PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Di mana Presiden PAS Part III..?

Sekali lagi saya ingin mengatakan, saya bukanlah pemuja Anwar Ibrahim. Namun begitu di sudut usaha beliau untuk menjatuhkankan Kerajaan UMNO Barisan Nasional yang maha zalim itu amat-amat saya sokong.

Saya bersetuju dan mempunyai pandangan yang sama dengan AJK PAS Pusat, Hj. Mohamad bin Sabu yang mengatakan personaliti yang paling hebat ketika berlangsungnya pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor adalah Anwar Ibrahim dan diikuti oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Anwar dilihat begitu bekerja keras ketika pilihanraya kecil tersebut, menghadiri berbagai program yang diadakan dan menyampaikan berbelas majliis ceramah sepanjang hari. Dimalam terakhir berkempen saya boleh melihat dengan jelas keletihan yang terdapat diwajah beliau. Adalah tidak wajar sekiranya ada pihak yang mempertikaikan ketiadaan beliau pada satu majlis selepas keputusan pilihanraya kecil tersebut diumumkan.

Pujian juga patut diberikan kepada pemimpin-pemimpin DAP. Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Ronnie Liew masih dapat ditemui jam 3 pagi pada malam pengundian meraikan petugas-petugas parti dengan membelanja mereka makan.

Hj. Mohamad bin Sabu sendiri juga pernah bertanyakan kepada tokoh veteran DAP, YB Lim Kit Siang motivasi apakah yang beliau amalkan sampai sanggup bekerja dengan begitu bersemangat.

Ini amatlah berbeza dengan segelintir pimpinan PAS yang sibuk hendak mengadakan mesyuarat, pergi memancing dan sebagainya pada waktu rakan-rakan Pakatan mengerahkan tenaga, mengatur strategi bagi melawan pihak musuh.

Mereka hanya sering dilihat akan hadir apabila kemenangan telah dicapai untuk bersama-sama mengangkat tangan calon yang menang bagi menunjukkan seolah-olah mereka juga bekerja keras bagi memastikan calon tersebut menang sedangkan pertolongan mereka tidak seberapa.

Saya manusia jahil, siapalah saya untuk menegur pemimpin-pemimpin PAS. Apa yang saya tahu PAS adalah Parti Islam, Islam tidak pernah mengajar kita sikap sebegini. Rakan-rakan didalam Pakatan sedang memerhatikan tingkah laku kita, jangan sampai nanti mereka akan hilang kepercayaan kepada kita..

19 Responses to “Di mana Presiden PAS Part III..?”

  1. tapi kit siang tu tak mau ada hak istimewa orang melayu.. bahasa melayu.. agama islam.. kau sokong perkara-perkara ni?

    Apa pandangan kau?

  2. ….tak lama lagi kit siang mampos lah tu…….diganti dg kit malam……

  3. dude… minta pandangan kau pasal dasar kit siang, bukan kutuk kit siang beb..

  4. artikal ini menjadi satu contoh yg mudah tentang politik kita hari ini terlalau mencari redha manusia .
    dalam masa yg sama seolah tidak mempedulikan redha Allah.

    sepanjang tempoh berkempen berapa patah perkataan DATO SERI menceritakan tentang kelebihan Islam… kebaikan Islam?
    selain dari retorik…dia kena naya,

    ahhh aku berdoa supaya tidak tertipu dgn nuar seperti tulang besi aka pemimpinrakyat.

  5. Pemimpin Kamu Yang Terbaik Ialah Yang Kamu Mengasihi Mereka Dan Mereka Mengasihi Kamu. Mereka Berdoa Untuk Kamu dan Kamu Berdoa Untuk Mereka. Dan Pemimpin Kamu Yang Paling jahat Ialah Pemimpin Yang Kamu Membenci Mereka Dan Mereka Membenci Kamu, Kamu Mengutuk Mereka Dan Mereka Mengutuk Kamu…. Al Hadith.

  6. Aku dok rasa Penjual Ubat dah terlebih makan ubat yg luput tarikh. Tu yg merapu sakan. Lepas tu pi Batam. Mampuis umno-apco ! mapuis bn-apco !

  7. aku sokong pandangan penjualubat…………..

    taat setia…..
    kit siang tak mau melayu, islam, kita semua boleh faham. pasai dia bukan melayu dan bukan islam. kalau mana-mana melayu tak mau kat melayu, cakap sat melayu, sat omputih, pakai dalam seminggu 1 hari saja pakaian melayu, makan steak, roti lebih dari makan makanan melayu, pertuturan harian kebanyakkannya cakap omputih, yang ni aku tak paham, kalau mana-mana melayu takmau islam pun aku paham gak, tapi kalau mana2 org islam sendiri tak mau islam, yang ni aku tak paham……………hang paham dak?

    nak kata mau mcmana kalau tudung tak mau pakai, solat lintang pukang, rambut jamboi berkarat, kaki tonggang, kaki judi……….

    kalau ada org melayu mau kat kristian ka, buddha ka, hindu ka, dan tak mau kat islam hang paham dak? ada apa org melayu macam tu!

  8. abu..

    jadi boleh diterima la perjuangan bersama kit siang untuk menhapus melayu dan islam?

    kalau kit siang cakap melayu sepanjang masa tetapi pada masa yang sama cuba menghapus melayu dan islam, tidak mengapa? kalau dia pakai baju melayu.. org arab tak pakai baju melayu pon, islam jugak kan…

    aku islam, aku melayu, aku solat lima waktu… maghrib dan isya’ aku jemaah, aku tak minum arak atau berjudi, aku tak simpan rambut panjang jamboi , aku lelaki so aku tak bertudung(tak apa la kot),

    aku mau islam dan aku mau melayu.. aku tak mau kit siang sebab dia usaha nak hapus semua tu..

    kau mau kit siang sebab apa?

  9. wakaf che yeh…..ini berhujah cara lawyer burok……….

    aku islam, aku melayu, aku solat lima waktu… maghrib dan isya’ aku jemaah, aku tak minum arak atau berjudi, aku tak simpan rambut panjang jamboi , aku lelaki so aku tak bertudung(tak apa la kot)

    org arab tak pakai baju melayu pon, islam jugak kan…
    tu la, pasai pa hang nak perjuangkan melayu, yang penting islam lah.

    aku sokong islam dan keadilan islam, kalau kit siang islam, aku sokong dia kalau dia buat benda betoi, bila dia kafir tapi dia buat perkara betoi, aku sokong dia bukan pasal dia cina ka ,buddha ka, christian ka, tapi pasai dia buat benda betoi…….yang tu pun hang susah nak paham ka>?

  10. maknanya dia anti islam dan kau sokong dia sebab kau kata dia buat benda betul..

    tq.. sampai sini aja aku membaca blog kau..

  11. komen aku sgt umum, aku kata kalau kit siang jadi islam dan dia buat benda salah, aku tak sokong dia, bila dia kafir dan buat benda betoi, aku sokong dia walau dia cina, pasai aku sokong dia pasal perkara betoi yang dia buat….hangpa yang assobiyah memang tak mau terima benda ni……

  12. كَيْفَ وَإِن يَظْهَرُوا عَلَيْكُمْ لَا يَرْقُبُوا فِيكُمْ إِلًّا وَلَا ذِمَّةً ۚ يُرْضُونَكُم بِأَفْوَاهِهِمْ وَتَأْبَىٰ قُلُوبُهُمْ وَأَكْثَرُهُمْ فَاسِقُونَ ﴿٨﴾
    (8) Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum kafir musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu dan tidak akan menghormati perjanjian setianya. Mereka menjadikan kamu bersenang hati hanya dengan mulut mereka, sedang hati mereka menolaknya; dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

  13. halau semua cina , india, sikh, bangla, indon, portugis dari malaysia…..tinggal melayu sudah…..senang mcm tu, betoi dak? sedangkan kafirun itulah menjadi org untuk kita dakwahkan islam kepada mereka…….puas hati ko cucumatlela…….

  14. abu…. lu kalau tak faham tanya…
    yg lu pelekeh tu ayat Quraan
    at taubah ayat 8.

    ayat quraan turun dgn asbab.
    yg kita panggil asbabunuzul.

    kalau pun nak berhujah jgn pelekeh ayat Allah.
    lu terlalu berani????

  15. sekarang minta khabarkan kepada aku tafsirnya………

  16. bro abu…
    org belajar bismillah pun ambil masa berbulan nak faham tafsirnya secara detail bro….itu secara talaki.

    kalau lu nak sembang kat sini tak sesuai rasanya bro.. ini cuma ruangan komen jer bro.

    mungkin satu hari kita boleh lepak sesama kita…
    kalau tak menjadi kesusahan pada pemunya blog, mungkin pemunya blog boleh atoq satu sesi sembang pengikat silaturahim sesama pengomen atau pembaca blog dia ni…supaya kita boleh berkenalan-kenal.

    “Keadilan Sejati tidak akan muncul selagi tidak tertegaknya KEADILAN ISLAM YANG SEBENAR…….”by pemimpinrakyat.(malangnya pemimpinrakyat pun kurang faham apa yg dia tulis ni….).

  17. ok cucumalela, saya setuju sekiranya dapat diatur pertemuan antara kita, namun saya jadi kurang setuju dengan kenyataan saudara yang kalau nak belajar bismillah pun akan mengambil masa berbulan2, adakah islam begitu susah, bayangkan siapa pernah habis mentelaah seluruh al-quran sekiranya ini dijadikan ukuran untuk belajar islam? saya jadi pening dengan pemahaman yang sebegini.

    ini sekadar pandangan dan keluhan saya…..

  18. jadi amalkan apa yg kita tau….dan kita yakin..
    itulah yg aku cuba bagitau …ilmu Allah itu sgt hebat yg memang tiada penghujung…..

  19. woi abu nuqman, ni jawapan untuk tafsir yang cucumatlela bagi tuh.

    ” LANGKAH MAYAT SAYA KALAU MAHU LAKSANA ISLAM”KARPAL SINGH PUNYA STATEMENT

    jd, kamu puja lah mereka2 ini. lim guan eng, lim kit siang, karpal singh dan lain2.

    itu lah jawapanya kepada kau yang BODOH JUMUD berparti.

    p/s: As-Syahid Abdullah Yusuf Azzam ada bgtau, “wahai pendakwah2 dan para ilmuan, sesungguhnya kamu rugi berjalan di tengah panas tanpa pahala, mari rangkul senjata dan duduk di medan perang. sesungguhnya setiap saat kamu berdiri di tengah panas dengan senjata di bahu, walaupon tanpa berbuat apa2, sesungguhnya pahala yang menanti mu sgt besar.”


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: