PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Archive for August 2010

Ustaz Zakaria – Lim Guan Eng akhirnya bertemu..

August 31, 2010

Ustaz Zakaria Hj. Ahmad..sewaktu beliau menjadi Khatib jemputan disebuah Masjid di Pulau Pinang, beliau telah menimbulkan kontroversi apabila dikatakan mendoakan didalam Khutbah Jumaatnya agar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diberikan hidayah untuk menerima Islam. Beliau akhirnya bertemu juga dengan orang yang didoakannya itu disatu majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Penerangan PAS Pulau […]

Apabila hilang kuasa, UMNO menjadi gila..

August 29, 2010

Mulanya doa seorang Khatib didalam Khutbah Jumaat disatu tempat di Pulau Pinang dijadikan isu kerana mendoakan Ketua Menteri dinegeri tersebut diberi hidayah menerima Islam. Selepas itu mengatakan pula kesucian Islam telah dinodai apabila orang bukan Islam memasuki Masjid. Klik disini.. Perbuatan-perbuatan ini boleh menyebabkan orang bukan Islam akan menggambarkan bahawa Islam itu terlalu susah. Benarlah […]

Ihya’ Ramadhan Perdana..

August 27, 2010

Sunnah yang telah lama ditinggalkan..

August 26, 2010

Satu Sunnah yang telah lama ditinggalkan Kaum Muslimin. Pedoman Beriktikaf Oleh : Dr. Ismail Lutfi (Masjid Ibad Ar-Rahman, Fattani). Dikeluarkan oleh :Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Pengertian beriktikaf Iktikaf ialah usaha mendiami dan menetap diri di dalam masjid dari seseorang yang tertentu dengan cara-cara tertentu. Dinamakan juga “Jiwar” (Al-Majmu’ An-Nawawi 6/407), dan […]

Lim Guan Eng diserang..apa hendak dihairan?

August 24, 2010

Pilihanraya Umum 1999, Barisan Alternatif (BA) menguasai Terengganu, BA yang diwakili PAS memenangi 28 dari 32 kerusi di Negeri Terengganu. Majoriti mutlak 2/3 dimenangi oleh PAS. Kesemua wakil rakyat PAS adalah Melayu – Islam dan kesemuanya adalah anak jati Negeri Terengganu. Kerajaan Pusat (Kuala Lumpur) dikuasai oleh UMNO – BN dan sudah tentu UMNO sebagai […]

UMNO sudah terlebih bohong..

August 21, 2010

Heboh cerita kononnya terdapat Masjid di Pulau Pinang yang berdoa untuk Lim Guan Eng dan bukannya untuk Yang Di- Pertuan Agong didalam Khutbah Jumaat. Mungkin cerita ini juga direka bertujuan untuk menutup cerita pemberian bonus sebanyak RM400 kepada kakitangan awam dinegeri tersebut yang diberikan oleh Kerajaan Negeri menjelang Aidil Fitri nanti. Ada juga cerita yang […]

Nilai Kakitangan Awam Pulau Pinang hanya RM400?

August 19, 2010

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Shahrizat Abdul Jalil pernah menyifatkan pemberian RM100 setahun kepada warga emas di Pulau Pinang sebagai suatu yang memalukan. Ini kerana kata beliau, Kerajaan Negeri pimpinan DAP itu sebenarnya meletakkan nilai warga emas di negeri tersebut sebagai kurang daripada RM10 sebulan. Klik disini.. Kita hendak dengar apa pula komen […]

Siapa perjuang Kemerdekaan?

August 17, 2010

MERDEKA DAN SEJARAHNYA. Tak lama lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan tanah air kita yang ke-53. Walaupun sudah lebih setengah abad, sejarah kemerdekaan tanah air masih dipersoal oleh berbagai pihak dalam masyarakat kita. Kononnya, perjuangan kemerdekaan Malaya bermula setelah UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 iaitu dengan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. Kemudian muncul pula […]

Utusan Malaysia adalah Utusan Fitnah..

August 15, 2010

Sebelum ini sekiranya ada cerita atau berita mengenai sejarah kisah para pejuang kemerdekaan atau penentang penjajah dimasa dahulu, ianya sentiasa akan mendapat perhatian saya tetapi lain pula dengan cerita ini. Abang Ali (http://sokongpr.blogspot.com) ada menghantar sms kepada saya mengatakan mengenai terdapatnya cerita mengenai Bapak Abdullah CD disiarkan oleh Majalah Mastika, iaitu sebuah majalah yang diterbitkan […]

Politik Murahan UMNO..

August 13, 2010

Pemuda PAS Penang : Media upahan UMNO main isu peniaga KOMTAR. Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPP-PP) menganggap laporan yang berkaitan isu peniaga Melayu di bangunan Komtar sebagai tidak lebih sebagai politik murahan UMNO/BN untuk meraih sokongan pengundi Melayu di negeri itu. Menurutnya, rakyat termasuk di Pulau Pinang sudah muak dengan perangai kepimpinan Umno/BN, selain […]