PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Penjajah hinakan Rakyat Part 2..

Sambungan tulisan Hj. Fauzi Tahir, YDP PAS Padang Serai, Kedah.

Saudara-saudara ku,

Raja-Raja Melayu yang menentang penjajah dibuang negara seperti Raja Abdullah yang dibuang pada tahun 1877 ke Pulau Seychelless berhampiran Pulau Madagaskar. Rakan sebilik saya di Hostel Universiti Al-Malek Saud Riyadh pada tahun 1987 adalah warganegara Afrika Selatan berbangsa Melayu, namanya Abdul Malik. Beliau berkata “saya berketurunan pahlawan Melayu yang dibuang oleh Inggeris pada zaman penjajahan dahulu”.

Antara pejuang Melayu ialah Dol Said, lahir pada 1773 dan berjuang sekitar tahun 1831. Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berjuang berjuang sekitar 1891 di Pahang. Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut dan Dato Maharajalela yang membunuh JWW Birch di Perak pada 2 November 1875. Dato Maharajalela ditangkap dan dihukum bunuh pada 20 Jan 1877.

Perjuangan diteruskan oleh para pejuang diera tahun 50an oleh Ahmad Bostamam, Pak Sako (Ishak Hj Mohamad), Dr. Burhanuddin Al-Helmi, Ustaz Abu Bakar Baqir dan lain-lain termasuklah nama yang menjadi kontraversi sekarang iaitu Mat Indera.

Semua nama-nama ini dimusuhi oleh Inggeris. Antara mereka dibunuh, dipenjara, diburu, ditawarkan hadiah lumayan kepada yang membantu untuk menangkap mereka. Mereka juga dilebalkan sebagai penjahat, pengganas, penderhaka serta lanun sehingga lebal-lebal ini melekat didalam pemikiran orang-orang Melayu (UMNO khasnya) sehingga orang-orang Melayu juga beranggapan datuk nenek mereka berjuang sebagai orang jahat.

Hasil dari perjuangan ini, timbullah kesedaran rakyat yang akhirnya membuatkan Inggeris menawarkan kemerdekaan kepada pegawai-pegawainya yang terdiri dari orang-orang Melayu. Walaupun Malaysia Merdeka, rakyatnya terus dihina apabila Inggeris memastikan mereka yang mengambil alih pemerintahan negara ini berfikir cara Inggeris iaitu menganut fahaman Islam Sekularisma. Inilah yang diwarisi oleh UMNO dari tuan mereka iaitu British.

Saudara-saudara ku,

Apakah hukum menentang penjajah? Adakah perjuangan itu Fi Sabilillah dan mati didalam perjuangan itu adalah mati Syahid?

Allah menceritakan kisah Bani Israel yang dijajah oleh Jalut. Mereka meminta Nabi Syamun memohon kepada Allah agar mengutuskan kepada mereka seorang pemimpin yang akan memimpin mereka berjihad bagi membebaskan mereka dari penjajahan Jalut. Allah menjelaskan permintaan Bani Israel ini didalam Surah Al-Baqarah ayat 246 yang bermaksud:

”Tidakkah kamu mengkaji kisah pemimpin-pemimpin Bani Israel yang dijajah oleh Jalut selepas kewafatan Nabi Musa a.s., ketika mereka berkata kepada Nabi Syamun, lantiklah kepada kami seorang pemimpin yang akan memimpin kami berjuang Fi Sabilillah/menentang penjajahan Jalut..”

Maka Allah melantik Talut untuk memimpin Bani Israel menentang penjelajahan Jalut..lihat Surah Al-Baqarah Ayat 246-252.

Jelaslah disini bahawa orang-orang Islam yang berjuang menentang penjelajahan Inggeris, Portugis dan Belanda adalah adalah Fi Sabilillah dan mereka yang terkorban adalah Syahid pada jalan Allah. Begitu juga yang menentang Amerika di Iraq dan Afghanistan. Mereka bukanlan penderhaka, penjahat atau pengganas.

Kehinaan yang kedua adalah kehinaan selepas Merdeka.

Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957 tetapi masih belum mampu untuk mengembalikan pemerintahan Islam seperti yang berlaku dizaman Kesultanan Melaka. UMNO bukan sahaja tidak mampu melaksanakan Islam malah martabat dan budaya Melayu juga tidak dapat dipertahankan.

10 tahun selepas Merdeka, UMNO menghapuskan tulisan Jawi.

Selepas Merdeka juga UMNO menghadiahkan Temasik (Singapura) kepada Lee Kuan Yew, juga selepas itu menyerahkan Pulau Pedra Blanca (Pulau Batu Putih) dan Tanjung Pagar kepada Singapura.

UMNO gagal mendaulatkan Bahasa Melayu, UMNO telah mewajibkan pelajaran Metamatik dan Sains dipelajari didalam Bahasa Inggeris.

UMNO gagal mempertahankan Bank Bumiputra.

UMNO tidak berdaya meminda dan mempertahankan cuti mingguan dari hari Ahad ke hari Jumaat malah menipu Negeri Perlis dan Johor yang sebelum ini menjadikan hari Jumaat sebagai hari cuti mingguan mereka dengan menukarkannya kepada hari Ahad sebagai hari cuti mingguan kepada kedua-dua buah negeri tersebut.

UMNO masih tidak sedar  mereka mewarisi pemikiran penjajah.

Mereka fikir mereka sudah merdeka tetapi sebenarnya fikiran mereka belum merdeka. UMNO tidak sedar catatan sejarah yang mereka baca ditulis penjajah.

UMNO tidak sedar mereka telah dan terus ditipu.UMNO tidak sedar yang mereka lihat BENAR itu sebenarnya SALAH dan yang mereka lihat SALAH itu sebenarnya BENAR.

UMNO menyambut MERDEKA bukanlah kerana semangat patriotik tetapi kerana mereka mendapat peruntukan daripada program-program yang mereka sendiri rancangkan. Berjuta-juta..jadinya bukanlah MERDEKA..!! tetapi MAU DUIT KA..!!

No Responses to “Penjajah hinakan Rakyat Part 2..”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: