PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

2 kereta – 2 pemimpin..

Dua buah kereta (gambar) – yang satu sudah berusia (peninggalan Kerajaan BN)..harga dipasaran pun tinggal belasan ribu sahaja. Manakala kereta yang satu lagi masih baru..harganya tidak dapat dipastikan, yang pasti harganya cukup mahal (mungkin 500 ribu atau lebih).

Kedua buah kereta ini dimiliki oleh dua Kerajaan Pakatan Rakyat dari dua buah negeri di Utara Semenanjung. Kereta yang sudah berusia dan lama itu digunakan oleh seorang pemimpin bukan Islam manakala yang masih baru dan hebat itu pula digunakan oleh pemimpin yang berugama Islam.

(gambar kereta-contoh)

Kaya sangatkah negeri yang diperintah oleh Ketua Kerajaan yang mempunyai kereta yang hebat itu atau miskin sangatkah negeri yang diperintah oleh Ketua Kerajaan yang mempunyai kereta yang sudah berusia dan lama itu?

Keperluan apa yang penting sangat untuk menggunakan kereta yang hebat dan mahal harganya itu? Akhlak Islam sebenarnya sedang diamalkan siapa?

“Nabi saw memerintah negara Madinah, orang luar datang dan mencari Istana Nabi waktu itu tidak jumpa, kerana Nabi tinggal di sebuah pondok yang kecil..”, begitu juga dengan Khalifah Omar Abdul Aziz, seorang pemerintah Islam yang terkenal tetapi memilih cara hidup yang begitu sederhana serta miskin..”

Dimana ustaz-ustaz yang menceritakan tentang kisah-kisah ini kepada kita? Tidak adakah yang berani menegur bila pemimpin kita membazir?

Bila musuh yang buat kita hentam, bila ketua kita sendiri yang buat, mengapa kita hanya  berdiam diri?

3 Responses to “2 kereta – 2 pemimpin..”

  1. wooi penjual ubat!!!! dia ostattt..hangpa tu sapa?…dia tau lah mana haram jadah mana yang halalan toibah….lim guan eng tu bukan islam!!! mana dia tau apa itu haram jadah n apa itu halalan toibah…sbb tu lah dia x nak tukar kete tu…

  2. kalau hang jadi menteri besar, rasa nnti hang pun pakai Ferrari kot? jgn dok kata org.. 500k tu harga lepas tax.. kerajaan beli tak payah tax.. cakap otak boh kat lutut!!

  3. penjual ubat………kita ni baru berapa kali khatam quran , dia tu ostad. dia tau nak guna ayat mana yg sesuai dgn diri dia. aku sokong kenyataan org minyak. guan eng tu sapa ………tak masuk jawi pun. lg pun mb kedah tua dah………….bagi chance la dia naik kheta mahai.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: