Pentingnya ‘Tahaluf Siyasi..’
PAS cuba menyatu padukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS..
“Ini terbukti apabila Kelab Penyokong PAS dinaik taraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS,”
kata Presiden PAS, Hj. Abdul Hadi Awang. Baca sepenuhnya disini..
Jika benar bagai dikata, apa yang kita harapkan selepas ini tidak lagi timbul cakap-cakap mengenai ‘Kerajaan Perpaduan’ dengan UMNO.
Kita sekarang berada didalam keadaan memerintah beberapa buah negeri. Sokongan yang didapati oleh PAS sebelum ini hanyalah bertunjangkan kepada orang Melayu dan Islam. Oleh itu politik ‘Tahaluf Siyasi’ yang membawa maksud kerjasama Harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam mestilah terus diterokai.
Politik ‘Tahaluf Siyasi’ ini sebenarnya telah pernah diterokai oleh beberapa Gerakan Islam. Antaranya Gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir. Mereka telah diharamkan dari menyertai pilihanraya sejak sekian lama.
Bagi membolehkan mereka terus berada diarena politik Mesir, mereka membuat keputusan untuk bertahaluf dengan parti berhaluan kiri atau Parti Sosialis. Hasilnya mereka dan pakatan mereka berjaya mendapat hampir 1/3 kerusi Parlimen di Mesir.
Begitu juga dengan Gerakan Hizbollah di Lubnan. Mereka begitu kuat disegi ketenteraan, oleh kerana Resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu telah meminta mereka agar melucutkan senjata dan mereka rasa perlunya kepada kuasa politik, mereka telah membuat Tahaluf dengan Parti Kristian sehingga mereka berjaya menguasai sebahagian besar masyarakat Lubnan.
Itu adalah antara dua contoh kejayaan Gerakan Islam yang telah mengamalkan politik ‘Tahaluf Siyasi’. Kejayaan Pakatan Rakyat menawan beberapa negeri dinegara kita adalah juga hasil dari politik ‘Tahaluf Siyasi‘ ini. Semoga selepas ini tiada lagi suara-suara sumbang yang cuba mempertikaikan politik ‘Tahaluf Siyasi‘ ini.
Advertisements
nampak menarik ‘Tahaluf Siyasi‘ yg pejual ubat cuba jual.
tapi adakah kita sedar di lubnan tahaluf mereka memenangkan atau meletakan gerakan Islam didepan Hisbullah yg lead bukan parti kristian begitu juga di mesir apabila ikwan muslimin bertahaluf dengan orang kapir.
tapi kita kat sini….?????
pemimpin kita sedang cuba( secara sedar atau tidak) menjadikan pengikut mereka sebagai macai…atau pengikut setia walau dalam apa keadaan sekalipun hatta mengambil orang yg secara terang memerangi Islam sebagai pemimpin .
sedar lah wahai pemimpin Islam redha manusia itu tidak akan berguna tanpa redha Allah.
penjual ubat….
hisbullah menang bukan kerana “tahaluf siyasi”
tahaluf siayasi terjadi apabila orang kafir melihat keupayaan hisbullah.
jumud dalam menolak persepakatan dalam berparti adalah BODOH
tapi kalau persepakatan itu bakal menjatuhkan Islam itu lagi bodoh kalau kita teruskan.
refer.al hujrat 15.
cucumatlela - May 24, 2010 at 9:14 am |
adoi la… ape kebodoh nyer si penulis komen diatas… Parti BN dah memerintah nak masuk 60thn dah.. aper yg dah dilakukan utk Agama bangsa dan negara…?? come la wei… kalo ko cakap kat makcik pakcik yg duk terperuk kat satu tempat sejak dari kecik sampai beruban bley laaa… tapi kepada yg suka merantau dan pi saner sini.. kuar saner sini… memang bleh nilai sendiri…..
xpyh halusinisasi la… UMNO PARTI KAKI JUDI & TONGGANG ARAK…
nawi - May 24, 2010 at 11:07 am |
komen aku tentang tahaluf siayasi….
tarak hal kalau kau kata aku bodoh sebab org yg paling cerdik kat dunia hari ni adalah orang yg paling bodoh disisi Allah.
#aku harap nawi yg cerdik dapat cari siapa orng paling cerdik yg sedang di itaraf dunia hari ni.
kalau ini dinamakan tahaluf siyasi …..umno lebih dahulu melakukanya..
adakah umno betul?
***nawi berapa banyak negara lain yg kau dah merantau?
cucumatlela - May 24, 2010 at 12:25 pm |
hurmmm..
aku terbau perkataan merantau. ada terasa sket. tahaluf siyasi yehh..
biasanya tahaluf siyasi ni datang bila orang kappir tgfk keupayaan islam. dan mereka bergabung. tapi dalam keadaan islam kuat, islam di atas, islam di depan. bukan mcm kat malaya. PAS last sekali. itu tidak di panggil tahaluf siyasi. tapi itu di panggil “kepala bapak kau bertahi”. sbb cara penggunaannya adalah tersangat terpesong. jadi kalau PAS nak bertahaluf siyasi, bek korang suruh PAS tahaluf dengan UMNO. sbb itu pon kira tahaluf siyasi dan mendapat berkat oleh setan insyallah.
pe bodoh sangat semua orang kat sini kecuali beberapa orang.
p/s: penjual ubat, anda dah bertahaluf siyasi ke dengan yahudi? sbb sama je sbb sekarang ni bukan masa bertahaluf siyasi sbb ISLAM DALAM KEADAAN DEFENSIF LA VAVI!!
anak.penakan.ibrahim.libya - May 24, 2010 at 1:51 pm |
Cantek sungguh bahasa ahli syurga ni
Anonymous - May 25, 2010 at 12:06 am |
Pas sebuah Parti Politik yg ahli2 adalah orang yg mengaku Islam dengan syahadah. Pas bukan sebuah gerakan Islam atau Harakah Islamiyyah.. Pas adalah Parti politik. Gerakan Islam ada ciri2nya dan berlainan dengan Parti Politik. Oleh itu pemimpin Pas bawalah kemana sahaja tuan2 semua nak bawa ahlinya. Mengapa jadi ini semua. Kerana Pas tiada Pemimpin yg berkelibar untuk membawa Panji Islam Muhammadi SAW.
Mat Karkoon - May 24, 2010 at 8:35 pm |
PAS.. Parti Ajaran Sesat…sbb ikut pilihanraya yg dah banyak kali PAS kena tipu bila postmotem..memang lah mereka tu penipu….
cia - May 25, 2010 at 7:12 am |
PAS tidak sesat, perlembagaannya cantik, cuma peneraju dan pemimpinnya yang bacul.
anak.penakan.ibrahim.libya - May 25, 2010 at 10:49 am |
aku tengah tunggu komen nawi yg banyak merantau tentu dia banyak pengalaman boleh kita kongsi bersama…….awat senyap jerr nawi.
cucumatlela - May 25, 2010 at 11:52 am |
Pas kalau SANGAT TAKSUB dgn pilihanraya mcmana anakpenakan…????? “TABUNG PILIHANRAYA KE13”
cia - May 27, 2010 at 10:53 am |
tabung PRU 13 tu sebenarnya untuk diorang buat perta makan2 ketika pilihanraya. pilihanraya kan mcm pesta. PESTA MEMBELAKANGI ALLAH SECARA “INDIRECT”. itu lah peperangani yang yahudi dan nasara cipta.
supaya Muslimin berganjak dari percaya Allah kepada percaya DEMOKRASI. 🙂
anak.penakan.ibrahim.libya - May 28, 2010 at 5:23 pm |
Salam..sahabat2 ..jika tidak mahu mengutip ilmu janganlah berhujah dengan kata2 kesat…Alhamdulillah syabab2 PAS mempunyai usrah dan tamrin kami dekta denga jemaah dan kami belajar usul isyrin..kami ada adab dalam muzakarah….Adalah wajib untuk meninggalkan pendebatan dengan orang yang jahil
Wallahu’alam
Pemuda PAS PJS - June 29, 2010 at 8:20 am |
pemuda pas pjs….
anda terlalu tidak peka dalam memberi pendapat…
aku yakin semua yg berdiskusi diatas adalah ahli pas atau setidak tidaknya bekas ahli pas.dgn kata lain mereka sedang ditarbiah oleh pas atau pernah ditarbiah oleh pas.(termasuk aku)
oleh kerana anda hebat dgn usrah dan tamrin terrer usul isyrin….tau asbabunuzul…dll
sila refer al-mulk ayat 13.
anda LAYAK di gelar pendekar TOTOK.
cucumatlela - June 29, 2010 at 1:38 pm |
tak ada, tak ada, tak ada. Rakyat teramai (di Malaysia) terutamanya islam/melayu lebih sukakan ujudnya Sistem Dua Parti daripada dua parti melayu/islam bergabung! Tahaluf Siyasi antara komponen dalam PR sudah tiba masanya untuk disuburkan, di mana parti masing-masing termasuk PAS tidak perlu mengorbankan dasarnya. PR realitinya semakin hari semakin mendapatkan sokongan rakyat teramai bagi menyaingi BN yg selama ini terlalu angkuh sombong dgn kekuasaannya, menyelewengkan begitu banyak amanah rakyat sewenang-wenangnya. Dan BN sudah tiba masanya untuk ditukar kepada PR untuk memikul amanah menguruskan pentadbiran negara ini kpd yang lebih baik.
Azham Bin Abdullah - July 28, 2011 at 11:26 am |