PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Saman Ekor – Akibat Menentang Judi..

Selepas 3 bulan notis saman diberikan, pihak polis akan menyenaraihitam pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman. Disini..

Baru 3 – 4 hari lepas saya terpaksa membayar satu saman ekor, terbang RM300. Saya pasti tidak akan membayarnya jika saya tidak menghadapi masalah untuk memperbaharui cukai jalan.

Satu jalan mudah untuk Kerajaan Pusat mendapatkan wang dan inilah akibatnya apabila rakyat menentang hasrat Kerajaan untuk memperolehi wang dari hasil kelulusan lesen judi bolasepak. Baca disini..

Kerajaan terus menerus menindas rakyat, namun masih ada yang hendak bersetongkol dengan UMNO. Klik pada tajuk ini – DEMI UMMAH PAS-UMNO PERLU BERSEKEMUKA BERBINCANG..

24 Responses to “Saman Ekor – Akibat Menentang Judi..”

  1. penjual ubat… esok kalau mu dah ada kerajaan sendiri baru lah mu tahu tindakkan ini betul atau salah……..

  2. Saman ekor adalah untuk mengajar rakyat supaya lebih bertanggungjawab… Ya memang perlu rakyat lebih bertanggungjawab. 2013 kita tunaikan tanggungjawab kita ramai-ramai. UMNO dan BN adalah kutu anjing. Kutu ini akan hisap darah hingga anjing tu mati. Selagi anjing tu tak mati dia akan terus hisap. Percayalah cukuplah rakyat sudah cukup menderita. Kalau nak kurangkan kes kemalangan jalan raya ada banyak cara bukan dengan peras duit titik peluh rakyat. Bukan senang orang bekerja nak dapat seringgit dua.

    Biar mereka lakukan kezaliman ini. Rakyat perlu sedar, bahawa
    menteri-menteri UMNO-BN membazir dan menyeleweng wang rakyat. Projek 1 juta jadi 10 juta itu belum kira wang rasuah. PM sendiri terlibat dalam skandal rasuah terbesar didunia dengan projek kapal selam dan gadis magnolia. aduhai rakyat sedarlah
    kita perlu bekerja keras untuk menyampaikan berita-berita kezaliman UMNO-BN dan pemerasan wang dan titik peluh rakyat. lebih 50 tahun UMNO makan darah dan saman ekor ini adalah operasi UMNO untuk tampung perbelanjaan mengurus kerana kerjaaan dah tak ada duit. Cara paling mudah ialah operasi operasi dan tindas rakyat. SEDARLAH KITA PERLU BEKERJA KERAS DALAM PERKARA INI DAN SEBARKAN AGAR SEMUA ORANG MEMBUKA MATA MEREKA hapuskan UMNO dari muka bumi ini mereka adalah pemeras.

  3. saya sudah berjalan hampir 3/4 dari dunia. Belum jumpa negara seperti negeri kita Malaysia sebuah negeri penuh along-along. Papan-papan tanda, tiang tembok, dinding kedai ofis penuh poster along. apa polis buat kerja apa majlis bandaran buat kerja apa menteri buat kerja. Menteri jadi along lepas hutang ambil bunga. takmalukah kalau orang masuk negeri kamu tak malu ka ?

    Aku sokong kamu so hai. walaupun kamu cina aku tak marah. mereka sudah menjadi parasait kepada rakyat miskin. polis boleh laju atas highway hingga 160 km itu tanggungjawab ? Naik kereta takdak roadtax, motor takdak roadtax itu tanggungjawab ?
    dari dulu polis ini adalah musuh rakyat. moto polis mana ada rodtax ? polis tak kena bayar saman.
    aku setuju dengan kamu so hai kita mesti tolak BN bangsat negara
    hisap darah rakyat.
    Bukan saja umno tapi seluruh barisan nasional. my kad dulu semua orang dah kata my kad ini adalah kad yang bahaya kerajaan akan gunakan mykad untuk dapat duit. BLACK LIST kan nama tak boleh bayar road tak tak boleh renew road tax pas tu
    ambil duit tu beli kapal selam rasuah 500 juta bagi adik buka bank
    CIMB. itu semua duit rakyat lah

  4. TAHNIAH kepada Ng Soo Hai dan suraini..HANCUR UMNO HANCUR BN..

  5. apa jaminan pr tidak akan melakukan apa yg bn buat?
    apa yg berlaku hari ini di selangor dan kedah ….apakah Islam terlaksana?(tidak melaksanakan Islam adalah zalim yg paling besar)
    siapa yg tarik balak pakai janggut? orang umno kah dia?
    atau siapa yg curi pasir?sama mcm umno buat?
    macam mana dgn kegagalan anak syarikat krajaan negeri kedah tidak kah itu juga mencekik wang rakyat?projek balak jadi bala.
    istana 800juta lebih dibina itukan wang rakyat? mengapa pas …pkr ..tak pertikaikan?…. takut raja?….bodek raja?sama je mcm umno.

    satu jari kita tunding pada orang lain sedangkan tiga jari kita patut tundingkan pada kita…..sedarlah pas sedang menghadapi krisis kepimpinan yg agak kronik.
    mengapa tiada bunyi …bila azizan tidak sehaluan dgn dewan ulama kedah?mengapa rakyat tidak sedar sebahagian pimpinan pas telah lari dari matlamat asal perjuangan?
    lupakah kita pada kata2 mursyidul am …pas akan dibubarkan jika umno melaksanakan Islam.
    jika pas sendiri tidak mampu laksanakan Islam mengapa bising bila umno tak buat?contoh yg terbaik tentang pemberian atau renew lesen premis judi di Kedah…penang …selangor.
    aku teringin nak tengok kedai toto..4digit ..magnum..loteri ..hanya ada dibawah pokok ..atau ditepi longkang bila aku berada di negri pakatan rakyat. biar rakyat tau kerajaan pakatan rakyat bersikap gentlemen terhadap rakyat ..biar rakyat nampak siapa yg mengeluar lesen judi? siapa yg tidak mengeluarkan lesen premis judi?
    apa alasan azizan?tak ada beza dgn alasan hamid othman.
    aku boleh bohong seribu orang tapi aku tak mampu tipu diri aku tentang keadaan hari ini di tanah air aku.

    banyak pertanyaan dah aku ajukan termasuk kepada ketua penerangan pas pusat malangnya tiada respon….aku seronok kalau ada yg tampil menjawab persoalan yg aku isukan ini tentang lesen premis judi…

    itu aku belum korek hasan ali lagi…panjang ceritanya…..

  6. Saya suka pada cucu mat lela. aku terkenang matlela anak tok bahaman. darah patriot. saya dapat lihat hujah cucu matlela. Antara UMNO dan PKR macam coca cola dan pepsi cola. Kedua-dua telah terperangkap dalam sistem penjajah. UMNO penjajah baru dan PKR adalah serpihan penjajah itu juga. Yang ada dalam PKR adalah gerombolan juga. Malaoun malaoun…

    Bila PKR ambil alih negara pun akan jadi lebih kurang juga cuma UMNO ini terlalu British sahaja. Malaoun-malaoun gerombolan dalam UMNO sudah sudah ada dalam PKR dan Pegawai-pegawai kerajaan yang rasuah itu dan nepotis juga yang berada di dalam Kerajaan Selangor, Kedah dan Perak (dulu). Kita tak boleh tengok pemimpin dari janggut atau serbannya.

    Yang penting dalam kes saman ekor ini adalah CARA UMNO hisap darah rakyat. Bukan nak kurangkan kemalangan jalan raya. UMNO tak cukup duit tengok income tax lepas ni. Kalau orang dah tak laju dia akan ubah kepada talipinggan kledar pulak. MEREKA ini adalah perompak penyamun dan PARASIT dalam negara ini.

    kuasa rakyat adalah kuasa keramat. kuasa ini bukan sahaja boleh terbangkan UMNO atau PKR malah rakyat boleh humbankan dengan raja-raja sekali.

    Saya fikir bagus juga UMNO kutip saman 300 tanpa ada budibicara itu. Kalau dia letak RM1000 bagi satu samanpun bagus juga. Setiap kali rakyat kena dia akan merasa dan menjadi benci kepada UMNO dan kerajaan. Rakyat kita terutama orang melayu bukan faham kalau kita cakap UMNO ZALIM mereka kena baru tahu. satu satu orang benci satu satu undi terbang kepada pembangkang. LAGI BANYAK SAMAN LAGI BAGUS LAGI CEPAT ENGKAU TUMBANG

  7. suriani…”.kuasa rakyat adalah kuasa keramat. kuasa ini bukan sahaja boleh terbangkan UMNO atau PKR malah rakyat boleh humbankan dengan raja-raja sekali.” ….hahahahaha…kalau negara ini dapat di kuasai oleh rakyat, negara ini akan mengunakan hukum-hakam rakyat……sbb rakyat ada kuasa keramat;…3/4 rakyat akan menentang hukum-hakam Allah..sbb Allah bukan memberi kemenangan kepada PAS…rakyat yg beri kemenangan itu.. MACAMANA NAK LAKSANA HUKUM HUDUD ISLAM DAN MENEGAKKAN ALQURAN DAN SUNNAH SECARA MENYELURUH DI NEGARA KITA INI…?????jawab suriani….

  8. …kassim..ok lah 1.8 drpd 0.8 apa cerita…aku panggil anakpenakan baru hang tahu……

  9. Semasa saya berusia 19 tahun, masa itu saya masih di tahun satu di universiti saya mempunyai pandangan seperti saudara. Lepas saya kaji perlembagaan Madina salah satu sahifah yang pertama tertulis yang menjadi bukti penubuhan sebuah negara di Madinah oleh Rasullullah barulah saya sedar bahawa konsep negara Islam itu tidak ada. Dalam perlembagaan ini juga tidak terdapat hukum hudud. Saya terus siasat tentang hukum hudud didalam al-Quran dan apa yang difahami hudud itu bukanlah seperti yang diceritakan oleh PAS. Hudud mempunyai makna yang sangat luas. Perkataan negara Islam itu sendiri tidak terdapat di dalam al-Quran. Konsep negara Islam pertama kali diperkenalkan dalam kurun ketiga dalam kitab al-Daulah al-Ahkam al-Sultaniah oleh seorang ahli falsafah politik Islam Imam al-Mawardi dan tidak ada sebuah hadispun mengenai negara Islam. Perkara ini bergolak dalam fikiran saya tiga puluh tahun yang lalu. Konsep negara Islam muncul semula selepas berlakunya revolusi di Iran pada tahun 1979 oleh puak shiah yang dipimpin oleh Ayatullah Khomenie dan jatuhnya kerajaan Shah Pahlavi. Konsep ini telah masuk kedalam PAS oleh golongan Ulama dan cuba dipromosikan oleh ulama PAS ketika itu (ustaz Yusof Rawa) yang baru saja mengambilalih pimpinan dari Dato Asri Muda. Pimpinan Ulama’ PAS telah mengemukakan konsep negara Islam dari pengaruh konsep Wilayatul Faqeh yang diperkenalkan oleh Ayatullah Khomeini 1979.

    Kita mungkin berbeza pendapat namun itu tak jadi hal kerana ini perkara biasa. Apa yang saya faham kita perlu menegakkan keadilan. Menegakkan kebaikan dan melawan kemungkaran kerana itu adalah perintah dari Allah. Ia tidak terhad kepada hukum hudud (konsep PAS). Saya menentang UMNO kerana UMNO telah menipu rakyat dan membolot kekayaan secara tidak sah melalui rasuah, kronism, nepotism dan penyalahgunaan kuasa dan mewujudkan satu sistem yang menindas rakyat. Saya tidak sokong hukum hudud kerana sudah lebih 30 tahun saya tahu bahawa hudud yang difahamkan oleh PAS itu bukanlah hudud yang dimaksudkan oleh al-Quran.

    Sekian dan salam hormat

    Yang ada adalah way of life – Deenul Islam

  10. habis tu kene sokong yg mana pilihanraya kali ni …suriani….

  11. sokong barisan alternatif. Jatuhkan UMNO-BN sebab mereka ini sudah lama hisap darah rakyat. Tipu rakyat dan tipu melayu. Barisan alternatif (BA) dipilih oleh rakyat dalam keadaan mereka sedar. UMNO telah dipilih oleh rakyat kerana rakyat diberi rasuah semasa pilihan raya. PKR (BA) boleh diangkat oleh rakyat dan jika mereka menjadi dajal kepada rakyat kita turunkan mereka. Malaysia tidak mungkin boleh diperintah oleh orang cina. Orang cina sudah sedar sejak tahun 1926 lagi. UMNNO cuma suka menakut nakutkan orang Melayu kononnya kalau orang cina perintah Malaysia jadi macam Singapura. Singapura kes yang terpencil bila melayu jadi minoriti. Yang penting sebuah kerajaan yang adil terhadap orang miskin. Memang ada kes kerajaan minoriti mengambilalih tampuk pemerintah seperti di Fiji dan sebagainya. Tetapi bagi kes Malaysia saya fikir orang cina kalau mereka buat begitu alamat mereka habis. segala perniagaan mereka punah ranah. saya fikit itu hanya dongeng UMNO. Apa bezanya mereka yang memberi kekayaan negara ini kepada orang cina. Raja bagi tanah kepada cina, menteri bagi projek kepada proxi melayu yang buat kerja cina dan yang untung cina dan menteri itu.

    Tuhan telah cipta manusia berbangsa-bangsa bukan untuk mereka berkelahi tetapi berkenal kenalan berbaik baik. Cina benci melayu sebab UMNO. Sebab UMNO dan DEB sebab DEB kononnya tolong Melayu jadi orang cina tak masuk kedai melayu. Untuk apa tolong Melayu gomen dah tolong DEB ada … dan DEB ini juga satu penipuan 30 peratus untuk rakyat 63% majoriti dan 80% rakyat miskin melayu. 53 tahun perintah cuma berjaya apai 18 % equiti bumiputera. DEB adalah lesen umno nak sapu projek.

    Kalau BA naik dan beri keutamaan kepada orang miskin yang terdiri dari Melayu Cina dan India dll bukankah itu lebih baik. Cina kaya tak payah tolong di boleh berjalan sendiri. Kita bagi tongkat kepada yang handicap. itu dasar yang baik.

    PAS tak mungkin boleh perintah Malaysia. PAS cuma hendak satu formula yang seimbang. PAS pernah kena tipu dengan BN 1970an semasa bersama BN. Kalau PAS perinta kita jadi IRAN dan Afghanistan. Kita perlukan PAS untuk BA dan memberi keseimbangan dalam BA. Kalau kita tolong orang cina yang miskin DAP juga tak akan jadi extream. DAP bukan MCA sebab DAP adalah mass party. Apa yang berlaku hari ini yang selalu ditimbulkan oleh DAP sebab UMNO dan BN salah guna duit rakyat dan salah guna kuasa bantu kroni dan nepotism. Kalau
    DAP nak cari pasal dengan orang melayu mereka sangat bodoh. mereka perlu baca sejarah kalau mereka nak hidup dengan aman damai dan boleh berniaga di Malaysia. Saya tak fikir DAP sebodoh itu. Melayu kalau sudah tinggal sehelai sepinggang dia akan mengamuk dan akan berlaku civil war. Ini bukan singapura. Saya tak kata bahawa BA adalah yang terbaik tetapi itu saja pilihan yang ada. UMNO sudah tidak relevan lagi. Mereka RASUAH 1 MALAYSIA RASUAH.

  12. PAS tak mungkin boleh perintah Malaysia.
    INI ADALAH SATU KEPASTIAN kerna golongan agamawan dalam Parti Pas tidak menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teledan. Mereka lebih mencintai Muawiyyah bin Abu Sufyan dan menjadikan beliau sebagai contoh teladan dalam berpolitik di alam Melayu ini. Yang terang lagi bersuluh golongan agamawan banyak berteori dari membuat penyelidikan dan kajian dan mereka tidak menguasai ilmu sains sosial politik Malaysia yg telah dirosakkan dengan fahaman UMNO UPCO.

  13. Islam sebagai gaya hidup….sungguh aku tak nampak perbezaan pr dan bn dlm isu ini.
    apatah lagi untuk declare malaysia sebagai negara Islam seperti yg umno lakukan….manhaj asasi hadhari dustur Islamiah?
    begitu juga dgn pas dan pkr adakah pimpinannya meletakan Islam sebagai addeen? kalau itupun tak mampu boleh ke nak laksanakan negara Islam?

    umno kejar dunia berlari….
    pkr lari lagi laju rasanya….

  14. umno barua Yahudi…pkr hantu yahudi….pas takut yahudi…. semua mereka nak jawatan dan wang dan betina…. sultan nya makan rasuah dapat elaun sebulan 1000 duit je dari inggeris zaman mat kilau dulu.. berapa elaun mereka sekarang ye atau dapat tanah balak kat terengganu, pastu pajak kat toke cina, dapat duit direct 6juta,2kali bayar…. bodohnya sultan sampai kekaki dari hujung rambut hingga ke umbut2 kepala… termasuk agong sekarang ni……. umno guna raja untuk menge pas kan projek dan kuasa…pas pun ikut juga untuk masuk pilihanraya demokrasi…..

    • Aku nasihatkan maha haprak, nanti PDRM helo engkau jangan tak angkat telefon sudah lah. PDRM belakangnya Di Raja.

  15. kassim…sesiapa yang mempertahankan sekular ia adalah org yg murtad…sbb dia memisahkan ugama dgn dunia..sultan dan agong…jaga ugama tak???? kassim hang boleh jadi takutkan PDRM …drpd ALLAH…hukuman ALLAH..

  16. kassim hang syiah Iran ke..?

  17. baru aku perasan tajuk entri ni langsung tak releven…

    siapa yg menentang judi?
    pas? pkr? dap????

    apasal belambak lagi kedai judi di malaya ni…tak kira di negeri yg ditakbir oleh pr atau bn ????

    politikus pembohong …..

  18. Siapa bohong? Mufti Harussani ka Mahfuz Omar ka Saalhuddin Ayob ka?

  19. tiga2 tu sama pentingkan mengkolok diaorang je…

  20. Baik sangat ker PAS sampai boleh bersekongkol dengan orang bukan Islam dan mengkafirkan orang lain?? Sekadar bertanya…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: