PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Jangan terpedaya dakyah UMNO – Mat Sabu.

Kerajaan persekutuan yang dikuasai Barisan Nasional sengaja mencari kesalahan kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, malah mensensasikan isu pasir di Selangor dan Pulau Pinang untuk memberi imej buruk terhadap kerajaan PR, kata Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ketika mengulas isu kecurian pasir di Pulau Pinang, semalam.

Cuba kita lihat bagaimana pelbagai bentuk tribulasi yang dilakukan oleh UMNO dan BN di negeri-negeri yang diperintah oleh Kerajaan PR bagi menyalahkan Kerajaan Negeri yang tidak dipimpin oleh mereka,” kata Mohamad Sabu.

“Isu pasir di Selangor dan di Pulau Pinang cuba mereka sensasikan.  Pelbagai tuduhan dan dakwaan yang mereka lakukan semata-mata bagi memberi imej buruk terhadap kerajaan negeri yang diterajui oleh PR.”  Beliau berkata sedemikian di depan khalayak 4000 orang, yang menghadiri ceramah di Kompleks Yayasan An-Nadhoh, Kubang Semang, Bukit Mertajam, semalam.

Beliau menambah, “Mereka cuba menyifatkan kepimpinan Kerajaan PR adalah lemah dan tidak kuat.  Namun begitu saya yakin rakyat kini bukan lagi mudah ditipu oleh Kerajaan yang diperintah oleh BN.”

UMNO MAIN SENTIMEN PERKAUMAN

Sementara itu, Mohamad Sabu juga menyelar kepimpinan UMNO yang sentiasa memainkan sentimen perkauman terutamanya dalam isu yang melibatkan masyarakat Melayu.

“Seringkali mereka mengatakan sekiranya UMNO kalah dan hilang kerusi dalam pilihan raya maka kuasa dan politik Melayu akan hilang.  Apakah mereka lupa apabila UMNO hilang kuasa di Kelantan sejak 20 tahun yang lalu apakah Melayu hilang kuasa sedangkan yang memerintah Kelantan itu adalah Melayu juga yang datangnya dari PAS?”

Mohamad Sabu juga menyeru, “Oleh kerana itu, rakyat jangan terpedaya dengan dakyah dan sentimen perkauman yang dimainkan oleh UMNO dan BN semata-mata bagi meraih sokongan yang semakin hilang terhadap mereka.  Masyarakat Melayu khususnya jangan termakan isu yang dimainkan oleh UMNO apabila mengatakan kuasa politik akan hilang sekiranya UMNO tidak berkuasa, sedangkan PAS bersedia untuk menggantikan UMNO sebagai sebuah parti untuk orang Melayu dan umat Islam di negara ini.”

http;//merdekareview.com

One Response to “Jangan terpedaya dakyah UMNO – Mat Sabu.”

  1. Melayu Islam Pulau Pinang nak pi mana Tuan Haji. Cukup saja ka dengar labun Tuan Haji.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: