PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Archive for January 2011

Dimanakah golongan Agama..??

January 29, 2011

Kebangkitan rakyat di Tunisia telah berjaya menggulingkan pemerintahan zalim 23 tahun regim Presiden Zine En-Abidine Ben Ali. Tanpa diduga kebangkitan rakyat negara itu kini telah menular pula ke Mesir. Di Mesir ribuan rakyat telah datang ke ibu negara tersebut bagi menyertai perhimpunan yang juga bertujuan bagi menggulingkan regim zalim Presiden Hosni Mubarak.  Khabarnya kebangkitan rakyat juga kini sudah mula menular […]

Corat coret PRK Tenang..

January 27, 2011

Corat-coret sewaktu berada di Tenang.. Ceramah Ketua Menteri Pulau Pinang di Tenang diganggu oleh penyokong BN, beritanya sila klik disini.. Sekiranya penyokong Pakatan Rakyat mengganggu majlis BN, sudah semestinya akan berlaku tangkapan. Benarlah kata-kata Haji Mohamad Sabu..”keadaan politik di Negara kita masih lagi dialam jakun..” Apabila terdapatnya gangguan dari pihak UMNO BN, sebenarnya pihak PAS sendiri […]

Tenang – tempat jatuh lagi dikenang..

January 23, 2011

“Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain..”  Suatu ketika dahulu saya juga pernah bermusafir disitu dan sudah agak lama jugak saya tidak kesana. Berlakunya pilihanraya kecil DUN Tenang ini adalah peluang saya untuk mengunjungi kembali Pekan Labis, Felda Tenang, Felda Cempelak, Kampung Air Panas, Kampung Sungai Gatom dan sebagainya. Insyaallah..dalam masa yang terdekat ini […]

Calon PAS Tenang ibarat anak jantan..

January 22, 2011

Seorang sahabat menghubungi saya melalui telefon siang tadi, beliau mengatakan kepada saya, bakal Calon PAS DUN Tenang, Cikgu Normala Sudirman yang masih muda tetapi sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai seorang guru demi perjuangan, bolehlah diibaratkan sebagai lebih anak jantan dari sesetengah pemimpin PAS yang ada. Menurut sahabat saya itu lagi..ini adalah kerana terdapat segelintir pemimpin PAS yang ada sekarang, apabila sudah pencen […]

Janji Setia II..

January 20, 2011

Ini satu lagi perkara penting tentang kegagalan Mahathir yang sedang dan akan dihakimi oleh rakyat dan sejarah. Beliau sepatutnya memberi nasihat yang baik kepada pemimpin negara ini agar mematuhi janji yang dimeterai. Patut mendidik rakyat supaya bersikap rasional dan menerima kenyataan dan bukannya hanyut dalam emosi negatif yang tiada  kesudahan. Perjanjian ini berlangsung dizamannya dan dia […]

Balasan apa yang beliau harapkan?

January 19, 2011

Yang Islam sepatutnya mengatasi yang lain namun dari dulu lagi kisah perjuangan yang bukan Islam mengatasi kita yang berugama Islam sudah ada. Kisahnya klik disini.. Kita pula sebagai orang Islam, sekiranya perjuangan kita ikhlas kerana Allah, kita dijanjikan balasan pahala dan sekiranya kita mati didalam perjuangan menegakkan Agama Allah, kita dijanjikan pula balasan Syurga. Kesimpulannya didalam […]

Satu pengorbanan untuk DUN Tenang..

January 17, 2011

Puan Normala Sudirman telah dinamakan sebagai calon PAS bagi mewakili parti tersebut didalam pilihanraya kecil DUN Tenang, Johor yang dijadualkan diadakan pada 30 Januari ini. Beliau adalah Ketua Muslimat PAS Labis juga merupakan seorang guru yang telah meletakkan jawatannya baru-baru ini. Berita yang didengar suami beliau yang juga merupakan seorang guru telah ditukar ke Johor Bahru secara […]

Hassan Ali – mungkin ini yang mereka mahu..??

January 13, 2011

Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Hassan Ali memberi amaran kepada Kerajaan Negeri Selangor agar tidak menyerang Khusrin secara peribadi kerana kata beliau ia adalah tidak adil dan boleh menimbulkan masalah. Nampaknya Hassan Ali ini lebih teruk dari orang UMNO. Orang UMNO sendiri walaupun mereka tahu Kerajaan yang mereka sokong ada melakukan […]

PLUS mansuhkan diskaun 10%..

January 12, 2011

Tak tahulah orang lain tetapi bagi saya, baru semalam selepas saya menggunakan Lebuhraya Utara Selatan menuju ke utara, saya mendapat tahu yang diskaun sebanyak 10% yang diberikan kepada pengguna lebuhraya tersebut selepas jam 12 tengah malam telah pun dimansuhkan. Untuk mendapatkan pengesahan, saya kemudiannya menghubungi pihak plusline (1800-88-oooo), maklumat yang saya dapati ianya telah berkuatkuasa […]

Aduka Taruna – sama macam UMNO..

January 9, 2011

Memang kita amat memerlukan penjelasan…Baca Malaysiakini, klik disini.. Demontrasi sering diadakan bertujuan memberi tekanan kepada pihak pemerintah terhadap sesuatu perkara yang kita tidak bersetuju dengan harapan mereka akan mendengar luahan hati kita. Kita juga sering mempertikaikan tindakan pasukan keselamatan yang diperalatkan oleh pihak pemerintah dengan menyembur gas pemedih mata, menyembur air asid, menangkap peserta demontrasi dan sebagainya […]