PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Ulasan di antara UMNO dan Komunis..

Posting saya yang bertajuk “UMNO dan Komunis, saya pilih Komunis..” Mat Sabu telah menjadi pendebatan para pengunjung blog ini. Disini saya copy ulasan dari blog Kini dan Silam (http://matamin02.blogspot.com) satu ulasan berkaitan tajuk tersebut.

Menjelujuri posting DI ANTARA UMNO DAN KOMUNIS, tibalah aku di https://penjualubat.wordpress.com di mana artikel asalnya dimuatkan. Di bawahnya terdapat banyak ulasan sekitar UMNO dan komunis.

Terus terang saja aku katakan bahawa aku sendiri adalah seorang anggota PKM dan juga seorang anggota Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya. Jika dibandingkan dengan ulasan yang diberikan di ruangan ulasan penjual ubat dengan apa yang aku pelajari dan aku amalkan adalah berkebalikan. Untuk pengetahuan semua, bukan semua perajurit TRM itu anggota PKM, sebahagian mereka hanya perajurit sahaja. Anggota PKM ada yang berjuang secara bersenjata dan ada yang bergerak secara bawah tanah. Syarat-syarat menjadi anggota PKM adalah tinggi, semua ini ada tercatat secara jelas dalam Perlembagaan PKM”. Syarat utama ialah rela berkorban jiwa raga demi pembebasan rakyat.” Jika seseorang tak dapat membuang tabiat mementingkan diri, jangan kata nak jadi anggota PKM, nak jadi anggota Liga Pemuda Komunis pun tak boleh. Liga Pemuda Komunis adalah sebuah organisasi di bawah PKM.

Berkenaan ulasan di penjualubat wordpress, Saudara Mat Amin juga telah memberi sedikit penjelasan. Aku copy ulasan beliau untuk tatapan bersama:

Pandangan yang menganggap komunis menolak agama adalah salah. Komunis menganggap agama adalah kebebasan peribadi. PKM terang-terang menyebut dalam pernyataannya bahawa mengamalkan kebebasan beragama.
Untuk mengetahui kisah tentang komunis di Malaysia, sila ke http://matamin02.blogspot.com
Kepada Abu Nuqman
Cubalah saudara difikrkan betul2 apa maksud “agama adalah candu rakyat”. Sama jugalah “rezeki secupak takkan dapat segantang”. Fikiran ini lahir akibat agama itu “dijadikan candu”, bukan lagi dijadikan pedoman.
Dalam sejarah, golongan pemerintah menggunakan agama untuk “mencandu” rakyat supaya lena, tidak melawan penindasan dan kezaliman penguasa.
Kami Rejimen ke 10 dan juga pasukan2 TPNM yang mengamalkan prinsip kebebasan beragama, menghormati adat resam dan agama setiap bangsa. Bahkan didalam PKM terdapat perintah “setiap anggota haruslah mengikut adat dan agama bangsa masing2”. Ini sudah bererti kepada setiap anggota parti komunis tidak boleh menukar agama.
Sungguhpun begitu, kami di Rejimen Ke-10 tegas dengan adat budaya Melayu dan agama Islam. Sesiapa yang berkahwin dengan anggota kami yang beragama Islam, maka dia haruslah menerima agama Islam. Ini adalah tuntutan Islam dan sudah menjadi budaya Melayu di Malaysia.

Tidak ada alasan untuk kita menolak PKM kerana mereka juga salah satu dari kekuatan menentang penjajah untuk kemerdekaan tanah air. Usaha melaga-lagakan kaum, agama, dan aliran dalam masyarakat adalah sebahagian strategi kaum penjajah untuk menundukkan perlawanan rakyat. Bila semua aliran bertentangan, bila semua kaum bertentangan, bila semua agama bertentangan, kekuatan rakyat tidak dapat dibentuk. Inilah caranya kaum penjajah mencucuk hidung kita.
Melagakan kaum komunis dengan aliran lain adalah sangat disukai oleh kaum penjajah.
Sepatutnya berbagai aliran yang progresif, berbagai kaum, berbagai agama bersatu menentang musuh bersama dan mendirikan kerajaan rakyat yang patriotik dan demokratik di mana semua aliran, semua kaum dan agama hidup bersama secara sihat.
Jika kita melihat kaum komunis harus disisihkan, ertinya kita masih lagi dibawah pengaturan strategi penjajah. Selagi kita tidak terlepas dari pemikiran ini, kita tidak akan dapat bersatu dalam erti kata sesungguhnya.

Di bawah adalah sedikit ulasan aku kepada ulasan-ulasan yang ditinggalkan di Penjual Ubat.

1. abu nuqman: “..komunis adalah satu ideologi yang menolak agama, tak percaya tuhan, saya kira lebih tak percaya Allah sebagai tuhan dari tuhan kepercayaan agama lain. agama candu masyarakat….banyak bukti komunis bencikan agama, di china, rusia dll…”

benarkah komunis Cina membenci agama? Tahukah bahawa umat Islam di Cina lebih banyak dari rakyat Malaysia? Tahukah bahawa Masjid Saad Abi Waqas di Guang Zhou berusia seribu tahun lebih?

gambar-gambar Masjid Saad Abi Waqas di Guang Zhou, dirakam pada Jun tahun 2009 oleh seorang sabahat yang berkunjung ke sana.

Dalam Memoir Ibu Suriani Setengah Abad Dalam Perjuangan menyebut beliau pernah melawat Masjid Beijing yang berusia 1000 tahun.

Di atas hanyalah disebutkan agama Islam di China. Jadi apakah dasarnya yang dikatakan komunis Cina membenci agama.

Apakah maksud Karl Marx yang menyebutkan “agama adalah candu rakyat”? Maksud Marx itu ada kebenarannya apabila kita melihat bagaimana agama dipergunakan untuk mempertahankan pemerintah yang tidak adil. Di sinilah letaknya maksud “candu rakyat” itu. Sila lihat PANDANGAN MARXIS TENTANG AGAMA

Kita boleh lihat di negara kita pun berlaku perkara di mana agama dipergunakan untuk melindungi kedudukan pemerintah atau institusi kerajaan yang tidak adil.

