PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Perbicaraan Hj. Mohamad b. Sabu di Mahkamah Jawi..

Sambungan kes Perbicaraan Tuan Hj. Mohamad b. Sabu dan 9 lagi OKT yang telah berlanjutan selama 3 tahun diatas tuduhan menghalang penjawat awam (pihak polis) menjalankan tugas telah berlangsung hari ini.

Barisan Peguambela yang diketuai oleh Saudara Hanipa Maidin.

Perjalanan perbicaraan hari ini telah memaksa pihak peguambela mengemukakan ‘Gentlemen Gesture’ kepada pasukan pendakwa agar menarik balik tuduhan setelah Saksi ke 11 (Polis) mengaku bahawa pada bila-bila masa yang tertentu beliau tidak pernah berhasrat untuk memohon waran tangkap terhadap Tuan Haji Mohamad bin Sabu.

Berdasarkan dokumen-dokumen yang dikemukakan dan diterima pakai oleh Mahkamah, beliau (Saksi ke 11) sekadar memohon saman dikeluarkan terhadap Haji Mohamad bin Sabu dan bukannya waran tangkap. Mahkamah bagaimanapun telah menolak permohonan pihak peguambela dan perbicaraan akan disambung lagi pada 28 Disember, 2010.

9 orang OKT yang turut dibicarakan.

Advertisements

3 Responses to “Perbicaraan Hj. Mohamad b. Sabu di Mahkamah Jawi..”

  1. 28 hb ni 2’30 ptg bukan perbicaraan lg tapi pengulungan kes pakat mai mahkamah ramai ramai bg sokongan kpd barisan peguam yg pulun mermatian menentang dan membongkar kebodohan pihak pendakwaan dan polis

  2. kesian broder niiii (abg Mat).
    bergerak sorang2…yg lain tengah sibuk cuba nak jadi yb musin depan sambil menketedarah tak kenyang2.
    teringat aku pada cerita abu jahal semasa menyerbu dan mengeladah rumah Rasulullah selepas Nabi berjaya berhijrah ….umaiyah b khalaf menjumpai banyak barang2 berharga yg di amanahkan kepada Nabi oleh orang2 Quraish untuk dijaga,dia bercadang untuk merampas barang2 tersebut tetapi di larang oleh abu jahal…dgn alasan itu hak org ramai kaum quraish ….
    siapa yg boleh menafikan kisah kejahatan abu jahal? tapi dia masih menghormati harta kaumnya.

    Hari ini…. tak kira apa parti seolah sedang silau di bukit uhud????

    aku menyeru org2 pas bangunlah dari tidur ….ingatkan pimpinan kita, mereka telah lari dari landasan.

    jika Haji Hadi tidak lemah masakan azizan begitu berkuasa?

    Allah suruh kita promote Islam bukan parti….bukan orang…bukan harta.

  3. Mat Sabu sudah tidak diperdulikan oleh PAS
    perbicaraannya tidak dihirau oleh harakah. Minggu lepas jumpa seorang org kuat ust azizan.Tanya dia betulkah seorang org kuat ustaz telah diberhentikan? dia jawab betoi tapi semua tuduhan keatas org itu adalah fitnah.Maka sahlah pendapat ramai yg ust azizan masih sayang kat org kuat dia ni. Sama macam Najib sayang Isa Samad.Najib sayang Isa Samad pasai Isa dah selamat dia dlm kes port dickson. maka yg ustaz sayang kat org yg kena berhenti ni pasai apa?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: