PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Jemaah Islamiah (JI)..

Kumpulan Militan Jemaah Islamiah (JI) disifatkan sebagai kumpulan militan Asia Tenggara yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda.

Isu mengenai JI ini tiba-tiba timbul kembali apabila Ketua Polis Negara, Musa Hassan mendedahkan pihak polis berjaya mengusir 10 anggota JI dan menyelamatkan 20 pelajar IPT daripada terpengaruh dengan perjuangan mereka.

Musa juga dilaporkan sebagai berkata, pelajar sering menjadi sasaran golongan pengganas kerana mereka masih muda dan mudah mempercayai apa saja. Rangkaian JI juga dikatakan merentasi pelbagai pulau di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand dan matlamat perjuangan mereka adalah untuk mewujudkan sebuah negara Islam di Asia Tenggara.

Yang anihnya mengapa pihak pemerintah merasa begitu tidak senang apabila ada pihak yang berkata isu JI ini ditimbulkan kembali adalah kerana Umno-BN cuba untuk mengalih isu dalam negara.

Mengapa isu JI ini ditimbulkan kembali? Ada 2 alasan yang ditemui, baca disini.. dan disini..

Ia menandakan pilihanraya umum sudah dekat? Tidak mustahil kerana bagi mengekal kekuasaan mereka akan sanggup melakukan apa sahaja..

Bagi mengekalkan ISA? Juga tidak mustahil..

Penjajah tidak akan memberi kemerdekaan kepada sesuatu negara sehingga mereka benar-benar pasti orang yang akan berkuasa nanti adalah anak didik mereka.

Komunis dikatakan sebagai pengganas kerana mereka menentang penjajah. ISA telah digunakan ketika itu bagi menahan mereka yang menentang penjajah dan yang menyokong Komunis. Namun begitu, isu ‘pengganas Komunis’ sudah tidak relevan lagi sekarang ini.

Ketika ISA masih wujud sekarang ini. Bagi mengekalkan kekuasaan dan mengawal penentangan terhadap pemerintah, sesuatu isu itu harus ditimbulkan. Sekarang isu JI telah ditimbulkan semula. ISA dipercayai akan memainkan peranannya selepas ini.

2 Responses to “Jemaah Islamiah (JI)..”

  1. bagus la kalau begitu…….

  2. dulu sandiwara al maunah, najib la menteri pertahanan……


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: