PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Tahap penentangan Orang Melayu masih rendah..Mat Sabu.

Banyak perkara yang kita tidak suka kepada Tun Mahathir tetapi ada perkara yang beliau lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain. Samada beliau berlakun ataupun tidak hakikatnya Tun Mahathir adalah seorang yang berani. Antara langkah awal yang boleh dianggap berani dibuat oleh beliau ketika mula menjadi Perdana Menteri ialah beliau telah membuat dasar pandang ketimur, yang membawa maksud kita tidak lagi pergi memandang kebarat didalam mencari kemajuan.

Tun Mahathir juga pernah dianggap sebagai anti Yahudi kerana sering mengkritik Israel hingga beliau pernah diboikot oleh beberapa persidangan antarabangsa. Orang Islam terutamanya dari Timur Tengah begitu menghormati Tun Mahathir kerana mereka lihat pemimpin negara mereka lebih buruk dari Tun Mahathir.

Contohnya Mesir, kita boleh lihat bagaimana golongan Ikhwan dibicarakan sampai 30 orang sekali, diletak didalam mahkamah seperti binatang dan dipenjarakan sehingga 10 – 15 tahun atau lebih. Mereka dipenjarakan hanya kerana menulis buku, mengadakan perhimpunan aman atau kerana mengkritik pemimpin negara, tiada langsung ruang demokrasi disana.

Sebelum ini pun memang sudah ada percubaan pemimpin-pemimpin Malaysia untuk berbaik dengan Israel namun ianya menemui kegagalan kerana mendapat bantahan dari rakyat yang mengadakan demontrasi atau sebagainya dan sekiranya ada pun mungkin ianya dilakukan secara sulit.

Kita sekarang boleh melihat Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun A. Razak agak berlainan keadaannya berbanding Perdana Menteri yang sebelum ini. Beliau dilihat sedang mengubah dasar luarnya. Beliau juga beliau dilihat amat dikuasi oleh isteri beliau.

Kerajaan Malaysia telah mengambil firma Yahudi (APCO WORLDWIDE) sebagai penasihat didalam dan luar negara dan dikatakan mereka juga telah memasuki pasukan keselamatan negara kita. Politik Yahudi adalah dilihat jenis memusnah musuh yang berpotensi. Sebab itu mereka sanggup membunuh para Nabi dan Rasul apabila mereka melihat ajaran yang dibawa akan mengancam budaya kefahaman mereka. Sikap Yahudi ini berterusan sehingga sekarang.

Kita boleh lihat sekarang bagaimana Yahudi melihat kepada Intifadah Palestin yang diketuai oleh Sheikh Ahmed Yassin, mereka mengambil tindakan membunuh Syeikh Ahmad Yasin dan penggantinya Dr. Abdul Aziz Rantisi kerana bimbangkan kebangkitan anak-anak muda Palestin yang membaling batu kepada tentera Israel.

Sekarang Yahudi telah menjadi penasihat kepada Kerajaan Malaysia, kita sudah melihat peristiwa bunuh membunuh telah bermula dinegara kita. Bermula dengan pembunuhan Altantuya, kita tidak tahu apa-apa dan kita tidak pasti ianya sengaja ataupun tidak, dan yang terbaru terjadi pula pembunuhan seorang budak Melayu berusia 15 tahun, Aminulrashid.

Orang India telah mengalami peristiwa pembunuhan Kugan, kita boleh lihat bagaimana marahnya kaum India peristiwa kematian Kugan didalam lokap polis dengan bangun mengadakan tunjuk perasaan dan sebagainya.

Begitu juga dengan sikap orang Cina apabila berlakunya peristiwa kematian Teoh Beng Hock, mereka telah sama-sama bangun mengarak mayat Teoh Beng Hock ketempat pengkebumian dan memainkan isu ini selama sudah lebih setahun.

Isu kematian kedua-dua mangsa ini tidak habis sehingga sekarang.

Sekarang kita lihat pula sikap orang Melayu tentang peristiwa kematian seorang budak yang baru berumur 15 tahun, Aminulrashid yang ditembak oleh pihak polis baru-baru ini. Beliau telah ditembak atas alasan tidak berhenti didalam satu sekatan jalanraya walaupun sebenarnya pihak polis tidak boleh menembak selagi nyawa mereka tidak terancam.

Perbuatan-perbuatan mengenai hak asasi manusia ini masih rendah tahap penentangannya dikalangan orang Melayu, sebagai contoh tidak lama dahulu dikatakan telah berlaku satu kejadian dimana seorang perempuan Cina telah dibogelkan didalam lokap polis, pihak Kerajaan Malaysia waktu itu terpaksa meminta maaf kepada Kerajaan China. Orang Melayu pula sering dilihat lebih suka menganggapnya sebagai takdir ataupun adakalanya lebih suka menyalahkan mangsa didalam kes-kes seperti ini.

Kita amat berharap satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat kes Aminulrashid ini, bukannya menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat polis, tentu kita masih ingat kepada peristiwa mata lebam Anwar Ibrahim. Pada mulanya peristiwa itu disiasat oleh pihak polis, namun siasatan tersebut berlarutan sehingga tiga minggu namun orang yang bertanggungjawab tetap tidak dapat ditemui. Sehinggalah satu Suruhanjaya DiRaja dibentuk bagi menyiasat peristiwa tersebut yang akhirnya hanya seminggu sahaja kita sudah mendapat tahu yang orang bertanggungjawab adalah Ketua Polis Negara sendiri. Rakyat Malaysia sekarang harus mendesak agar Suruhanjaya Diraja seperti itu dibentuk bagi menyiasat Aminulrasyid ini.

(Hj. Mohamad bin Sabu 30/4/2010 – Kg. Gajah Mati, Pendang, Kedah)

3 Responses to “Tahap penentangan Orang Melayu masih rendah..Mat Sabu.”

  1. Adalah tugas berat segenap kaum patriot demokrat membangkitkan kesedaran orang Melayu bangun untuk mengubah nasib bangsa untuk sebuah masyarakat adil dan saksama

  2. Tun Mahathir ada prinsip dan sikap politik dan keberanian politik dan ada perasaan untuk berkata kepada siapa saja yg beliau fikir tak betul cara fikir mereka. Saya rasa Tuan Haji pun ada keberanian untuk berceramah politik kepada semua orang rakyat Malaysia cuma tidak ada kuasa politik. Tuan Haji Mohamad Sabu setakat boleh luahkan perasaan selagi ada perasaan. Perasaan tidak cukup untuk merubah suasana politik jika tiada kuasa politik. Oleh Tuan Haji kena fikir logik demokrasi ala Malaysia untuk mencari kuasa politik untuk diri Tuan Haji sendiri. Tuan Haji tiada jawatan Ahli Parlimen untuk perjuangkan nasib rakyat tertindas. Bila ada jawatan AP Tuan Haji dapat luahkan perasaan dalam Parlimen. Tuan Haji seperti ahli pas yg lain tiada jawatan dalam parti yg dapat suaranya didengar dalam mesyuarat Agung Parti. Beliau bukan perwakilan yg dapat menegur kepimpinan parti. Ala kullihal Tuan Haji harus berfikiran pro-aktif dan positif dan memperakui Pas mempunyai kekuatan politik menurut perlembagaan Pas dan pikullah amanah Perlembagaan Pas itu untuk merubah sosio-ekonomi-politik Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya. HIDUP MALAYA ! MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

  3. ……ini lah hasil dari pemerintahan umno, yg hari ini pas seolah menuju kearah itu?????
    mana unit tarbiah ? aku cabar HAMPA JAWAB.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: