PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Archive for June 2010

Ucapan Haji Mohamad b. Sabu di Jerman..

June 26, 2010

Kertas kerja yang telah dibentangkan oleh AJK PAS Pusat, Tuan Hj. Mohamad bin Sabu di University of Frankfurt, German pada 22 Jun, 2010. PAS dan kejayaan Gerakan Islam Kontempoleri Awal Perkembangan Parti Islam Malaysia (PAS) ditubuhkan pada tahun 1951 pada saat umat Muslim di seluruh dunia berada dalam kedudukan yang sangat lemah, dijajah oleh kekuatan […]

Pengganas – Tiada Simpati kepada yang pernah “Mesra UMNO”..

June 25, 2010

Ulama ada pewaris para nabi. Kita memang sepatutnya menghormati para Ulama. Malangnya saya masih tidak dapat menghormati Ulama-Ulama ini. Ulama-Ulama yang saya maksudkan ialah Ulama yang masih atau pernah mesra UMNO..(pakai ayat Pak Bakaq-Penarik Beca)..Baca disini.. Juga dengan yang membuat kenyataan disini.. Maaflah..Mereka-mereka ini memang pernah mesra UMNO. Sebab itu saya tidak rasa apa-apa dan […]

Kapal Yahudi diboikot..

June 25, 2010

STOCKHOLM: Pekerja pelabuhan di Sweden memboikot kapal dan kargo Israel sebagai membantah tindakan zalim Israel menahan flotila bantuan ke Gaza yang mengorbankan sembilan aktivis proPalestin bulan lalu. Persatuan Pekerja Pelabuhan Sweden memberitahu mereka menyokong konvoi bantuan antarabangsa itu dan menuntut Israel menarik balik sekatan ke atas Gaza. Israel, baru-baru ini mengendurkan sekatan tiga tahun ke […]

Hilang Masih Tidak Berganti..

June 24, 2010

AL-FATIHAH..23 Jun 2010..Genaplah 8 tahun pemergian Almarhum Mujahid ulung PAS,  Ustaz Hj Fadhil Mohd Noor. Pemergian beliau ditangisi oleh pencinta perjuangan Islam di seluruh Negara. Sahabat, penyokong dan berbagai pihak masih lagi merindui dan merasai kehilangannya. Keikhlasan, Istiqamah, Mujahadah dan segala pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang hidupnya sentiasa menjadi ingatan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke […]

Jemaah Islamiah (JI)..

June 23, 2010

Kumpulan Militan Jemaah Islamiah (JI) disifatkan sebagai kumpulan militan Asia Tenggara yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda. Isu mengenai JI ini tiba-tiba timbul kembali apabila Ketua Polis Negara, Musa Hassan mendedahkan pihak polis berjaya mengusir 10 anggota JI dan menyelamatkan 20 pelajar IPT daripada terpengaruh dengan perjuangan mereka. Musa juga dilaporkan sebagai berkata, pelajar sering […]

Ulasan filem “Bukit Kepong”- Kini dan Silam..

June 22, 2010

FILEM BUKIT KEPUNG DAN PERTEMPURAN MENYERANG BALAI POLIS Pada 23 Februari 1950, satu kompeni pasukan gabungan yang terdiri dari kawan-kawan Tionghua dan 2 platun kawan Melayu di bawah pimpinan Mat Indera melancarkan serangan mendadak ke atas Balai Polis penjajah di Bukit Kepong yang berkekuatan 1 platun. Mereka mengetahui bahawa polis-polis di situ terdiri dari orang […]

Cerita temberang filem “Bukit Kepong..”

June 21, 2010

Cerita temberang ini terus dipanjangkan lagi oleh pemerintah hari ini dan terus di propagandakan dengan filem Jins Samsudin “Bukit Kepong”..Baca cerita sepenuhnya disini.. Tulisan Wasiat Pejuang mengenai cerita seorang Melayu yang sebenarnya mengetuai serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong didalam tahun 1950 mengingatkan kembali kunjungan saya ke Bukit Kepong suatu ketika dahulu. Pengambaraan filem arahan […]

Kita Tiada Ketua..

June 17, 2010

Sukar sekali Barat memecah belah perpaduan umat Islam di Iran. Menjelang setahun terlantiknya semula Mahmoud Ahmadinejad ke jawatan Presiden, ada api yang cuba dinyalakan supaya kumpulan pembangkang Mir Houssein Musavi yang dikaitkan dengan Ayatullah Ali Akbar Hashemi Rafsanjani turun semula ke jalanraya. Tetapi, harapan dusta itu menjadi kelabu. Acara Peringatan Perginya Imam Khomeini Yang Ke-21 […]

TG Nik Aziz – Antara Sindir dan Celaka..

June 16, 2010

“Sekali sekala kena ‘perongoh’ (bercakap kasar), Tuhan beri semua ‘perongoh’ tetapi ada masa nak guna..gunalah..” Sebab itu kali ini saya tidak bersetuju dengan TG Nik Aziz walaupun saya cukup menghormati beliau.. “Bila hendak sebut nama orang, kita (mesti) sebut nama yang paling disukainya, (misalnya) pakcik, ayah haji, yang amat berhormat. (Kesimpulannya) katalah perkataan yang amat […]

Al-Fatihah – Ustaz Hassan Shukri..

June 15, 2010

Saya tidaklah rapat dengan Ustaz Hassan Shukri, cuma beliau mengenali arwah Almarhum ayah saya. Dahulu beliau memang cam wajah saya kerana pernah satu ketika dahulu beliau menegur saya sewaktu kami bertemu di Masjid Kajang, Selangor dan beliau telah bertanyakan tentang bapa saya. Saya tidak pasti samada Ustaz Hassan masih mengenali saya lagi kerana begitu lama […]