PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Corat coret PRK Tenang..

Corat-coret sewaktu berada di Tenang..

Ceramah Ketua Menteri Pulau Pinang di Tenang diganggu oleh penyokong BN, beritanya sila klik disini..

Sekiranya penyokong Pakatan Rakyat mengganggu majlis BN, sudah semestinya akan berlaku tangkapan. Benarlah kata-kata Haji Mohamad Sabu..”keadaan politik di Negara kita masih lagi dialam jakun..”

Apabila terdapatnya gangguan dari pihak UMNO BN, sebenarnya pihak PAS sendiri yang patut disalahkan. Dimanakah para petugas PAS? Disegi moral PAS telah tewas apabila kejadian ini berlaku. Sepatutnya PAS mempunyai para petugas yang agresif untuk menghadapi kejadian seperti ini agar kita tidak dipandang lemah oleh pihak musuh, musuh sudah semestinya tidak akan berani untuk mencabar kita apabila melihat kita hebat. Contohnya semasa pilihanraya kecil Lunas dan Permatang Pauh.

Ada juga pihak dari PAS yang mengatakan pihak polis ada disitu untuk mengawal keadaan. Wajarkah kita hanya mengharap pihak polis untuk mengawal keadaan? Saya ada didalam satu kejadian gangguan dari pihak BN sewaktu pilihanraya kecil Hulu Selangor, terdapat kira-kira 10 hingga 15 anggota polis ketika itu, apabila keadaan menjadi tegang pihak polis telah menjauhkan diri mereka dari tempat kejadian dan aduan kita langsung tidak didengar.

Kita juga kesal dengan sikap segelintir pimpinan PAS, sepatutnya semua AJK PAS Pusat bergerak cergas semasa berkempen, bukan hanya menumpang populariti seseorang penceramah untuk turut sama berceramah. Mantan Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Nor suatu ketika dahulu dikatakan akan tetap berceramah walaupun hanya beberapa orang sahaja yang mendengarnya. 

Bersama Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Amiruddin Hamzah dan Adun Kubang Rotan, Kedah, YB Nasir Mustafa mengikuti calon PAS, Cikgu Normala Sudirman berkempen dari rumah ke rumah di Felda Cempelak Barat.

 

Diberitahu terdapat kira-kira 30 buah rumah disitu, syukur tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku, cuma sepanjang berada disitu, hanya terdapat sebuah rumah sahaja yang ada terpacak bendera PAS dihalaman rumahnya. Yang lain sah bermazhab UMNO BN, dikatakan juga setiap rumah yang dipasang bendera BN mendapat habuan sebanyak RM50.Seorang penyokong UMNO BN yang ditemui berkata beliau tidak ada masalah untuk menyokong PAS, cuma beliau tidak bersetuju PAS bekerjasama dengan DAP dan juga PKR. Inilah alasan yang selalu kita dengar sedangkan sewaktu PAS bersendirian dahulu, mereka tetap tidak menyokong PAS.

2 Responses to “Corat coret PRK Tenang..”

  1. Saya lihat sbhgn besar pemimpin pusat pas tidak memakai baju lambang party spt yg dilakukan oleh DAP dan BN.Lihatlah hari penamaan calon Cikgu Mala pakai hijau pemimpin pakai ikut suka.BN,semua pakai baju dacing.Disini menggambarkan dari segi saikologi pemimpin2 kita masih rasa rendah diri dgn parti PAS..mengapa?

  2. bagi aku… bagus jugak petugas pas tak masuk campur atau halang pemuda BN tu… kalu tak confirm esok nyer keluar dlm surat khabar dan tv… petugas pas ganas….

    tektik provokasi bodoh umno jgn dimakan…
    bila petugas pas tak kacau diorg… last2 BN gak yg malu pasal bodoh sgnt dgn sistem demokrasi…hahahhaha…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: