PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Penjajah hinakan Rakyat..Part 1.

PENJAJAH MEMUSNAHKAN DAN HINAKAN RAKYAT NEGARA YANG DIJAJAH.

Saudara-saudara ku,

Ketika Puteri Balkis menerima surat daripada Nabi Sulaiman a.s. yang menyerunya memeluk Islam, baginda telah memanggil menteri-menterinya bermesyuarat. Setelah mendengar pandangan yang disarankan oleh menteri-menterinya iaitu mereka bersedia untuk berperang, baginda bertitah

“Sesungguhnya Raja-Raja/Penjajah jika mereka menyerang satu-satu negeri, perkara pertama yang mereka lakukan ialah memusnahkan negeri/negara tersebut. Perkara kedua ialah mereka menjadikan penduduk negeri itu hina dina. Inilah yang dilakukan oleh penjajah”. (Surah Al-Naml ayat 34).

Puteri Balkis berkata demikian kerana baginda belum mengenali Nabi Sulaiman. Ucapan ini adalah umum yang ditujukan kepada semua penjajah. Penjajah zaman dahulu dan penjajah moden. Allah memuatkan ucapan itu didalam Al-Quran supaya diambil pelajaran oleh orang-orang yang beriman termasuk orang Melayu.

Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh Amerika terhadap Iraq dan Afghanistan. Bukankah tamadun Negara Iraq dan Afghanistan hancur, bangunan-bangunan musnah, rakyat Iraq dan Afghanistan diperbodohkan, dirogol, dibunuh dan dijadikan hamba. Mereka yang menentang Amerika dilebal sebagai pemberontak dan pengganas. Hakikatnya mereka adalah pejuang kemerdekaan.

Amerika mengambil rakyat Iraq menjadi polis bagi menentang saudara-saudara mereka yang berjuang memerdekakan Iraq. Barua-barua Amerika (dari pasukan polis hingga menteri) dengan bangganya bekerja keras, siang dan malam bagi kepentingan Amerika. Perkara yang sama berlaku di Afghanistan. Mungkin Libya akan menjadi mangsa seterusnya. Itulah penjajah, mereka akan memusnahkan negeri yang dijajah dan hinakan negeri tersebut. Talibarut Amerika yang terdiri daripada rakyat tempatan merasa bangga, seolah-olah merekalah pejuang sedangkan mereka sebenarnya adalah orang yang mempertahankan penjajah yang telah memusnahkan negara dan rakyat mereka sendiri.

Saudara-saudara ku,

Begitulah juga yang berlaku ditanahair kita Malaysia, Bermula sejak tahun 1511, apabila Melaka dijajah Portugis. Portugis hancurkan Melaka, mereka jadikan batu-batu nisan daripada perkuburan umat Islam sebagai dinding Kota Melaka. Kemudian tanahair kita dijajah pula oleh Belanda setelah Belanda mengalahkan Portugis didalam tahun 1641. Seterusnya Belanda membuat pertukaran dengan Inggeris didalam tahun 1786, sejak dari tarikh tersebut kekallah tanahair kita dijajah Inggeris hingga 1957, kecuali pada tahun 1941 hingga 1945 Tanah Melayu dijajah oleh Jepun.

Saudara-saudara ku.

Janganlah kita ditipu oleh penipu-penipu sejarah. Kita dijajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Tetapi anak-anak muda kita disajikan seolah-olah kita hanyalah dijajah oleh Jepun sahaja. Pihak yang memesongkan pemikiran kita adalah Inggeris, Inggerislah yang mengsekularkan pemikiran kita, yang menjauhkan kita daripada Islam.

Sejak dari mula lagi apabila Melaka dijajah, telah bangun para-para pejuang yang berjuang untuk membebaskan Melaka dari penjajahan Benggali Putih. Pejuang-pejuang tersebut bukan sahaja dari Tanah Melayu tetapi juga dari Jawa, Sumatera dan Sulawesi. Antaranya Raja Haji yang berjuang dilaut dan dilebalkan sebagai “lanun” oleh penjajah.

Untuk membakar semangat juang, maka terhasillah sebuah Syair yang berbunyi..

Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa saya berikan.

Haji Fauzi Tahir – YDP PAS Padang Serai, Kedah. 5 Ramadan 1432/5 September 2011.

No Responses to “Penjajah hinakan Rakyat..Part 1.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: