PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Melayu: Bangsa Yang Mudah ditipu – Bahagian II

Dari atas kapal lagi Inggeris sebenarnya telah membuat  analisis tentang  akal intelek raja-raja Melayu,  budi perangai pembesar-pembesar Melayu,  tegak – condong guru-guru agama dan  juga tidak lupa  tentang bagaimana sikap orang Melayu  terhadap orang luar.  Tidak hairan kalau ada orang tua-tua  Melayu yang berakal ketika itu telah menyindir dengan berbagai kiasan terhadap keterlaluan mereka dengan berbagai  bidalan seperti “Kaduk naik junjung” “dagang lalu nasi ditanak, anak dipangkuan menangis kelaparan” dan sebagainya.  Bidalan ini menggambarkan sikap orang Melayu yang tidak sihat. Dengan berbagai kelemahan ini maka Inggeris telah merangka berbagai taktik dan strategi untuk menipu dan menekan bangsa ini.

Salah satu dasar Inggeris yang sangat berkesan ialah dasar pecah-perintah. Dasar ini  bukan suatu yang baru malah British telah kenakan terhadap banyak negara lain yang dijajah seperti Palestin dan Israel, tanah Arab, India, Pakistan dan Bangladesh dan lain-lainnya.  Disebabkan orang Melayu tidak diajar berfikir oleh ulama-ulama maka mereka tidak begitu sedar, malah hingga hari ini pun mereka tidak sedar terhadap dasar pecah-perintah UMNO yang melakukan perkara yang sama.    Orang Melayu berfikir bahawa mereka melihat kerana mereka ada mata.  Mereka fikir matalah yang menyebabkan mereka dapat melihat.  Mereka lupa kalau dalam gelap kita tidak dapat melihat dan minda yang gelap tidak dapat membezakan.

Kita memang melihat dengan mata tetapi mata hanya dapat melihat apabila ada cahaya. Dengan cahaya kita dapat membeza-bezakan sesuatu yang dilihat sama ada  putih atau kelabu,  kawan atau musuh dan sebagainya.    Kerana tidak ada cahaya dalam minda maka mereka tidak dapat mengesan tipudaya Inggeris dan membandingkan  juga  tipudaya UMNO.    Bagaimana mereka boleh dapat cahaya?   Ini berpunca antaranya daripada masalah kediktatoran ulama juga yang bukan sahaja telah memesongkan  dan menyembunyikan ajaran Allah malah mereka telah  memasung minda masyarakat Melayu dengan dogma-dogma agama yang bercanggah dengan ajaran Allah.  Jadi orang Melayu, raja-raja dan pembesar Melayu walaupun ada mata tetapi mereka tetap rabun.

Sekiranya mereka berpegang dengan ajaran Allah mereka tentu sekali tahu bahawa perkataan mufti dan khadi itu sendiripun tidak terdapat di dalam al-Quran.  Perkataan kadhi itu adalah bahasa pentadbiran yang telah dicipta dan digunakan oleh British bagi tujuan pecah-perintah pentadbiran kuasa.    Mufti adalah orang yang diberi kuasa membuat tafsiran tentang undang-undang shariah dan mengeluarkan fatwa. Hingga kini pun  ia terus kekal dalam undang-undang shariah negeri.  Negeri asing fatwa pun asing malah kadang-kadang cuti umum pun tidak sama. Masyarakat di pecah dan dikecai-kecai hingga tidak boleh berfikir dalam wadah yang satu.   Setiap negeri mempunyai enakmen shariahnya dan tidak sama dengan negeri yang lain pula.   Siapakah yang mewujudkan dualism dan pemisahan undang-undang syariah  mengikut negeri hari ini kalau bukan British?

Perkataan mufti berasal dari perkataan arab “afta” yang bermaksud untuk menasihat atau memberi  pandangan.  Sementara perkataan kadhi pula bermaksud orang yang menjalankan tugas.  Kedua-dua jawatan ini diletakkan di bawah kuasa sultan dalam setiap negeri. Mereka juga mempunyai pengaruh dan pengikut tersendiri.

Langkah lebih konstruktif mula disusun.  D.O dan Kadhi diasing dan terasinglah Melayu dari soal pentadbiran negara.  Mufti dan kadhi akan  angguk asal saja ada fulus.  Soal cukai dan hasil mahsul negara itu bukan soal mufti dan kadhi.  Soal mereka ialah  soal kahwin dan cerai serta khalwat malwat yang mereka sangat minat.   Jika fatwa mereka bercanggah ini juga akan menguntungkan Inggeris kerana ia boleh terus memecahbelahkan  masyarakat dan di sini Inggeris dapat mengenalpast i siapakah dari  ulama atau mufti yang boleh dijadikan aparat untuk mengeluarkan fatwa.

Para mufti akan memberi fokus dalam soal sah batal nikah, dan bagaimana hendak membersihkan diri apabila bersama dengan isteri.  Terjongkit  juga ekor mereka apabila mereka telah diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen nikah tanpa disedari bahawa mereka telah diasingkan dari pentadbiran politik dan ekonomi negara.

Fokus Inggeris pula ialah tentang dasar cukai dan geran tanah.  Soal kahwin mahwin mereka tidak berminat.   British telah mengasing-asingkan sultan-sultan dengan melantiknya di setiap negeri supaya mereka ini hilang fokus, berpecah dan bersaing sesama sendiri.  Jika wujud  cerdik pandai dalam ajaran Islam yang sebenar akan dianggap kiri atau duri dalam daging.   Bila golongan ini menyokong golongan patriotik menentang penjajah mereka juga telah dicap sebagai penjahat dan ditangkap seperti yang berlaku terhadap Dr. Burhanudin al-helmi, Abu Bakar al-Baqir serta yang lainnya.    Dasar pecah-perintah ini adalah satu dasar yang sangat komprehensif, telah dipergunakan oleh British tanpa disedari, malah hingga hari ini walaupun sudah 53 tahun merdeka.

Dr Burhanudin Al-Helmy

Ustaz Abu Bakar al- Baqir

Apabila Inggeris telah berjaya pecah-pecahkan orang Melayu maka ia telah menyusun langkah seterusnya iaitu institusi yang lebih moden menubuhkan Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan ukur,  Jabatan Parit dan taliair dan sebagainya.  Segala urusannya adalah di bawah kuasa kolonial.  Sebarang penerokaan tanah mestilah mendapat kelulusan dari pemerintah.   Tanah yang baru diteroka itu juga mestilah diukur dan ditentukan sempadan bagi memudahkan tujuan mengutip cukai dan setiap rakyat yang memilikinya mestilah membayar cukai.   Untuk tanah estet milik syarikat British ia  diberi satu kadar cukai yang sangat rendah seperti $1.00 bagi 100 (seratus)  ekar  dalam masa tujuh tahun pertama.   Untuk rakyat pula setiap ekar dikenakan sebanyak $6.00 setahun bagi kebun-kebun kecil. Ada juga cukai dikenakan terhadap setiap pokok seperti 3 sen bagi setiap pokok kelapa dan 5 sen bagi setiap sejunjung pokok sireh.  Dalam tahun 1914 telah dikenakan juga cukai kepala terhadap setiap rakyat sebanyak $1.00 sedangkan cukai ini tidak dikenakan terhadap rakyat British dan Eropah yang berada di Tanah Melayu pada ketika itu. (Lihat Abdullah C.D. Darurat dan Kemerdekaan 1998. Hal 85).

Dalam konteks ini tidak kira sama ada orang itu sultan, raja-raja, pembesar-pembesar Melayu atau siapa sahaja sekiranya mereka ini tidak mempunyai ilmu pengetahuan mereka tetap akan melihat Inggeris itu sebagai superman atau tuan.  Persepsi yang lahir dari rasa rendah diri orang Melayu ini  membolehkan mereka dengan lebih mudah untuk diperbudakkan. Golongan feudal dan middle class Melayu dirapati dan diberi layanan agar mereka berasa  lebih istimewa sebagai  kelas bangsawan dan mereka melihat rakyat miskin bukanlah sebahagian daripada mereka.  Kaum tani dan buruh dilihat sebagai kelas merempat dan amatlah sukar untuk kelas ini mendapat perlindungan daripada bangsanya yang sudah jadi seperti kaduk naik junjung itu.  Ini adalah salah satu kejayaan British dalam dasar pecah dan perintahnya.

Jadi tidaklah hairan kalau hari ini agama di bawah institusi yang telah diwujudkan oleh British itu bergerak meng ikut fungsi sepertimana ia telah diwujudkan dan mereka ditadbirurus oleh orang-orang yang diupah oleh kerajaan.  Siapakah yang boleh kita persalahkan sekiranya elaun imam-imam di kampung akan dinaikkan tatkala akan diadakan pilihanraya umum ?   Maka agenda menipu Melayu tidaklah lagi ditipu oleh Inggeris tetapi oleh kerajaan yang memerintah yang telah memperalatkan ulama-ulama fulus ini demi survival politiknya yang sempit. Setiap malam jumaat sebelum berceramah guru-guru  inipun bersila dan membaca surah yasin beramai-ramai kononnya untuk mendapat pahala.   Dalam pada itu mereka  tidak pernah  membawa anak-anak jemaahnya  untuk faham apa yang mereka baca termasuk sepotong ayat dalam surah ini.

“Ikutlah orang yang tidak meminta upah kepada kamu, merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk yang benar” (Ya Sin : 21)

Begitulah yang akan berlaku terhadap bangsa ini walaupun seribu tahun lagi selagi hobi mereka tidak berubah daripada mendengar ceramah kepada membaca dan berfikir.  Dalam al-Quran tidak ada satupun seruan supaya mendengar ceramah tetapi terdapat 76 ayat menyeru membaca kerana membaca boleh mencanai dan menajamkan fikiran. Jika mereka terus mengabaikan seruan ini 1 Malaysia Melayu (kecuali sedikit)  akan terus diperdaya dan ditipu oleh juak-juak politik baru  kelas pewaris politik British yang memperdagangkan nasib bangsanya di atas belakang dajal yang bernama neo-liberal capitalism.

http://tongkatbahaman.com

9 Responses to “Melayu: Bangsa Yang Mudah ditipu – Bahagian II”

  1. mana2 yang ada kad ahli UMNO, dipersilakan kekedai di kampung masing2. Anda semua masih entitle utk beli gula dan membayarnya dengar harga RM1.45 sekilogeram.

    dipersilakan, HANYA tunjukkan KAD AHLI UMNO.

    PERHATIAN : setiap kedai telah dibekalkan mesin pengimbas sesiapa yg ada yuran tertunggak (cheh! mcm JPJ/POLIS daaa), so byr yuran dulu utk menikmati peluang membeli gula dgn harga lebih murah dari org lain.

  2. kenapa tak tulis saja UMNO tipu melayu. DEB tipu 30% atas nama melayu tapi yang sapu projek melayu yang mana ? Gerombolan UMNO. Semua projek mesti lalui saluran UMNO. Artikel 153 hak istimewa itu pun penipu juga. Jadi melayu boleh apa ? Dengan mycard nama melayu boleh beli ice cream dengan discount ka ?
    apa yang susah sangat takperlu nak perjuang nasib melayu. Bantulah siapa saja yang miskin tak kira melayu ke cina ke india ke kadazan ka siapa saja. Janganlah beri biasiswa kepada anak menteri belajar di luar negeri. Mereka dah kaya dan sapu projek berjuta-juta. Orang cina yang kaya atau melayu yang kaya apa bezanya ? yang miskin itulah sasaran sebuah negara yang adil supaya mereka menikmati kehidupan yang saksama. tak perlu jadi munafik konon nak tolong melayu tetapi atas tiket melayu mereka sapu hak orang melayu miskin. Ini assabiyah sempit tidak bertamadun. UMNO harus sedar rakyat melayu sudah celik dan jangan tunggu sampai UMNO dihumban kedalam longkang besar. Modal konon nak tolong melayu itu adalah tipu daya yang sudah lapuk.

    Beli rumah discount 5% tapi orang cina beli lebih murah dari harga discount tu. Rumah dan Kedai conner lot ada ka melayu atau india dapat beli kecuali gerombolan yang ada kuasa. Itupun sudah tak berjaya. Melayu hidup merempat dinegeri sendiri di bawah UMNO.
    terbukti 50 tahun dan UMNO tidak berjaya membela nasib melayu. orang melayu miskin tetap miskin dan semakin miskin kecuali gerombolan dan suku sakat gerombolan UMNO.
    Kenapa saya guna gerombolan. UMNO berasal dari gerombolan dan akan pulang menjadi gerombolan. Sebab itu mereka guna Perkasam untuk jadi proksi politik UMNO untuk bercakap soal kepentingan melayu. poorahhhh

  3. UMNO jadi BABI sbb SULTAN @ SETAN dan AGONG nya SIAL BABI makan rasuah….

  4. Ambil Ikhtibar lah dari kisah Rasulullah SAW ditawar kuasa, betina dan harta oleh kaum kerabat & bapa2 saudaranya sendiri ketika berjuang/berdakwah di Mekkah mukarramah.. So kalo dek kerana harta,betina & kuasa pon kita dah rusak punah ranah, buat aper memperkatakan kita ni golongan pejuang agama..??? pemikiran pejuang atas nama bangsa adalah ideologi ciptaan Yahudi ketika mahu memecahkan kerajaan Uthamaniyyah Turki…

  5. kalau di beri rasuah pada orang umno dia kata tang kiu…
    kalau bagi kat orang pas dia kata alhamdulillah….

    *ayat diatas tidak ditujukan kepada orang yg tidak makan rasuah…..
    kepada yg makan rasuah tak kira lu duduk parti mana sekalipun …babi pun tak tergamak mengaku lu kaum dia.

  6. Hangpa semua dah banyak kata pada semua parti. Tapi bila nak bertindak nak hapuskan umnoapco dari akar umbi?

  7. kassim baba….. syiah berani sebab tak dikacau oleh umnoapco dan sebab umnoapco tak kacau syiah sebab kaki bodek sultan….. betul ke kassim….?

    • Tak betui. Umnoapco tak kacau dap, mca, mic, pkr dan pas. umnoapco pastikan jangan hilang tampuk pemerintahan dan bodohkan orang melayu semua mazhab pemikiran.

  8. NOT WORTH LIVING..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: