PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Archive for July 2010

Presiden PAS sudah berubah..??

July 31, 2010

Presiden PAS, Hj. Abdul Hadi Awang menyifatkan Mufti Perak (Harussani Zakaria) sebagai “orang kecil” yang mahu “mengusik” parti Islam itu supaya menerima idea kerjasama perpaduan dengan Umno.  Baca disini.. Beliau juga membayangkan PAS tetap dengan pendirian untuk bersama Pakatan Rakyat, sedangkan sebelum ini beliaulah yang mencetuskan idea kerajaan perpaduan ini. Sudah “jauh berubah” Presiden PAS […]

Jangan terpedaya dakyah UMNO – Mat Sabu.

July 30, 2010

Kerajaan persekutuan yang dikuasai Barisan Nasional sengaja mencari kesalahan kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, malah mensensasikan isu pasir di Selangor dan Pulau Pinang untuk memberi imej buruk terhadap kerajaan PR, kata Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ketika mengulas isu kecurian pasir di Pulau Pinang, semalam. Cuba kita lihat bagaimana pelbagai bentuk tribulasi […]

MELAYU : BANGSA YANG MUDAH DITIPU (BAHAGIAN III)

July 27, 2010

BRITISH PELINDUNG KEPENTINGAN MELAYU Persis itukah yang berlaku  sepanjang penjajahan British di Tanah Melayu? Walaupun negaranya sangat kecil di Eropah namun negeri ini telah dinamakan  Great Britain  dan empayarnya pula dikatakan tidak sempat untuk matahari terbenam.  Sehingga Perang Dunia 1 (1914) jumlah keluasan tanah jajahan British dianggarkan seluas 12 juta batu persegi  atau satu pertiga […]

Ketua Pemuda yang “KEBULOG”..

July 24, 2010

Tun Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri dahulu pernah disatu ketika mempelawa PAS untuk kembali menganggotai Barisan Nasional. Saya masih ingat kata-kata Mantan Presiden PAS Almarhum Ustaz Fadhil Nor ketika mengulas pelawaan Tun Mahathir didalam ceramahnya ditempat saya ketika itu mengatakan..”APA !! DEPA INGAT KITA KEBULOG (kebulur)..” Melihat kepada cerita ini, yang begitu tegas menolak sebarang kerjasama dengan UMNO BN ketika itu […]

Jom sama-sama membuat renungan..

July 20, 2010

Jom kita sama-sama membuat renungan.. Kita harus sedar, setelah kita memerintah sudah tentu wang hasil mahsyul negeri dan negara bukan wang kita (Dalam bahasa kasarnya: Bukan wang mak bapa kita) akan melimpah ruah berada ditangan kita dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sebaliknya wang itu adalah wang rakyat. Kita hanya pemegang amanahnya. Setiap sen dan kupang […]

Melayu: Bangsa Yang Mudah ditipu – Bahagian II

July 15, 2010

Dari atas kapal lagi Inggeris sebenarnya telah membuat  analisis tentang  akal intelek raja-raja Melayu,  budi perangai pembesar-pembesar Melayu,  tegak – condong guru-guru agama dan  juga tidak lupa  tentang bagaimana sikap orang Melayu  terhadap orang luar.  Tidak hairan kalau ada orang tua-tua  Melayu yang berakal ketika itu telah menyindir dengan berbagai kiasan terhadap keterlaluan mereka dengan […]

Demi Perpaduan Melayu – UMNO sedia berbincang..

July 14, 2010

Umno sedia berbincang dengan PAS sama ada secara rasmi atau tidak untuk menjalin kerjasama demi perpaduan Melayu seperti disaran beberapa pihak. Baca disini.. Mengapa tiba-tiba pihak UMNO menimbulkan kembali isu menjalinkan kerjasama dengan PAS kononnya demi untuk perpaduan Melayu? Saya teringat satu email yang yang saya terima dari seorang sahabat yang juga merupakan seorang penentang […]

Saman Ekor – Akibat Menentang Judi..

July 13, 2010

Selepas 3 bulan notis saman diberikan, pihak polis akan menyenaraihitam pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman. Disini.. Baru 3 – 4 hari lepas saya terpaksa membayar satu saman ekor, terbang RM300. Saya pasti tidak akan membayarnya jika saya tidak menghadapi masalah untuk memperbaharui cukai jalan. Satu jalan mudah untuk Kerajaan Pusat mendapatkan wang dan inilah […]

KAUM TANI DAN PEMERASAN MODAL BIROKRAT DI BAWAH UMNO

July 12, 2010

Di dalam negeri, UMNO yang sebagai wakil kelas atasan Melayu atau wakil kelas kapitalis birokrat dan komprador Melayu melaksanakan dasar ekonomi kapitalis yang menyebabkan jurang antara yang kaya dan yang miskin semakin melebar. Tanah Simpanan Melayu dicipta oleh penjajah British pada tahun 1913 untuk meredakan kemarahan orang Melayu terhadapnya yang merompak tanah subur yang luas […]

Nik Aziz – Boikot betul-betul..

July 11, 2010

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat memboikot semua media pro-BN jika permit untuk akhbar pro-Pakatan tidak diperbaharui. Baca disini.. Jika kita hendak memboikot media-media pro-BN ini..BOIKOT BETUL-BETUL..kerana masih ramai pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya daripada PAS yang suka sangat melayan media-media pro-BN ini, termasuklah Tuan Guru […]