PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

“Speakers Square” di Pulau Pinang..

Ke arah kebebasan bersuara..YAB Lim Guan Eng telah merasmikan “Sudut Pidato” atau lebih dikenali sebagai “Speakers Square” yang pertama dinegara ini bertempat di Millennium Square, Esplanade berdekatan Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang.

Rakyat di negeri tersebut diberi peluang oleh Kerajaan Negeri secara bertanggung-jawab untuk meluahkan pandangan demokrasi mereka namun mereka masih tertakluk kepada undang-undang seperti Akta Hasutan dan fitnah.

“Rakyat perlu beringat kerana menurut polis mereka tidak dapat memberi jaminan imuniti daripada undang-undang. Namun saya minta polis supaya mengunakan budi bicara dan membenarkan pandangan disuarakan dengan bebas..”menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi.

Bagaimanapun, kebebasan bersuara itu hanya dibenarkan pada setiap Rabu dan Ahad dan waktunya pula terhad daripada jam 6 petang sehingga 10 malam sahaja.

Orang ramai juga tidak dibenarkan menggunakan megafon dan diingatkan bahawa polis akan bertindak ke atas mereka jika berbuat demikian.

Menurut Lim Guan Eng lagi, kawasan itu juga boleh digunakan untuk berhimpun, menyalakan lilin, demonstrasi secara aman, sidang media ataupun sebarang bentuk meluahkan pandangan seseorang.

8 Responses to ““Speakers Square” di Pulau Pinang..”

  1. kedah bila mahu bikin. Kelantan yang lama pun tak bikin

  2. islam sgt ke penang ni?
    lim guan eng ni dah mengucap 2 kalimah syahadat ke?
    mana hang blaja orang kaffir boleh jadi pemimpin kita?
    mana hang blaja semua ni?
    surah at taubah tuh buat apa? mana boleh orang kaffir lagi hebat dari orang islam. klu mcm tuh, biar je ameno jadi pemerintah, sbb dia tak kacau kita untuk beribadah(jika itu dalil nya).

    tak kira la siapa pon, selagi islam tak tertegak, gua tak respect langsung semua pemimpin, PR atau UMENO itu sama perjuangannya sekarang ni. sbb apa, mereka hanya mahu mencari redha MANUSIA, sedangkan redha ALLAH lebih penting.jgn cakap pasal nak menang PRU 13, Laksanakan Islam dulu!

    kedah tak payah nak cakap, orang umno pon suka pas kedah. tapi penang, klu buat benda2 mcm “SPEAKER SQUARE” ni, untuk apa? untuk lebih memperkasakan demokrasi yang makin lama makin menjahanamkan umat islam?
    jgn jumud sgt dengan perjuang parti, ALLAH , RASUL, dan ISLAM kene DIUTAMAKAN DULU!

    apa yang aku nampak, “speaker square” ni tak menyumbang apa2 kepada ISLAM. Islam makin rosak bila adanya “speaker Square” ni. sbb, Aib orang akan di ceritakan di khalayak ramai. bercanggah dengan ajaran Islam yang selalu menjaga Aib orang lain..
    tu lah keindahan HUDUD yang sebenarnya! bukan memperjuangkan demokrasi yang mengaibkan orang! tak kene tu ABANG!!

    p/s: penjual ubat, aku hormat hang sebagai tuan punya blog ni, tapi hang ni aku rasa cetek akai, jgn la ikut semua orang cakap. hang ada akal, bebaskan fikiran anda. jgn terlalu jumud dengan parti, bukan soalan parti mana yang akan di tanya nnt, TAPI AMANAH ALLAH UNTUK MENEGAKKAN KALIMAH LAILAHAILALLAH di setiap inci muka bumi ni yang akan di tanya. jgn sempitkan minda anda dan jgn jadi assabiyah sgt dengan mengecilkan skop perjuangan hanya di malaya.
    palestin tuh negara hang jugak.

    • kalau ni hujah anda, kenapa majoriti rakyat hulu selangor yg kebanyakan melayu islam memberi kemenangan pada MICyg bukan islam?

      LGE mmg bukan islam tetapi dengan dgn tolak ansur yg PAS lakukan, dia mulai rapat dgn islam. Dia mulai faham ttg keadilan islam. Mudah-mudahan Allah beri dia hidayah. Karpal Singh pun dah tak bersuara suruh langkah mayat dia utk laksanakan islam.

      Guna budi bicara. Jgn terlalu ekstrem dan memaksa org terima islam. Yg penting matlamat jangka panjang, bukan jangka pendek umpama seorang bukan islam memeluk agama islam semata-mata utk berkahwin dgn ppuan islam. Lepas bercerai jadi murtad. Inilah bahana kalau kita tak terapkan nilai-nilai islam melalui kefahaman. kita hanya berdakwah dgn cara melayu iaitu kalau nak kawin dgn ppuan melayu, kena masuk islam. Setakat itu saja tahap pemikiran anak penakan ibrahim libya.

      Kita nak berdakwah supaya org bkn islam faham ttg bebaikan islam. Jadi, lepas bercerai pun dia masih islam krn dia memilih islam krn islam itu bagus. Bukan kerana nak kawin je pilih islam.

      Wahai org melayu, tukarlah cara berdakwah. Saya kira Nabi juga tidak memaksa org terima islam. Nabi berdakwah dgn lembut. Tak ekstreme mcm org melayu berdakwah.

  3. salam semua…

    anakpenakanibrahimlibya…
    aku tak pernah komen pasal ngkau sebelum ni..sebab aku cuba fahami gaya tulisan engkau..aku rasa kalau ngkau pegi odesen kat rtm slot drama radio untuk watak jahat….aku gerenti ngkau akan dapat watak tu..

    tapi kalau ngkau guna saikologi terbalik sebagai cara ngkau berdakwah aku tabik kat engkau.

    dari pengamatan aku…. aku dapat rasa ngkau sebenarnya bijok.

    **aku bersangka baik atas nama ngkau tu…(As syahid Ibrahim Libya)

    Al fatihah untuk para syuhada MEMALI..WA KULLI MAKAN FI KULLI ZAMAN…..

  4. rasulullah memang tak extrem untuk berdakwah? berapa banyak kali rasulullah menyertai peperangan? adakah itu tidak extrem? untuk apakah tujuan peperangan yang nabi sertai kalau bukan kerana atas dasar DAKWAH. cerita bagai mana zaman era pemerintahan ulama arrashidin dapat memerdekakan rome dan parsi, adakah kita memang secara lembut di situ? atau kita menang secara kekerasan memaksa mereka yang tidak beragama islam untuk tunduk kepada islam. dan secara tak langsung, dgn terdedahnya akhlak orang islam pada mereka yang mula nya tunduk kepada islam, menjadi cinta kepada islam atas tingkah lalu dan adab sopan orang yang menganuti agama islam. dari situ lah bermulanya dakwah lembut. memang dasar manusia ni, klu diajak ke arah kebaikan, susah nak ikut secara lembut pada mula nya. KENE AKUI ITU! tapi, Ketika islam berkembang pesat zaman itu, cara pembukaan negara2 lepas makkah dan madinah dan sekitar nya adalah dengan cara keras. ini sama dengan dakwah keras yang nabi buat ketika di makkah untuk pembukaan makkah. selepas selesai makkah dan madinah selesa di perintah oleh ISLAM, baru lah dakwah lembut di jalankan. sama seperti tawanan perang yang di tawan oleh tentera islam, mereka didakwah melalui peperangan dahulu, tapi selepas di tawan, mereka di beri pilihan untuk memilih Islam atau di bunuh. lantas mereka memilih Islam kerana takut di bunuh(pada awalnya). tetapi selepas tahu bagaimana indah nya islam, mereka menjadi cinta. dan ketika itu dakwah lembut berfungsi..
    PAHAMMMMMM???????

    sama jugak dengan cerita rasulullah sembahyang sunat sampai bengkak2 kaki. nabi buat tu masa madinah dan makkah dah selesa setelah di ISLAM kan. tapi sebelum tuh rasulullah dakwah mcm mana?
    bukan rasulullah perang ke?? klu mcm tuh rasulullah salah lah sbb pilih kekerasan dan padahal kita sendiri tahu bagaimana integriti rasulullah soal agama.

    p/s: takkan hang nak kata yang cara nabi salah sbb banyak orang murtad balik lepas nabi wafat? apa ada method lagi baik ka yang hang ada untuk tolak cara nabi?

  5. saya betulkan sedikit kenyataan saya. TAWANAN PERANG* – ada option lain seperti membayar jizyah kepada pemerintahan islam. tapi pokok pangkalnya, islam itu jelas di atas, bukan islam yang di perintah. Islam yang memerintah.! tak bayar jizyah, kene perangi, pon dakwah keras jugak.🙂

    • Benar hujah kamu. Kamu memang ada fakta tetapi fakta kamu kelihatan terlalu ekstreme yg akan membuatkan lebih ramai membenci Islam.

      Adakah kita perlu cetuskan peperangan dgn LGE yang serba sedikit sedang memahami keadilan Islam? Beliau juga membantu lebih kepada sekolah2 agama di sekitar Pulau Pinang lebih baik dari umno memerintah? Adakah kita perlu istihar peperangan jihad ke atas beliau?

      Saya kira kamu mungkin tidak meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Sewaktu Rasulullah berperang dahulu adakah Rasulullah berperang dengan puak-puak seperti ini? Saya rasa tidak. Rasulullah berperang dengan puak-puak seperti zionis laknatullah yang ada di palestin sana. Yang itu saya sendiri setuju jika diistihar jihad untuk melawan zionis tersebut. Atau mungkin kita dibolehkan berperang dengan puak-puak apco.

      Tolonglah… jangan rosakkan Islam dengan pandangan sempit kamu yang ekstreme tu. Mungkin kamu hanya dikelilingi oleh orang melayu islam sahaja dan tidak mencampuri rakan-rakan dari agama lain.

      Kenapa kristian berjaya dalam dakwah mereka? Sebabnya mereka tujukkan tolak ansur. Mereka masuk ke dalam kampung2 orang asli. Mereka bersama dengan golongan tersebut. Mereka memberi kebajikan pada orang ramai seperti contoh st. john ambulan. Ada orang Islam di Malaysia buat mcm dia orang buat? Apa Ilam umno buat? Apa Islam pas buat? Tak habis2 menghentam satu sama lain tapi satu habuk pun tak ada.

      Boleh presiden pas atau presiden umno tidur berkampung dalam hutan bersama2 dengan orang asli? Boleh mereka suapkan orang cacat atau orang sakit kronik makan seperti yang dilakukan oleh pendakwah kristian buat? Bukan saya menangkan kristian, tetapi saya belum nampak pendakwah Islam buat kebajikan. Jika ada pun hanya bila ada pilihanraya.

      Bebaskan minda kamu dari pemikiran kolot. Saya kira Rasulullah tidak akan memerangi orang kafir seperti LGE yang tidak memerangi Islam. Baginda hanya memerangi puak2 zionis seperti israel atau apco sahaja. Jika semua kafir diperangi sudah tentu baginda akan memerangi bapa saudara beliau sendiri Abu Talib yang tidak beriman sehingga ke mati.

      TOLONGLAH tunjukkan Islam ni bagus. Jangan jadi katak bawah tempurung. Mengajilah habis-habis.

  6. yang saya tekan kan adalah konsep “ISLAM PALING TINGGI”. jd apa perlu korang semua ni mcm tak ada benda lain nak cerita atau pon tok2 guru korang yang lebih berilmu tuh lagi kolot? apa benda yang nak di banggakan sgt dengan lim guan eng? memang adat la manusia kene buat baik. agama apa pon suruh para penganut buat baik. tapi masalahnya, tertegak ke islam di penang? negeri2 lain tak yang lah cerita sbb hang pon cakap diorang lagi BANGSAT dari LIM GUAN ENG. sejauh mana suruhan ALLAH berjalan di penang? setinggi mana letaknya ISLAM di penang. itu persoalannya. klu nak cerita sapa lagi baik bagi bantuan, AMERIKA lah yang paling HEBAT tentang soal kebajikan dan bantuan2 ni. klu setakat lim guan eng buat tuh, takde bende nya. memang sepatutnya dia buat begitu sbb dia tu hidup berdemokrasi. tapi ISLAM tak ajar berdemokrasi. takda satu ayat pon dalam quran dan hadith mengatakan boleh berdemokrasi. Jadi, adat lah kalau lim guan eng berbuat demikian. sbb dia hidup berlandaskan demokrasi dan dia memang berhak di gelar harbi. korang plak yang nak terikut hidup berdemokrasi kenapa? ISLAM dah bukan yang terbaik ke? jangan cuma dengar cakap orang. belajar berfikir cara sendiri. Tidak Allah jadikan sekalian manusia dan jin hanyalah semata2 untuk beribadah kepada Nya. Al Quran ada cerita pasal fardu ain nya berjihad(perang), kenapa kita tak nak ikut. Islam mewajibkan umatnya meletakkan ISLAM itu yang palingtinggi. bukan lim guan eng.

    knapa hang susah sgt nak paham. hang banyak makan minyak pelincir ke apa? ISLAM TU LETAKNYA DIMANA YANG SEBENARNYA? PADA LIM GUAN ENG KE? JGN SAMPAI KENE TIPU DENGAN ILMU YAHUDI NI. LIM GUAN ENG BAGI BANTUAN KAT TAHFIZ DAN MASJID2, ADAT LAH. SBB DIA BERPOLITIK, SAMA MACAM KORANG BERPOLITIK ALA DEMOKRASI YAHUDI LAKNATULLAH UNTU MENAGIH BANTUAN DARI KAUM INDIA DAN CINA. AWAT

    p/s: awat bangang nak mampuih hang ni. pikiaq pakai akal, berlandaskan al quran dan sunnah. bukan pikiaq pakai buah pinggang mamu nizam oi!!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: