PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Asal Usul Negara Haram Zionis Israel..

Sejak 3500 tahun Sebelum Masehi, Palestin telah didiami oleh orang-orang Arab Palestin. Ia terletak berhampiran dengan Laut Mediterranean di sebelah barat, Lubnan di utara, Syria dan Jordan di sebelah timur dan Laut Merah serta Semenanjung Sinai di sebelah selatan. Kedudukannya amat strategik kerana ia terletak di tengah-tengah kawasan telaga minyak yang paling kaya di dunia. Ia juga sebagai batu loncatan ke Benua Asia dan Afrika. Oleh itu banyak negara barat mengidam-idam untuk menguasainya.

Oleh sebab-sebab di atas maka pendudukan kaum zionis Israel ke atas wilayah suci Palestin bukanlah satu perkara yang kebetulan, melainkan sudah lama dirancangkan secara rapi oleh kaum Zionis Yahudi. Gerakan ini bermula dari tahun-tahun 1890-an dan memakan masa setengah abad lamanya dengan mendapat sokongan daripada sesetengah negara barat khasnya imperialis British dan imperialis Amerika Syarikat.

Kerana sebab-sebab sejarah, bangsa Yahudi tinggal bertaburan di dunia khasnya di Jerman, Amerika, Russia dan lain-lain. Kaum Zionis sudah lama berangan-angan hendak mendirikan sebuah negara Yahudi agar semua orang Yahudi di seluruh dunia menetap di situ. Palestin adalah negara yang dipilihnya. Ini telah mendapat sokongan kuat daripada British kerana ia ingin mempertahankan kedudukan imperialisnya di Timur Tengah serta mengawal Terusan Suez. Manakala imperialis Amerika Syarikat juga ingin menguasai kawasan Timur Tengah yang kaya dengan sumber alamnya. Demi mencapai kepentingan masing-masing, British dan Amerika telah memberi sokongan yang kuat dan saling bersubahat dalam komplotan mewujudkan negara Zionis Israel.

Demi mencapai niat jahatnya, kaum Zionis telah menggunakan bermacam-macam siasat yang kejam dan lunak. Mula-mula ia cuba memperdaya orang ramai dengan membuat propaganda-paropaganda konon orang Yahudi di seluruh dunia menderita penindasan. Dengan itu ia cuba mendapat simpati agar orang-orang Yahudi dibenarkan membentuk negara sendiri. Untuk memaksa orang-orang Yahudi berpindah beramai-ramai ke Palestin, kaum Zionis bahkan berkomplot dengan Kerajaan Czar Russia dan Kerajaan Nazi Hitler di Jerman supaya melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi di sana. Misalnya, selepas Perjanjian Program Kishinev pada tahun 1903, 45 orang Yahudi di Russia telah dibunuh. Selepas Perjanjian Haavara antara pertubuhan Zionis Sedunia dengan Kerajaan Nazi Hitler di Jerman pada tahun 1933, penindasan ke atas orang Yahudi di Jerman semakin diperhebat. Pembunuhan besar-besaran ke atas orang Yahudi Dalam Perang Dunia Kedua oleh Nazi Hitler adalah sebahagian daripada komplotan untuk memindahkan orang Yahudi ke Palestin.

Selepas Perang Dunia Pertama iaitu pada tahun 1917, Britain telah mengisytiharkan apa yang disebut Pengumuman Balfour yang membenarkan orang Yahudi bermastautin di Palestin. Dan pada tahun 1922 pula, Palestin dikuasai oleh imperialis British. Dengan ini ia membenarkan seramai 16,500 orang Yahudi masuk ke Palestin tiap-tiap tahun. Pada tahun 1946, Jumlah penduduk Yahudi di Palestin meningkat menjadi 678,000 orang manakala penduduk Arab Palestin 1,269,000 orang. Justeru dengan mendapat tunjangan imperialis British, maka kaum zionis baru begitu berani menjangkaukan kuku syaitannya ke dalam wilayah Palestin dan berani bertindak dengan sewenang-wenangnya terhadap rakyat Palestin. Mereka bahkan telah menubuhkan sebuah organisasi pengasas bernama “Haganah” yang bertugas mengusir rakyat Palestin serta merampas tanah-tanah rakyat Arab yang sudah turun temurun bercucuk tanam di situ. Ini telah mendatangkan malapetaka yang tak terhingga ke atas rakyat Palestin.

Pada bulan November 1947, Bangsa-bangsa Bersatu di bawah pengaruh Amerika Syarikat dan British telah membahagikan Palestin menjadi dua – 42.88% tanah Palestin diberika kepada Arab Palestin, manakala kira-kira 57% diserahka kepada kaum Zionis. Pada bulan Mei 1948, kaum Zionis Yahudi pun mengisytiharkan penubuhan negara Israel. Tapi ini masih tidak memuaskan hatinya lagi. Demi mencapai ambisinya, mereka terus menggunakan taktik keganasan dan kekerasan untuk mengusir penduduk Arab dari Palestin serta memperluaskan wilayahnya dengan mencapluk wilayah Arab Palestin.

Justeru dengan cara-cara inilah, akhirnya penduduk Arab Palestin hanya tinggal 300,000 orang sahaja, manakala lebih daripada 2 juta lainnya telah kehilangan tempat tinggal dan 80% tanah Palestin juga telah dirampas. Meraka yang kehilangan tempat kediaman kebanyakannya menjadi pengungsi di negara-negara lain, khasnya di khemah-khemah pelarian Jordan, Lubnan, Mesir dan negara-negara Arab lainnya.

Inilah latar belakang bagaimana kaum Zionis Israel selangkah demi selangkah mencapluk negara Palestin. Pendek kata negara Israel didirikan di atas tulang belulang rakyat Palestin dan rakyat Yahudi yang dipergunakan kaum Zionis dengan kerjasama British dan Amerika Syarikat.

http://matamin02.blogspot.com

11 Responses to “Asal Usul Negara Haram Zionis Israel..”

  1. knapa susah sgt islam nak menang kat palestin. asyik2 cerita zionis jahat. dah berapa puluh tahun korang kutuk zionis. diorang masih buat benda yang sama juga. hampir seratus tahun zionist memijak2 lumat orang islam palestin. tapi korang masih cool.
    sbb korang anggap dengan demokrasi yang korang jalan di negara korang, sedikit sebanyak dapat membantu diorang? DEMI ALLAH tak sedikit pon mereka merasa di bantu. kalau mcm ni lah orang ISLAM nak settle kan problem, sikit2 derma duit, derma baju,. benda2 mcm tuh, AMERICA pon buat.. apa beza nya orang kafir dengan orang islam hidup kat dunia ni??

    orang kafir hidup kat dunia memang untuk hidup. tapi kita hidup adalah untuk menuju mati. memang orang kafir juga akan mati. ISLAM juga akan mati. apa bezanya mati orang ISLAM dengan mati orang kaffir kalau semua takut nak mati dan mengidam kan mati di atas katil empuk HOSPITAL SJMC ataupon HOSPITAL PANTAI. apa bezanya orang islam skang dengan orang kaffir?

    dari mula2 hidup, sampailah demokrasi, hinggalah ke mati orang islam skang ni ikut cara orang kaffir. nampak mcm bagus apa yang orang kaffir buat tuh seperti demokrasi, tapi kita sendiri sedar dah berapa banyak parti ISLAM di seluruh dunia yang dah menang pilihanraya, tapi masih tak dapat nak mentadbir negara. lihat saja di palestin.

    Untuk menang di palestin bukan dengan demokrasi undian beramai yang tak setuju atau pon dengan deklarasi damai. tapi dengan semangat SYAHADAH, dan semangat sesama muslim yang patuitnya bersama2 merangkul senjata di palestin. dah berapa lama nak tunggu, takkan orang2 PAS pon masih nak cakap “SABAR DULU, KITA MASIH TAK ADA KEKUATAN”

    rasulullah pernah bersabda.
    “jika kamu semua tak mahu berperang, biarkan aku berperang keseorangan sehinggakan kepala ku terputus dari badan.” kenapa rasulullah pilih perang walhal boleh je elak peperangan tuh semua. Rasulullah di offer dengan berbagai2 pangkat, malahan ketua negara. padahal boleh je dia amek pangkat tuh dan laksanakan islam sedikit demi sedikit. tapi kenapa dia menolak dan pilih jalan jihad??

    penat lah cerita dengan orang2 mcm korang2 ni..
    bukan paham..
    lagi2 si kassim BABI.
    bodoh nak mampos.
    makan taik banyak kot..
    bangan!

  2. Penjual Ubat, aku dok rasa Anony APIL ni kena masuk hospital balik. Tak kisah hospital mana pun tak apa kerana kebanyakan hospital besar kerajaan sekarang ada pakar untuk mengubati beliau ini. Melalui firasat aku, beliau ni 1.8 . Ramai dah orang macam ni kat Alam Melayu terutama di Besut. Melalui maklumat SB dia pernah mengaji dengan Tuan Guru Ayah Pin. Kak Kah Kah

  3. sokong Anonymous.!!
    tapi kita as islam,, doa senjata kita..

  4. Anonymous,

    Berapa banyak Yahudi telah yang tuan bunuh?

  5. Islam tertegak dengan Akhlak bukannya melalui peperangan yang saudara anonymous (nak pamerkan nama pun takut inikan pulak nak berperang) war-warkan itu. Sila baca sejarah islam bagaimana islam itu berkembang? jgn dok nak bacakan hadis…tp x tau sebab dan kenapa nabi Muhammad saw menyeru begitu…

  6. orang minyak

    aku tau la hang selalu bunuh yahudiiiii

    ada lebih baik kalu lain kali hang ajak aku skali.
    kalau balik nanti bawak mai hak dlm tin kat aku.

  7. ak rse anonymous ni kne ambk air sembayang bia bawak b’tenang cket….perang ni bkn m’mbawa kebaikan memburukkan keadaan adalah….ganas tol ar ko ny

  8. hahaha..
    BACUL!

  9. aku dok rasa Anony APIL ni kena masuk hospital balik. Tak kisah hospital mana pun tak apa kerana kebanyakan hospital besar kerajaan sekarang ada pakar untuk mengubati beliau ini. Melalui firasat aku, beliau ni 1.8 . Ramai dah orang macam ni kat Alam Melayu

  10. Salam semua.
    Kedamaian, kemakmuran, kebahgiaan hidup dan KEMERDEKAAN yg kita kecapi hari ini tx pernah menjanjikan sesuatu yg kekal abadi!!
    Kemerdekaan Malaysia, belum menjangkau usia 60 tahun tapi pernah dijajah hampir 400 tahun di bawah imperialis Inggeris dan pernah pula membayar ufti emas bertahun2 sebelum itu. Demikian juga negara Indonesia dan keseluruhan dunia Islam lainnya,pernah dijajah beratus-ratus tahun.
    Apa dan dimana peranan dunia Islam dalam perang dunia ke 1 dan perang dunia ke 2?
    Ramai orang Islam berpendapat harus bersatu utk menentang kuasa2 barat dan Amerika. Tx kurang pula yg begitu mudah menyalahkan dunia Arab kerana tx bersatu utk menentang kuasa Barat.

    Cuba jelaskan, penyatuan bagaimana yang dimaksudkan?

  11. Nggak usah sok lah,….in the world christiant is the most/best, jangan maki2 negr orang, jelek2 ISRAEL mengakui 3 agama utama, nggk kayak negara IND ,ngaku2 negara agama but???????????


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: