PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Reezal Merican beri “bola tanggung”..

Semenjak merajui Kerajaan Negeri pada Mac 2008, konsep berjimat cermat yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berjaya membawa penjimatan sebanyak 35.41 peratus. Peruntukan perbelanjaan sebanyak RM318.56 juta dijimatkan hanya kepada RM283.15 juta.

Daripada jumlah tersebut sebanyak RM20 juta telah dibelanjakan bagi menghargai warga emas sebanyak RM100 setiap orang setahun.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Reezal Merican Naina Merican pula tiba-tiba telah terpengaruh dengan dakwaan dari sebuah blog yang mengatakan sumber dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri tersebut adalah daripada hasil perjudian.

“Kita tidak tuduh Kerajaan Negeri tetapi kita minta mereka beri penjelasan kerana selepas hampir seminggu perkara ini didedahkan di dalam blog, Kerajaan Negeri tidak tampil membuat sebarang penjelasan, Kerajaan Negeri perlu menjelaskan secara terperinci sumber dana bagi pemberian bantuan tersebut dan jika dakwaan ini tidak benar, kita cabar Kerajaan Negeri ambil tindakan undang-undang ke atas blog berkenaan,” menurut beliau.

Reezal Merican Naina Merican sebenarnya telah memberi “bola tanggung” untuk dismash sehingga mengenai muka pihak UMNO sendiri. Semua orang tahu yang meluluskan lesen judi adalah Kerajaan Pusat. Mana pula akan datangnya duit hasil judi dari Kerajaan Negeri?

Reezal Merican juga dilihat cuba menonjolkan dirinya sebagai pengganti Pak Lah sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas, akibat terlalu cuba menonjolkan diri adakalanya beliau sampai tidak sedar isu-isu yang cuba dibawanya itu sebenarnya telah menonjolkan lagi kebangangan beliau didalam berpolitik.

‘Wang judi untuk warga emas’, aduan ke SKMM.. Klik disini..

One Response to “Reezal Merican beri “bola tanggung”..”

  1. bangang punyer mamak kuti


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: