PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Terlalu menonjol juga masalah..

Saya tidaklah mahu terus mengulas lagi kenyataan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang mengatakan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu sebagai tidak bermasalah dan mungkin salah seorang dari mereka tidak menonjol sahaja.

Cuma bagi saya itu yang tidak menonjol, bagaimana pula dengan pemimpin yang terlalu menonjol? Maksud saya menonjol dengan begitu pantas. Lihat rakaman video dibawah..

Walaupun video ini sudah agak lama disiarkan di Youtube dan saya telah melihat video ini dahulu,  saya terpanggil untuk menyiarkan juga video ini setelah seorang pelawat blog ini yang menamakan dirinya sebagai ‘cucumatlela’ telah menyiarkannya diruangan komen blog ini posting yang bertajuk “SELAMAT BERKONGRES PARTI SOSIALIS MALAYSIA..”

Nizar Jamaluddin, Bekas Menteri Besar Perak yang juga merupakan AJK PAS Pusat, kemunculan beliau dilihat terlalu mendadak. Dilantik menjadi Menteri Besar walaupun PAS memenangi kerusi DUN yang terlalu sedikit berbanding parti-parti lain didalam Pakatan Rakyat di Negeri tersebut.

Saya tidaklah mempertikaikan kewibaan atau kemampuan beliau sewaktu menjadi Menteri Besar, juga mengenai perjuangan beliau yang bertungkus lumus mempertahan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dari dirampas oleh Barisan Nasional.

Tetapi inilah akibatnya apabila seseorang pemimpin itu terlalu cepat menonjol tetapi mungkin begitu mentah dengan politik. Bercakap pun pakai ikut sedap mulut sahaja tanpa berfikir panjang. Orang-orang PAS pula dilihat terlalu taksub dan kagum dengan beliau. Walaupun mungkin beliau sudah lama menjadi ahli PAS tetapi kematangan politiknya mungkin juga belum cukup luas.

Saya melihat sendiri bagaimana rakaman video ini dijadikan bahan kempen Barisan Nasional sewaktu pilihanraya keci Parlimen Hulu Selangor tidak lama dahulu. Susah juga pihak PAS hendak menjawab mengenai perkara ini.

Nampaknya pemimpin yang terlalu menonjol juga turut membawa masalah.

9 Responses to “Terlalu menonjol juga masalah..”

  1. nizar….kesian aku tengok kau ni….. sekejap nak islam sekajap tak nak sbb DAP tu kapir laknatullah…..

  2. Maha…

    itu hanya kesilapan ahli (individu) sahaja.
    pas ada fasa 5…itu yg kami perjuangkan
    umno? dah jadi kapir malaysia korang buat.

    umno penjilad penjajah..mengamalkan hukum kafir…mempelopori segala maksiat dimalaysia..mendidik rakyat malaysia tak takut Tuhan.
    mengikis jati diri umat Islam ……downgrade hukum Islam..
    apa lagi yg umno tak buat?
    sedangkan korang ada kuasa….
    engkau memang bebal la…. mahabebal

    • Sah CCML ini orang Taliban al-Saudi dlm Jamaah Pas di bawah pimpinang Tuan gururu Harun Taib ( bukan Tayyeb Rachid Erdogan).

  3. Yang penting UMNO/BN mesti di tumbangkan terlebih dahulu…Biar rakyat yang tentukan negara Islam, Negara Sosialis atau negara komunis…

  4. Isu negara Islam & Isu Hukum Hudud adalah dua isu yang sudah lapuk.. mungkin yang baru nak2 faham liku2 politik akan mudah terfana dgn video pasal komen Ir. Nizar..

    Mcm ni jer.. Negara Islam & Hukum Hudud adalah satu perkara dasar… Ia sama saja dengan seorg kanak2 yang bercita2 mahu menjadi doktor. Budak tersebut tidak akan tiba2 menjadi doktor, tapi budak itu akan melalui proses, pendidikan, kematangan, grooming dan akan menempuh tahun2 mendatang seterusnya masuk U utk belajar course medic… so.. perkara dasar seperti ini adalah biasa ditertawakan org, kerana org yg mentertawakan cita2 org lain biasanya org yg tidak tahu bercita2 atau tidak fhm cita2 org..

    apapun.. dasar negara islam & hukum hudud still on shelf tapi on-hold mode..

    Bagi aku.. yg sepatutnya malu adalah bekas MB perak.. kerana bila Ir Nizar tanyer dalam dokumen mana?? dia tak dapat kemukakan nama buku & page… MAKSUDNYA TAK BUAT HOMEWORK… JUST MAIN CAKAP KEDAI KOPI…

  5. nawi..

    itulah yg aku cuba sampaiakan.
    bukan salah pas tapi salah orang pas.

    memilih tapi tak taaruf.
    tak de pengalaman berlagak hero.
    asal nampak boleh baca doa…intro cakap arab skit…dah kira macam maksom.

    mana boleh amik couse medic bro kalau tak pernah sekolah.
    tak sekolah… tak masuk universiti…boleh ke jadi dr?
    itulah istemewanya nizar ….penuh dengan ilmu laduni….dalam berpolitik.

  6. bro cucu mat lela..
    dan yang aku maksudkan dgn ‘BUDAK’ yg nak jadi doktor itu ialah JEMAAH PAS.. dan yang akan menggembeling usaha mengapai cita2 adalah ahli jemaah PAS…

    Aku bisa cakap aku akan jadi Jutawan.. tapi kalo aku duk diam tak usaha yang menghala kearah itu.. hampeh la impian aku..

    dan adalah biasa, jika kita mengimpikan menggantikan suatu pemerintahan akan ada yang panas punggung lalu penuh bereaksi.. Penggantian Pemerintahan itu melibatkan kehilangan kuasa dan semestinya mengamuk sakan la org yg akan diganti… so.. fhm2 lah..

    Sistem kekeluargaan Jemaah Pas sendiri masih jauh dari sempurna, kita bicara setiap kita adalah pemimpin kepada anak2 kita. TAPI KITA TIDAK PON MAMPU UTK DIJADIKAN CONTOH UTK ANAK2 KITA.. mungkin kita boleh koya best dan merasakan kita layak dijadikan contoh.. so.. mungkin itu sebabnya seorg manusia seperti Ir Nizar masih tidak boleh dijadikan pemimpin ( relate to ur quote ) why?? u said he is inexperienced!! i do think so..

  7. MARILAH LAH KITA BERJUDI …….utk kesejahteraan keluarga kita…..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: