PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

BERSIH punca Ustaz Zamri dipecat TV9..

Gara-gara menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lepas, hos rancangan ‘Adik & Al-Quran’ menerima notis pecat 24 jam dari rangkaian televisyen Media Prima yang dimiliki Umno.

Ustaz Zamri dipecat semata-mata kerana gambarnya menyertai perhimpunan Bersih 2.0 didedah oleh beberapa blogger Umno.

Pemecatan beliau turut disahkan oleh penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy.

Ezzah mendedahkan, pihak atasan Prime Works bertanggungjawab mengarahkan pemecatan Ustaz Zamri serta menghentikan program berkenaan serta-merta atas sebab tertentu.

“Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.

Gambar Ustaz Zamri menyertai Himpunan BERSIH 2.0 disebar meluas di internet oleh puak hasad dengki dan tidak boleh menerima kenyataan.

“Program Adik & al Quran sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan antara program yang mendapat rating tertinggi di kalangan penonton, tetapi stesen TV lebih mementingkan isu sensitiviti dan perlu memberi penekanan kepadanya,” katanya dipetik dari Sinar Harian, semalam.

Perkembangan terbaru itu dijangka bakal mencalar imej TV9 sebagaimana yang diperlihatkan rakyat ke atas saluran TV3 sebelum ini.

penangdaily.com

5 Responses to “BERSIH punca Ustaz Zamri dipecat TV9..”

  1. silapnya ustaz zamri jadi hos rancangan berkaitan al-quran kalau dia kendali rancangan hiburan yang loq-laq mungkin tak ada apa-apa.

  2. TAKPA AMBIGA NGAN ANWAR KAN DAPAT DUIT DANA DARI YAHUDI… DORANG DUA DAPAT DUIT JUTA-JUTA … SETAKAT USTAZ ZAMRI … DON WORI LAH … AMBIGA BOLEH BELI TV9.. PASTU BUAT LA PROGRAM UNTUK USTAZ ZAMRI NI….

  3. bodoh punya m kamal buat citer merapu & fitnah yg melampau kalau dah terlampau banyak makan tahi UMNGOK maka begitulah minda corrupt UMNGOK aka UMPORNO.

    Akmal

  4. Rancangan faveret aku dgn anak dah kena kick out just bcause of this? Wei, kalau korang siar je pun dh dapat saham pahala. Ini fikir dunia je org atasan tv9 ni tau. Nampak sangat siar program bukan kerana Allah Taala. Ini lah jadinya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: