PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

UMNO-PAS..masih nak bersedudukan??

Baca dulu yang ini.. klik..

Kawan-kawan selalu bertanya, mengapa blog ini sudah tidak aktif seperti selalu? Apa yang patut saya jawab?  Siapalah saya..kalau blog ini terus ditutup pun tak akan memberi kesan kepada sesiapa.

Terus terang sebenarnya saya begitu kecewa dengan kepimpinan PAS sekarang, saya juga sudah tidak boleh memuja PAS seperti dahulu lagi.

3-4 hari lepas..saya bertemu dengan seorang aktivis PAS, beliau juga sama seperti saya, betapa tawarnya hati beliau kepada PAS sehingga sekarang selepas isu UG (Unity Goverment) timbul dahulu.

Beliau memang senada dengan saya. Saya juga menjadi tawar hati kepada PAS  kerana terdapatnya pemimpin-pemimpin PAS yang pernah cuba hendak berkasih dengan UMNO dahulu. Maaflah..apabila saya melihat wajah-wajah mereka hati saya akan menjerit mengatakan ‘HIPOKRIT’!!..kepada mereka.

Apatah lagi sekarang PAS juga mempunyai pemimpin seperti ini. Sila klik sini..

Mempunyai pemimpin yang masih ada hati dengan UMNO. Mempunyai pemimpin yang dikatakan pernah mengatakan PAS-UMNO seperti abang adik. Mempunyai pemimpin yang tiada ketegasan, mempunyai pemimpin yang tidak berperanan, kemana halatuju PAS selepas ini? Tak payahlah nak mengatakan isu UG ini adalah mainan UMNO untuk memecahbelahkan PAS dan Pakatan Rakyat, ianya mainan media atau sebagainya. Orang melihat dan mendengar apa yang pemimpin-pemimpin “pro UMNO” buat. 

PAS adalah Parti Islam, ia patut mengatasi yang lain-lain. Bukannya hanya membiarkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat lain seperti Lim Guan Eng (DAP) atau Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR) mengatasi kita.

Kita pula hanya sibuk mengatasi dalam perkara hendak bersedudukan dengan UMNO.

Advertisements

4 Responses to “UMNO-PAS..masih nak bersedudukan??”

  1. kita buat parti mat sabu…apa macam?

  2. Wahai penjual ubat anda tidak perlu kecewa, PAS telah ramai kehilangan pemimpin atasan nya kerana cintakan UMNO tapi PAS tetap gah d persada negara, yg semakin lemah adalah UMNO.Jika anda berjuang hanya untuk pemimpin anda wajib kecewa,tapi kalau anda berjuang untuk Islam anda patut memperhebatkan lagi perjuangan ini.Sesiapa saja yg berjuang tidak iklhlas dlm perjuangan islam pasti dihujung nya akan terserlah niatnya itu.ini janji Allah,di malaysia ia pernah menimpa Dtk Asri,Nakaei,Zul Kulim dan ramai lagi.Lihatlah sanjungan Allah pada pemimpin yg ikhlas spt Ustaz Fadhil Noor, 10 km dari tempat perkebumian sudah dipenuhi oleh manusia dan malaikat.

  3. Bagi saya saya tak kecewa tetapi dah tak tahan dengan peragai tiga empat kerat Pemimpin PAS yang ingin menjual PAS dengan begitu murah sekali walaupun nilainya terlalu tinggi melambung di dalam pasaran.Mereka seolah olah tidak faham bahawa kalau Jual PAS pada UMNO.Maka UMNO akan jual Melaysia pada Yahudi.Sekarang UmNO dah jual Malaysia.Hasan Ali masih tak puas hati sebab tak dapat jual PAS selangor pada Melayu.Azizan Razak 9MB) Kedah nak jual PAS Kedah Pada Mukris.Mukris nak jual Kedah sekali dengan sultannya pada pelabur asing.Saya suka guna perkataan Jual dari UG sebab apa yang saya nampak.Pecaturan politik sekarang ini adalah seperti jual menjual Parti bagi mendapat habuan peribadi yang lumayan sedangkan Rakyat sedang terseksa dengan Kos hidup yang semakin tinggi.Ni lah celakanya politik Malaysia.Dah tak dapat beli PAS mereka guna Raja untuk nak pujuk TGNA.Pokoknya Ahli PAS tidak boleh diam diri lagi perlu bertindak di muktamar akan datang.Kita hapuskan segala genjaja yang masih mahu melelong PAS untuk dapat habuan dunia yang sedikit.

  4. OTAK KAU MEMANG GELIGA PENGALI KUBUR…
    BOLEH BUAT BATU CINCIN….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: