beserta beberapa orang lagi Exco Kerajaan Negeri turut hadir di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka peringkat Nasional yang diadakan di Permatang Pauh semalam. (Gambar-gambar diambil dari Facebook CM Lim Guan Eng).

“Profesor Kangkong..”

September 11, 2011

Kawan aku yang kami panggil Badek, sesiapa pun tengok dia ni lekeh, rupanya dia lagi bijak dari “Profesor Kangkong” ni.. Kata Badek pada aku..”Malaysia merupakan antara negara yang menganggotai persatuan “Negara-Negara Komanwel” (klik disini), bila dah jadi anggota Komanwel tu menatang apa?”.. “Alahai Profesor Kangkong, kalau nak mengampu pun padan-padan la..” Profesor keliru, kemudian kelirukan […]

SEJARAH BAGAI GADIS DISOLEK SESUKA HATI.

September 8, 2011

54 SOALAN UNTUK RENUNGAN ANAK-ANAK MUDA PASCA MERDEKA SEMPENA 54 TAHUN “MERDEKA”. 1. Benarkah UMNO tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang? 2. Sebelum Merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka UMNO pula, walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang […]

Shahidan Kassim juga akan disiasat?

September 6, 2011

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kertas siasatan telah dibuka berhubung laporan Utusan Malaysia yang mendakwa kenyataan Timbalan Presiden PAS, Hj. Mohamad Sabu menghina pasukan polis baru-baru ini. Menurut Khalid, kertas siasatan itu telah dibuka di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam. “Kenyataan itu menggemparkan masyarakat. […]

Penjajah hinakan Rakyat Part 2..

September 5, 2011

Sambungan tulisan Hj. Fauzi Tahir, YDP PAS Padang Serai, Kedah. Saudara-saudara ku, Raja-Raja Melayu yang menentang penjajah dibuang negara seperti Raja Abdullah yang dibuang pada tahun 1877 ke Pulau Seychelless berhampiran Pulau Madagaskar. Rakan sebilik saya di Hostel Universiti Al-Malek Saud Riyadh pada tahun 1987 adalah warganegara Afrika Selatan berbangsa Melayu, namanya Abdul Malik. Beliau […]

Penjajah hinakan Rakyat..Part 1.

September 5, 2011

PENJAJAH MEMUSNAHKAN DAN HINAKAN RAKYAT NEGARA YANG DIJAJAH. Saudara-saudara ku, Ketika Puteri Balkis menerima surat daripada Nabi Sulaiman a.s. yang menyerunya memeluk Islam, baginda telah memanggil menteri-menterinya bermesyuarat. Setelah mendengar pandangan yang disarankan oleh menteri-menterinya iaitu mereka bersedia untuk berperang, baginda bertitah “Sesungguhnya Raja-Raja/Penjajah jika mereka menyerang satu-satu negeri, perkara pertama yang mereka lakukan ialah […]

Bukit Kepong (video) – Sejarah Negara bohong kita..

August 29, 2011

Kejadian ini tidak akan memecah belahkan perpaduan kaum..??

August 21, 2011

Ketua Polis Negara pernah meminta agar semua pihak tidak mengambil tindakan yang boleh merosak dan memecah belahkan perpaduan kaum di negara ini. “Kita harap jangan ada pihak yang cuba memecah belahkan keharmonian kaum di negara ini, kita sudah berpuluh tahun tinggal bersama-sama dan menghormati sesama kaum..malah kita juga saling menghormati antara berlainan bangsa, kepercayaan agama […]