Dengan menyebutkan agama adalah candu rakyat tidak bererti Marx menolak agama. Jika kita lihat gambar-gambar Karl Marx dan isterinya Jenny, kita dapati bahawa Jenny memakai palang salib di lehernya yang menandakan agama Kristian.

Apakah Saudara Abu Nuqman pernah mendengar orang komunis mencaci agama seperti mana saudara melabelkan mereka membenci agama? Sayangnya yang mengakui diri beragama itulah yang mempercayai propaganda penjajah lalu melemparkan berbagai cacian dan fitnahan.

2. Nizam: “Maksudnya sebusuk2 komunis, busuk lagi umno.” Sebaiknya penulis menjelaskan di mana busuknya komunis itu.

Apakah rela mengorbankan jiwa raga demi pembebasan rakyat itu perkara yang buruk? Apakah membangun keadilan untuk semua itu perkara yang buruk? Apakah berjuang menentang penjajah secara bersenjata itu perkara yang buruk? Apakah membunuh kaum penjajah dan pengikut-pengikutnya perkara yang buruk? Fikirlah sendiri.

3. Nizam: “Jadi eloklah dibuat perbandingan begini kerana komunis adalah perkara yang paling teruk atau hina pada pandangan melayu di malaysia.”

Saya kira pandangan ini tidaklah tepat mana. Dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Malaya (ketika itu belum ada Malaysia) aliran komunis, nasionalis, agama dan sosialis telah bekerjasama menjadi satu kekuatan raksasa menentang penjajahan. Tahukan bahawa pernah wujud PUTERA AMCJA? AMCJA sebahagian besarnya di pimpin PKM manakala PUTERA juga bekerjasama dengan PKM. Yang tak bekerjasama dengan PKM hanya UMNO sahaja. UMNO berkebalikan pula, dia bekerjasama dengan penjajah British. Aku berpendapat organisasi-organisasi yang berjuang untuk kemerdekaan tanah air adalah lebih mulia manakala mereka yang bersekongkol dengan kaum penjajah adalah pengkhianat bangsa dan seburuk manusia.

sila baca:
Membaca Manifesto Parti Komunis dalam bahasa Malaysia
Asal Usul Kebencian Terhadap Komunis

4. Mat Karkoon: “Pandangan Tuan Haji Mohamad Sabu SALAH. Maupun dari segi Politik dan Falsafah dan Pemikiran apatah lagi Tasawwuf.”

Ajaran Islam begitu luas, mencakupi segala-galanya. Ajaran komunis atau sosialis adalah sebahagian dari ajaran Islam yang luas itu. Atas dasar inilah, syarikat Islam Merah Indonesia didirikan, atas alasan ini juga Dr. Burhanuddin bekerjasama dengan kaum komunis dalam perjuangan untuk kemerdekaan. Jadi jika Tuan Haji Mat Sabu itu pro komunis sekalipun, tidaklah menyalahi ajaran Islam.

Manusia hari ini menentang komunis tetapi menyokong kapitalis. Kaum kapitalis yang mengamalkan keuntungan sendiri dan menjadi kaya mendadak hasil penyelewengan dan penindasan ke atas rakyat. Sedangkan komunis adalah lawan kapitalis.

Ada juga orang menyalah tafsirkan “hak milik umum” ke atas alat2 produksi itu sebagai menentang pemilikan harta peribadi. yang dimaksudkan hak milik umum ke atas alat2 produksi itu ialah alat peroduksi yang bersifat antarabangsa. Petronas, Guthrie, misalnya.

prinsip pembahagian ekonomi di masyarakat sosialis ialah setiap orang bekerja mengikut kemampuan dan menerima mengikut kerja manakala prinsip pembahagian ekonomi di masyarakat komunis ialah setiap orang bekerja mengikut kemampuan dan menerima mengikut keperluan.

Dengan sumber ekonomi yang melimpah ruah, manusia tidak lagi perlu membuat kerja selama 8 jam. Seorang perlu bekerja beberapa jam sahaja. Semua kekayaan adalah milik negara dan akan diagihkan untuk rakyat. Tidak ada ruang untuk perseorangan. Ringkasnya semua orang dalam masyarakat akan menerima layanan sama rata dari kerajaan.

5. Mat Karkoon: “Umno lahir dari ibu penjajah British Sekular Kapitalis. Jauh bezanya dengan Aliran Komunis Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin dll yg lahir dari bapaknya Moa Zee Tung.”

Adalah salah jika dikatakan aliran komunis Malaya lahir dari Cina Mao Zedong. PKM dan revolusi Malaya adalah hasil dari pengaruh Revolusi Russia, Revolusi Cina dan Revolusi Indonesia. KMM, parti politik Melayu pertama yang memegang prinsip sosialisme adalah lahir dari revolusi Indonesia. KMM diteruskan oleh PKMM, API, PETA, AWAS, BTM. Dan golongan ini pula mendirikan Rejimen Ke-10. Dalam perjuangan untuk kemerdekaan yang bermula selepas kekalahan Jepun, organisasi-organisasi ini telah bekerjasama erat dengan berbagai aliran termasuk sosialis dan komunis. PKM pula lahir dari kelas buruh Malaya yang dipunggah oleh penjajah British dari China dan India.

Dicatat oleh Hati Merah@Aman pada 07:07

Label:

21 Responses to “Ulasan di antara UMNO dan Komunis..”

  1. Terima kasih atas fakta yang panjang lebar. Cuma saya yang hidup sebagai generasi selepas merdeka ini hanya mengetahui komunis itu jahat. Kami diajar tentang kejahatan komunis dalam subjek sejarah di sekolah.

    Saya bukanlah ahli kepada mana2 parti politik di Malaysia. Saya lebih selesa berfikiran neutral tidak berpihak kepada mana2 parti sebab saya lihat penyelewengan ada di mana2 waima di dalam PAS sendiri.

    Di dalam semua parti ada pemimpin bijak dan ada pemimpin yang bertaraf FLIP FLOP. Kita kena akui bahawa Allah jadikan manusia tidak sama. TGNA sendiri yang saya sanjung juga pernah melakukan kesilapan sbg cth percaya kpd brahim ali serta melantik menantu dlm pentadbirannya. Wlaupun bukan menjadi kesalahan dari segi agama tetapi ia boleh mengejutkan fitnah yg sdg tidur.

    Tapi saya percaya bhw TGNA adalah pemimpin yg karismatik. Beliau tidak mungkin akan melakukan kesilapan yg sama spt sesetengah pemimpin yg kerap melakukan kesilapan demi kesilapan yg sama.

    Jika perjuangan saudara atas platfom parti komunis adalah dirasakan benar maka teruskan perjuangan. Letakkan Islam di atas dahulu kemudian baru yang lain2. Mungkin komunis di china, rusia, korea utara, cuba berbeza dgn malaysia sbb di sana tak ada Islam. Cuma di china shj yg ada Islam itu puak minoriti di sana wpun bilangannya lebih besar dr rakya malaysia.

    Logiknya ada. Oleh itu teruskanlah perjuangan anda tanpa mengenepikan Islam.

    Buat masa ni Pakatan Rakyat masih menjadi pilihan saya kerana wpun tak sempurna tapi peratusan kesempurnaannya melebihi paras 70% pada pandangan saya berbanding umno yang ada hanya 10% kebaikan.

  2. sekadar memberi pandangan secara sepintas lalu . seperti yang telah saya agak..saudara mat amin tentu punya jawapan tentang perkara yang berbangkit, namun cuba renungi sedalam-dalamnya, kenapa perlu kita berjuang dengan wadah komunis atau nasionalis, sekularis, kapitalis, demokrasi atau lain2 ideologi lain…..kenapa kita tidak hanya mengambil Islam itu sendiri seperti yang di bawa seorang insan sempurna pilihan khaliq, Muhammad bin Abdullah. Kenapa dengan ajaran Islam, ada kekurangan di mana? ada salah dimana? cacat di mana? saya berasa pelik memikirkan perihal umat islam ini….sampai2 ada yang pada pandangan saya sudah mantap pemahaman Islamnya juga terikut-ikut dengan isme2 ciptaan manusia ini…saya sendiri adalah seorang islam awam, bukan ulama, saya bergantung pada ulama untuk memahami ajaran islam….ajaran islam tetap diatas….kenapa saya bersama dengan partai islam yang menggunakan demokrasi untuk mengamal ajaran islam, sikap saya di dalam hal ini adalah bersifat sementara, bukan mempertahankan kebenaran 100% demokrasi yang berasal dari pemikiran Greek kuno dan di amalkan oleh Amerika dan eropah sekarang.saya kira dengan demokrasi akan memberi ruang untuk islam dilaksanakan secara syumul…apabila islam telah tertegak maka kuasa berada di tangan kita dan perlu di laksanakan cara islam dalam pemilihan Ketua negara, maka ketika itu demokrasi akan kita ketepikan, kerana pada masa ini kita tak punya kekuatan /kuasa untuk menentukan cara pemilihan ketua dan keputusan2 politik Malaysia.

    Nampak sedikit berbeza dengan pendirian saudara mat amin yang seperti begitu menyelami fahaman komunis dan seperti komunis yang difahami saudara mat amin ini dicernakan kedalam islam….insyaAllah akan bersambung…

    • Adalah di ingatkan Pas tidak terlibat sama sekali dalam perjuangan kemerdekaan. bacalah mana2 buku yang ada Pas sesekali tidak pernah di sebut. Kerja Pas adalah menjadi lidah umno untuk menentang perjuangan kemerdekaan ketika itu. Hanya apabila Dr Burhanuddin mengambil alih teraju Pas barulah ketika itu Pas bangun dari tidur. Pas lahir dari persetubuhan suka sama suka antara UMNO dan British.

  3. ulasan yg sgt baik oleh matamin…
    fakta yg perlu difikirkan kebenarannya.
    banyak sejarah songsang telah di sogok ke dalam minda generasi terkemudian seperti kita.inilah hasil kerja penjajah dan diteruskan oleh umno yg merupakan tali barut penjajah.

    saya rasa generasi hari ini perlu mengkaji sejarah secara lebih agresif, berfikir secara lebih terbuka dan yg paling penting perlu ada keikhlasan.
    pergi lah jumpa perjuang2 yg masih hidup ygt ada di seluruh tanahair termasuk di selatan thai (perkampungan shukirin).jgn terpedaya dgn sejarah buatan penjajah.

    banyak pembohongan sejarah perlu di buka untuk kebaikan generasi akan datang supaya mereka tidak terperangkap dgn sejarah songsang

    sebagai contoh peristiwa bukit kepong (yg difilemkan)
    jika kita tidak buta sejarah kita akan melihat org yg menyerang balai polis itulah hero…. itu balai polis british dan polis itu ketika itu adalah balaci british.

    pas sendiri kebelakang ini telah dipenuhi oleh pemimpin yg agak rabun sejarah.
    cuba kita lihat sejarh sebelum penubuhan pas
    pas adalh pecahan dari hisbu muslimin yg uslub perjuangan nya dari ikwan muslimin.selepas diharamkan dan banyak pimpinan ditangkap dan dimasukan ke pulau jerjak.
    mereka ini kemudianya telah berpakat untuk menerukan perjuangan dengan menggunakan tiga cara.
    1, sebahagian dari mereka kena mengyusup masuk kedalam umno untuk menuntut kermerdekaan
    2. sebahagian lagi menubuhkan parti baru dan itulah PAS
    3. dan golongan ketiga bergerak secara lebih agresif berjuang secara amaliat yaini bersenjata itulah rejement 10.saya secara peribadi lebih menghormati golongan ketiga ini.
    mereka ini sebelum bergerak masuk hutan telah di kuarantin di gunung semanggol bagi membetulkan niat dan diajar oleh ulama ketika itu

    Pas sepatutnya sekadar mengisi ruang dakwah (mengikut perjanjian pakatan ini)
    apa yg kita lihat hari ini kebanyakan pemimpin pas hari ini tidak faham.mereka seolah melihat bahawa demokrasilah jalan tunggal untuk mencapai kemenangan.(belum ada sejarah negara Islam tertegak melalui amalan demokrasi.
    jika kita faham dengan demo and kratos ini, kita pasti akan menolaknya
    demokratos membawa maksud undang2 manusia dan secara tidak langsung kita menolak undang2 Allah??? secara tidak langsung juga demokrasi adalah penyumbang terbesar terhadap pudarnya perjuangan JIHAD FISABILILLAH.inilah agenda yahudi.
    kerana JIHAD adalah perkara yg paling mereka takut.

    kemana hilangnya ayat 216 Al Baqarah?

  4. Tidak ada apa salahnya pada ajaran Islam. Yang salah ialah amalan penganutnya.

    Cuba kita tilik perjuangan kemerdekaan tahun-tahun 30-an dan 40-an, terutama sebelum tertubuhnya UMNO. Dan kajian itu harus diketepikan fakta2 yang dibentangkan oleh penjajah kerana ia telah dipesongkan demi kepentingan penjajahannya.

    Dari sini kita akan dapati satu jawapan yang sesungguhnya.

  5. saya sebagai anak pasca merdeka sememangnya sangat berterima kasih dengan para pejuang kemerdekaan melawan penjajah, termasuk di antaranya pejuang PKM, saya akui generasi kini manja dan tak sekuat generasi dahulu namun saya melihat Islam lah jawapan kepada semua permasalahan hidup, bukan komunis, bukan kapitalis, bukan demokrasi, bukan yang selain dari islam. begitu lah kenapa kita berbeza. saya faham propoganda mereka yang berkepentingan banyak mempengaruhi banyak perkara, ramai khalayak namun kenapa kita masih mahu menggunakan lain2 isme untuk memperjuangkan hak kita yang masih belum kita dapatkan.biar siapa kita, apa bangsa kita, apa bahasa kita, dimana lokasi geografi kita, berjuanglah di atas nama islam, sekiranya perlu kita sembunyikan keislaman kita di atas biar apa saja sebab, tetaplah kita bersama islam dalam gelap dan terang.Nabi kita Muhammad dulu menerima segala macm tekanan, kezaliman, penindasan, sekatan, segala macam, tetap menyatakan kebenaran islam…..umatnya kini biar bagaimana tujuan baik perjuangannya kalau tak ikut cara Rasulullah, maka apakah ada nilainya. jika saya boleh menyeru…maka seruan saya dalami lah islam ikut jalan teras seperti yang di tunjuki oleh Rasulullah….perlukah kita mempertahankan ideologi komunis kita, kapitalis kita, sekularis kita dan berbagai-bagai lagi isme lain apabila kita berhadapan dengan islam?

    ramai org berbuat baik….mother theresa dan gandhi sebagai contoh tapi fahamkah kita perbezaannya dengan kebaikan yang telah dilakukan oleh Muhammad bin abdullah, para sahabat Muhammad bin abdullah, salehuddin bin ayubi dan lain2 pejuang sepanjang zaman.jangan lah kita tertipu dengan kebaikan kosong yang telah mereka2 di atas lakukan sepanjang zaman…….

    • Muhamad itu Rasulullah SAW. Dia maksum sejak di lahirkan. Dia bukan manusia biasa yg boleh dibandingkan dgn para sahabat apatah lagi Salahuddin. Muhammad adalah Muhammad SAW. Asal penciptaan beliau dari Nur Illahi.

      • Perbedaan muatan sejarah bukanlah sebuah rahasia. “Tidak ada yang otentik tentang sejarah selain ketidak otentikannya!” demikianlah sebagian orang antipati dan larut dalam ifrati melihat sejarah yang seakan hanya dipenuhi lembaran-lembaran perbedaan. Tapi apakah traffic light diseluruh dunia harus dicabut hanya karena kecelakaan masih tetap ada? Ataukah seluruh obat harus dihentikan produksinya, sebab tidak sedikit jumlahnya orang mati over dosis?

        ‘Sejarah’ hanya benda mati. Sedang pena tidak tahu dosa sebab guratan-guratannya sangat tergantung pada orang yang menggerakkan tangannya, sementara sang subjek; ia mungkin tidak sendiri! Ada ide dibalik badannya, dan mungkin dibalik idenya? Boleh jadi ada kepentingan, boleh jadi ada force yang memaksanya panuh, boleh jadi paksaan itu bernama pedang dan atau demi keselamatan, atau boleh jadi karena gemerincing koin-koin emas, dan atau seperti kata sahabat Ali bin Abi Thalib as; an-Nas ‘ala dini mulukihim.

        Bukankah dunia dipaksa menerima kebenaran ‘mitos’ Holocoust yang didongengkan Israil! Padahal orang tahu bahwa itu hanya kebohongan sejarah, tapi kenapa masih tetap diterima? Bagaimana dengan sejarah Islam?

        Berikut ini kita akan mencoba mengalisa ulang sejarah Islam terutama sejarah Rasul dan keluarganya. Bukan untuk menolak sejarah secara ifrati, tapi membuang yang ‘membohongi kesadaran’ kita dan bergerak menuju sebuah pandangan baru yang jauh dari kebohongan dan pembohongan.

        1. Ayah-Ibu Rasul Kafir?

        Tidak sedikit jumlah hadits dan riwayat sejarah yang menyebutkan bahwa Ayah, Ibu, Paman dan Kakek Rasulullah saw mati dalam keadaan kafir! Paling tidak, kitab-kitab yang ditulis rawi dan penulis sejarah sekaliber Ahmad bin Hanbal –pemuka mazhab Hambali- dan Ibnu Katsir, sang sejarawan handal!(?)

        Berikut ini beberapa riwayat akan kami ketengahkan;

        a. Ibn Katsir dan Ibn Hambal meriwayatkan; Rasulullah bersabda: “Suatu hari aku mendatangi kuburan ibu Muhammad, dan aku memohonkan syafaat kepada Tuhanku untuknya, dan kumohonkan pengaampunan atasnya tapi Tuhanku menolak permohonanku” [1]

        b. Salah seorang Arab bertanya kepada Rasul; “Dimanakah sekarang Ayahmu?” Rasul menjawab; “Takkala aku melintas di pekuburan orang-orang kafir, diperlihatkan padaku, bahwa ayahku berada di neraka”[2]

        c. Rasululah bersabda: “Aku bersaksi di hadapan kalian, bahwa aku berlepas tangan dari (kekafiran) Aminah ibuku, sebagaimana Ibrahim as berlepas tangan dari kekafiran ayahnya”[3]

        Sungguh sebuah kebohongan atas diri Rasul dan kedua orang tua beliau. Selain itu sebuah kesalah besar ketika mengkiaskan Ayah Ibrahim as dan kedua orang tua Rasul, sebab ayah Ibrahim menolak kenabian dan risalah nabi Ibrahim as pada saat masih hidup, sedangkan bapak-ibu Rasulullah saw meninggal sebelum menjadi Nabi dan Rasul, terlebih ayahnda beliau, Abdullah yang meninggal sebelum beliau lahir. Bagaimana mungkin hukum kafir diberikan kepada seseorang yang tidak mendengar dan menghadapi sebuah kenabian atau kerasulan!

        2. Abdul Muthalib Kafir?

        Ibn Katsir menulis; Sesungguhnya Abu Thalib mati dalam keadaan beragama sebagaimana agama jahiliyah.[4]

        Untuk menolak nukilan sejarah di atas, beberapa nukilan sejarah penolakan akan disebutkan;

        a. Beberapa pernyataan langsung dari mulut Abdul Muthalib dalam sumpah atau doanya yang menjelaskan bahwa ia beriman kepada Allah SWT. Di antaranya; pertama; Ketika tentara Abrahah telah memasuki kota Makkah, Abdul Muthalib naik kesebuah bukit lalu berdoa; “Ya Allah aku serahkan penjagaan rumah-Mu kepada-Mu” kedua; ketika rasul lahir, ia membawa cucunya ini tawaf dan ke dalam Ka’bah lalu berdo’a dan memanjatkan syukur, “Puji syukur kepada Allah SWT yang telah memberiku anak ini….” Juga saat masa kanak-kanak, ketika Rasulullah hilang, Abdul Muthalib sekali lagi tawaf di Ka’bah dan berdoa; “Ya Tuhanku, Kembalikan padaku Muhammad….”

        b. Ya’kubi menulis: Abu Thalib senantiasa menjaukan diri dari menyembah berhala dan hidup dengan mengesakan Allah SWT dan orang-orang Quraisy menyebutnya dengan Ibrahim kedua[5]

        c. Ibn Atsir menulis: Abu Thalib berdiam di gua Hira setiap bulan Ramadhan (untuk beribadah) dan memberikan makanan kepada orang miskin seluruh kota.[6]

        Riwayat-riwayat di atas sudah cukup untuk menolak anggapan bahwa Abdul Muthalib mati dalam kekafiran. Kecintaannya kepada Muhammad bukan hanya karena emosi seorang kakek kepada cucunya, tapi pengetahuannya atas kabar kenabian cucunya ini yang telah disebutkan dalam kitab-kitab langit dari dari nabi-nabi sebelum Muhammad, cucunya.

        3. Adakah Putri Rasul Selain Fatimah as?

        Konon, sebelum menjadi istri Rasul, Khadijah as adalah merupakan janda dari dua orang yang bernama ‘Atiq bib ‘Aizd bin Abdullah al-Makhzumi dan Abu Halah at-Tamimi dan dari pernikahan tersebut, Khajidah as memiliki dua putri yang bernama Zaenab dan Ruqayah, dan dua putri lainnya dari Rasulullah yang bernama Ummu Kultsum dan Fatimah az-Zahra. Benarkah?

        Sejumlah sejarawah menegaskan bahwa Khadijah adalah perawan (belum menikah) ketika menikah dengan Rasulullah saw. Abu al-Qasim al-Kufi mengatakan; para sejarawah dan penukil berita bahwa tidak tersisa dari pembesar Quraisy –bangsawan dan orang kaya- melainkan seluruhnya mengajukan lamaran kepada Khadijah, tetapi semuanya ditolak. Dan ketika lamaran Rasul diterima, marahlah para wanita Quraisy dan dengan nada tinggi berkata kepadanya; para pembesar Quraisy telah melamarmu, tapi enkau tolak dan engkau terima lamaran Muhammad, anak yatim asuhan Abu Thalib, miskin dan tidak memiliki harta. Isbahani menambahkan; “Khadijah adalah seorang perawan (sebelum dan ketika menikahi Rasul).[7]

        Lantas siapakah ‘Atiq bib ‘Aizd bin Abdullah al-Makhzumi dan Abu Halah at-Tamimi? Khuwailid bin Asad memiliki dua putri yang bernama Halah dan Khadijah. Halah pada masa jahiliyah menikah dengan ‘Atiq bib ‘Aizd bin Abdullah al-Makhzumi dan dari pernikahan tersebut lahirlah Zainab dan Ruqayah.

        Beberapa alasan bisa dikemukan untuk menguatkan riwayat di atas. Alasan yang pertama adalah, al-Makhzumi dan at-Timimi sebenarnya adalah orang yang sama yang memiliki dua panggilan, bukan dua pribadi yang berbeda.

        Di antara kebiasaan orang Arab dahulu, memanggil seseorang dengan menambahkan kata Abu kepada sifat seseorang, atau anak, atau istrinya kemudian menjadi panggilan bagi orang tersebut. Al-Makhzumi memiliki panggilan lain Abu Halah dari nama istrinya, sedangkan sejarah juga mencatat bahwa Abu Halah juga panggilan lain dan ai-Tamimi, di sisi lain, tidak ada satupun uraian sejarah yang menjelaskan siapakah di antara keduanya yang menjadi suami pertama dan kedua.[8]

        Siapa pulakah Zainab, Rugayah dan Ummu Kultsum? Zainab dan Rugayah, keduanya adalah putri dari Halah binti Khuwailid saudari Khadijah as yang ketika kedua suami Halah meninggal, perawatan keduanya berada di tangan Khadijah. Sedangkan satu-satunya putri Khadijah dengan Rasulullah adalah Fatimah az-Zahra as.

        Beberapa alasan yang menguatkan pendapat ini adalah sebagai berikut:

        a. Banyak riwayat yang menyebutkan kedekatan khusus dan hubungan erat antara Rasulullah dengan putrinya Fatimah as. Rasulullah bersabda: “Fatimah Ibu bagi bapaknya”[9] Ibnu Abbas meriwayatkan; “setiap kali rasulullah kembali dari bepergian akan mendatangi dan mencium Fatimah”[10] Dan ketika turun ayat Tathhir, selama enam bulan Rasulullah senantiasa mendatangi rumah putrinya Fatimah as dan mengucapkan salam Assalamu ‘alikum ya Ahla Baiti an-Nubuwah.[11]

        Hadits-hadits yang menerangkan hubungan kedua ayah-putri ini berjumlah ratusan, tapi tidak ada satupun hadis yang menyampaikan hubungan Rasul dengan Zainab dan Ruqayah. Sejarah juga mencatat bagaimana peran Fatimah dalam mendukung dan membela dakwah Rasulullah bahkan pada saat ia masih belia. Lantas di manakah “kedua saudari” Fatimah?

        b. Pada masa hidup Rasul sampai kekhalifahan Utsman, para sahabat tidak pernah menyebutkan bahwa dengan menikahi Zainab dan Ummu kulzum merupakan sebuah keutamaan baginya dan tidak para sahabat ketika itu menyebut hal yang sama terhadap Utsman. Juga tidak ada satupun pihak baik dari pihak yang melindungi Utsman maupun pihak pembunuh Utsman yang menyebut Dzun Nurain sebagai keutamaannya ketika peristiwa Fitnah ad-Dar terjadi.

        Belakangan terbukti, bahwa gelar Dzun Nurain bagi Utsman baru pertama kali dikenal setelah pembunuhan atasnya terjadi, yakni pada masa pemerintahn Mu’awiyah bin Abi Sufyan.

        c. Ketika Imam Ali as menyusul hijrah ke Madinah. Bersamanya Ummu Aiman dan rombongan para wanita yang semuanya bernama Fatimah beserta orang-orang lemah kaum mukmin. Di manakah Zainab, Ruqayah dan Ummu Kulzum? Apakah mereka dilahirkan di Madinah? Bagaimana mungkin! Bukankah Khadijah wafat sebelum hijrah ke Madinah?

        5. Rasul Hampir Gila Karena Kerasulannya!

        Peristiwa lain yang kalah menggelikannya adalah peristiwa kabar kerasulan Rasulullah ketika wahyu pertama turun atasya di gua Hira. Diceritakan, takkala Rasul seperti biasanya melakukan ibadah dan pembersihan diri di gua Hira, Malaikat Jibril datang menyerupai manusia kemudian memerintahkah untuk membaca seperti yang I abaca dan sejak saat itulah Muhammad bin Abdillah menjadi Rasul Allah yang terakhir untuk umat manusia.

        Selanjutnya, kata shahib ar-riwayah, Muhammad berubah ketakutan,, seluruh tubuhnya menggigil, kesadarannya seakan hilang dan kemudian dengan keadaan semacam itu ia menemui istrinya Khadijah, menceritakan peristiwa yang terjadi dan meminta sang istri tersayang untuk menyelimutinya.

        Pada Khadijah ia berkata: “Aku sedemikian takut dan khawatir akan menjadi dukun”[12] atau pada riwayat lain, “Aku takut akan diriku –bila aku menjadi gila-“[13] demikianlah riwayat yang terekam dalam dalam kitab-kitab sejarah dan hadits. Benarkah?

        Analisa dan Kritik

        Berikut ini beberapa analisa akan dilakukan untuk membuktikan bahwa riwayat di atas tidak mungkin benar terjadi pada diri Rasulullah. Antara lain:

        a. Seakan telah menjadi aturan Ilahi, seorang nabi akan diberitakan dalam sabda dan atau kitab suci para nabi sebelumnya. Isa bin Maryam misalnya, berita kehadirannya telah diberitakan dalam Taurat jauh sebelum Isa as sendiri lahir, Kaum Yahudi dan Nasrani sendiri mengetahui Muhammad bin Abdillah dan Kenabiannya lewat sabda-sabda Musa, Yahya atau Isa dan dalam Taurat dan Injil.

        Menjelang kelahiran Sang Nabi Akhir, kaum Yahudi dan Nasrani berdatangan ke tanah Arab dan berdiam di sekitar kota Makkah dan menceritakan perihal kemunculan Nabi akhir di tanah Suci ini.[14] Kepada abu Thalib as, pendeta Buhara bahkan menceritakan ciri-ciri kenabian yang terdapat pada diri Muhammad pada saat keduanya melakukan perjalan ke syam.[15]

        Al-Qur’an sendiri menyebut dengan tegas bahwa kaum Nasrani dan Yahudi mengetahui pribadi Muhammad dan kenabiannya sebagaimana mereka mengetahui anak-anak mereka[16]

        Ajab! Kaum Yahudi dan Nasrani mengetahui kenabian Muhammad, sementara Muhammad sendiri tidak mengetahuinya!?? Padahal derajat kenabian dan kerasulan hanya diperuntukkan bagi mereka yang telah melalui sekian tahapan perjalan ruhani. Tidak dapat dipungkiri bahwa ibadah yang selama ini dilakukan Muhammad as di gua Hira adalah aktifitas menuju kenabian serta dalam rangka menunggu wahyu Allah turun.

        b. Sebagaimana nabi Yahya[17] dan Isa as[18], Muhammad saw telah menjadi Nabi pada usia yang balita[19] dan Malaikat Jibril telah sering mendatangi atau menyampaikan kabar-kabar langit kepadanya baik langsung, melaui suara atau dengan perantaraan tabir[20]

        Allah Faidz Kasyani, menulis: Rasulllah sering melihat dalam tidurnya (malaikat Jibril) dan mendengar suara –baik langsung atau melalui perantara- dan senantiasa dibimbing oleh Malaikat[21]

        Bagaimana mungkin Rasulullah yang sering didatangi para Malaikat terutama Jibril, tidak mengenal Jibril ketika membawakan firman Allah SWT dan bahkan ketakutan serta merasa akan gila!??

        4. PEMBELAHAN DADA

        Disebutkan dalam riwayat, ketika suatu hari Rasulullah saw. Keluar dari rumah bersama saudara sesusuannya, saudaranya ini menemui ibunya Halimah dan berkata;” Muhammad telah dibawa oleh seseorang berpakaian putih, ia membaringkan kemudian membelah dadanya”. Halimah dan suaminya kemudian keluar dan menemukan Muhammad. Mereka bertanya; “Apa yang telah terhadi atasmu anakku?” Muhammad menjawab; “seseorang telah datang dan membelah dadaku.”

        Konon, menurut para penakwil sejarah, seseorang berpakaian putih tersebut adalah Jibril yang diutus Allah SWT. Untuk membersihkan hati Muhammad dari ‘kotoran’.

        Peristiwa ini sangat jelas adalah cerita buatan oleh mereka yang ingin mendistorsi pribadi Rasulullah. Dan bila berhasil, maka Islam akan lebih mudah dihancurkan. Sayang, penulis dan penukil cerita ini tidak cukup pintar menyembunyikan kebodohannya.

        Cerita ini tentu saja tidak bisa diterima bukan hanya oleh Islam, akal sehat manusia menolak kebohongan tersebut. Dalam Islam, untuk penyucian yang berhubungan dengan najis dan kotoran fisik, dilakukan dengan mediasi bendawi seperti air, tanah atau sesuatu yang tumbuh dari tanah. Sebaliknya untuk menghilangkan kotoran yang berhubungan dengan ruhani, maka penyuciannya juga harus ruhaniyah, semisal istighfar dan berikrar tidak mengulangnya atau meminta maaf dan meminta ridha orang yang kita zalimi.

        Di sisi lain, bila kebersihan hati (hati material??) merupakan syarat dari sebuah derajat kenabian, kenapa tidak satupun riwayat atau catatan sejarah, bahwa pembersihan hati dengan jalan pembedahan ala medis seperti ini tidak pernah terjadi pada nabi-nabi sebelum Muhammad saw, seperti Musa, Ibrahim, Yahya atau Isa? Afala ta’qiulun!

        Penutup

        Islam adalah agama paripurna. Agama kemanusiaan yang sempurna, menekankan pengajuan dalil dan argementasi akal. Al-Qur’an kurang lebih sebanyak tujuh puluh kali menyebut tafakkaru, ta’qilun, tatadabbaru dan sebagainya.

        Kenabian-kerasulan sendiri bukanlah air hujan yang turun dari langit secara gratis tanpa harga mahal dan aktifitas ruhaniyah yang kosong. Kenabian adalah kesadaran perjalanan menuju kesempurnaan, bukan wibawa yang dipaksakan dan jenis obralan di sudut-sudut pasar. Ia adalah titik yang paling jelas dari perpaduan langit dan bumi, manusia dan malaikat.

        Islam mengajak kita untuk berakal dalam beragama, Muhammad, Sang nabi agung telah mengajarkan itu, maka gunakanlah akalmu, wahai umat Muhammad!

        [1] . Bidayah wa Nihayah: 2/340-341, Musnad Ahmad: 5/357

        [2] . Bidayah wa Nihayah: 2/342

        [3] . al-Wafa: 116

        [4] . Ibid

        [5] . Tarikh Ya’kubi: 2/12

        [6] . Tarikh Ibn Atsir: 2/15

        [7] . Dalail an-Nubuwah: 178

        [8] . al-Awail al-Askari: 1/159

        [9] . Usudul Ghabah: 7/220

        [10] . Ibid: 7/224, Majma’ as-Zawaid: 8/42

        [11] . Sunan at-Tirmizi: 2/29, Tafsir at-Tabari 5/22, Musnad Ahmad: 2/252

        [12] . Ansab al-Asyrab Balzuri: 3/6

        [13] . Shahih al-Bukhari, Bab Kaifa Kana Bada al-Wahy: 1,3/3

        [14] . Bidayah wa Nihayah: 2/331

        15. Mukhtashar Tarikh Ibn Asakir: 2/47

        [15] . Sirah Ibn Hisyam: 1/191

        [16] . al-Baqarah: 89, 101, 146

        [17] . Surah Maryam: 12-13

        [18] . Ibid: 30-31

        [19] . Kami akan membahas masalah ini lebih jauh ditulisan yang lain

        [20] . Sirah al-Halabiyah: 1/224, Bidayah wa Nihayah: ¾ Tarikh Ya’kubi 2/19, Sirah Ibn Hisyam: 1/280

        [21] . Tafsir as-Shafi: 3/284
        Last Updated ( Selasa, 09 September 2008 )

  6. salam penjual ubat dan semua

    abu nuqman Says:
    March 22, 2010 at 4:06 pm

    ………kenapa perlu kita berjuang dengan wadah komunis atau nasionalis, sekularis, kapitalis, demokrasi atau lain2 ideologi lain…..kenapa kita tidak hanya mengambil Islam itu sendiri seperti yang di bawa seorang insan sempurna pilihan khaliq, Muhammad bin Abdullah. Kenapa dengan ajaran Islam, ada kekurangan di mana? ada salah dimana? cacat di mana? saya berasa pelik memikirkan perihal umat islam ini….sampai2 ada yang pada pandangan saya sudah mantap pemahaman Islamnya juga terikut-ikut dengan isme2 ciptaan manusia ini……

    ini yang sering kita dengar, seruan-seruan agar mengambil ISLAM sebagai perjuangan, seruan menegakkan islam, itu yang selalu kita dengar, tetapi persoalannya ialah bagaimana yang dikatakan ideologi islam itu? lagi-lagi dalam sistem pemerintahan, apa panduannya?

    ya ramai yg kata panduannya ialah alquran dan hadis, tetapi cara memahami alquran dan hadis itu sendiri kita jugak berbeza, hasilnya perbezaan jugak….

    bagi saya, islam itu ialah PERILAKU. apa saja perilaku yang baik, adil, mensejahterakan rakyat dan tidak menindas, tidak double standard, tidak rasuah, pemerintahan yang mampu mencegah rakyatnya dari kerosakan dan kebinasaan… itu lah islam dari segi perbuatan, samada yang memerintah itu beragama islam atau tidak, PERILAKU yang baik itu sendiri telah memenuhi ciri-ciri ISLAM ( berakhlaq)

    menggunakan nama agama islam, dalam perjuangan tanpa memperlihatkan kebaikan agama islam , lebih2 lagi berbuat sesuatu yang menjelikkan, maka perjuangan sebegini secara tidak lamgsung memburukkan islam itu sendiri

    angkuh dan sombong itu bukan lah dari islam, keegoan itu bukan lah islam, merasa bagus itu bukanlah islam, merasa lebih islamik dari org lain bukan lah ajaran islam, merasa berada dalam kebenaran sebelum terilihat dalam kebenaran bukan lah ajaran islam, keangkuhan dan keegoan sebegini lah yang sering dibawak bersama oleh pejuang dan penyeru2 islam kononnya, menyeru kepada islam, dalam masa yang sama merosakkan imej islam

    jika satu perjuangan itu ada nilai baiknya, maka itu dgn sendirinya ada nilai islamnya, begitu jugak dgn isme2 yang lain yang dilihat baik, lebih2 lagi isme2 itu sedang menentang isme yang tidak bernilai baik. yang baik-baik, harus bersatu menentang yang tidak baik.

    orang islam hendaklah bersatu bersama puak yg memperjuangkan NILAI yang baik menentang puak2 yang tidak baik, dan seterusnya memperlihatkan ketinggian agama islam ketika bersama mereka.
    Bukannya merasa bagus daripada puak2 ini sedangkan mereka juga memperjuangkan sesuatu yang baik.

  7. standardirama menulis :

    bagi saya, islam itu ialah PERILAKU. apa saja perilaku yang baik, adil, mensejahterakan rakyat dan tidak menindas, tidak double standard, tidak rasuah, pemerintahan yang mampu mencegah rakyatnya dari kerosakan dan kebinasaan… itu lah islam dari segi perbuatan, samada yang memerintah itu beragama islam atau tidak, PERILAKU yang baik itu sendiri telah memenuhi ciri-ciri ISLAM ( berakhlaq).

    masalahnya semua diatas mesti punya satu standard, baik bagi saya mungkin tak baik bagi irama…..islam lah datang dengan STANDARD tu……maka walau dalam perbezaan apa pun kita mesti kembali kepada STANDARD islam untuk menentukan samada sesuatu perilaku, pemikiran itu betul2 baik atau tidak….saya pun bawa lah contoh mother theresa dan gandhi….mereka ini baik sungguh jika dipandang dari sudut perilaku….namun apakah kebaikan mereka diiringi keredhaan Allah….balik2 mesti kembali kepada Islam dan keredhaan Allah….

    begitu juga dengan jahat….mesti diukur dengan standard jahat di sudut islam….bukankah hukuman pancung terhadap pembunuh itu di lihat sangat kejam menurut kufar? Islam memandang ianya sangat memberi kebaikan kepada umat manusia…malah sekiranya tak dilakukan hukuman itu lah yang dikira jahat oleh islam.bagaimana kita nak tentukan yang mana baik dan yang mana jahat…..kena la memakai STANDARD ISLAM dan bukan pernah walau sekali selain dari islam….walau sepakat 6 billion umat manusia sekarang mengatakan sesuatu itu jahat, tapi kalau islam menurut ajaran Rasulullah mengatakan ianya baik, maka yang benar itu ialah yang islam itu….

    timbul masalah islam yang macam mana?maka perlulah kembali kepada islam yang asal di bawa Rasulullah….sudah kembali masih berbeza pendapat!mesti lah bersikap terbuka, bertolak ansur, sejuk kepala dan berbagai lagi sifat yang baik(ikut standard islam).yang jadi masalah kalau ada yang keras kepala…..kembali kepada islam keras kepala bukan standard islam…..kena kembali kepada islam rasulullah….tak bole walau kita mau kembali kepada islam Nabi Ibrahim…..bukan kah begitu?yang selalu saya perhatikan kita sangat susah untuk kembali kepada ajaran asal Rasulullah secara keseluruhannya.

    gunalah akal dan fikiran untuk menentukan kebenaran islam…..kita tahu, ambil contohnya di malaysia kini….pas cakap dia parti islam, umno kata dia pun islam juga….. tengok la jambul bini2 mereka, guna lah akal untuk menentukan kebenaran….kalau tak ada jambul lagi, dah bertudung litup, lihat pula perbuatan lain…pasti kita yang punya mata dan mata hati kalau gunakannya secara ikhlas akan dapat menentukannya…..harap2 sahabat semua faham la no….yang paling penting kita lihatlah kedalam tiap2 diri kita sendiri dulu……usaha betulkan diri dan keluarga…ikhlaskan amal…(tapi tetap kena ikhlas mengikut standard islam)….sekiranya seruan ini baik….marilah kita jayakannya.

  8. abu nuqman Says:
    March 22, 2010 at 10:55 pm

    @@@masalahnya semua diatas mesti punya satu standard, baik bagi saya mungkin tak baik bagi irama…..islam lah datang dengan STANDARD tu……maka walau dalam perbezaan apa pun kita mesti kembali kepada STANDARD islam untuk menentukan samada sesuatu perilaku, pemikiran itu betul2 baik atau tidak…@@@

    sebelum ini :

    abu nuqman Says:
    March 22, 2010 at 4:06 pm

    @@@…namun cuba renungi sedalam-dalamnya, kenapa perlu kita berjuang dengan wadah komunis atau nasionalis, sekularis, kapitalis, demokrasi atau lain2 ideologi lain…@@@

    @@@sikap saya di dalam hal ini adalah bersifat sementara, bukan mempertahankan kebenaran 100% demokrasi yang berasal dari pemikiran Greek kuno dan di amalkan oleh Amerika dan eropah sekarang.saya kira dengan demokrasi akan memberi ruang untuk islam dilaksanakan secara syumul…@@@

    ……………………..

    nilai baik-buruk komunis hampir sama nilai baik buruk dalam islam standardnya sama…. (dibicarakan disini tentang pemerintahan bukan amalan harian ) walaupun tidak 100%

    nyatanya abu nuqman mempersoalkan PKM kerana dia tidak 100% islami dalam masa yg sama boleh menerima DEMOKRASI?

    ” kembali kepada ajaran Rasulullah ” hanya benar bila bersama parti islam dalam demokrasi, dan dikira menyempang dari ajaran Rasulullah jika puak islam dalam komunis?

    adakah saudara tidak melihat perjuangan PKM dulu itu sama halnya dengan saudara mempercayai demokrasi? atau mungkin saudara merasakan hanya saudara sahaja mempunyai niat yang betul ( pegangan sementara) dan orang islam yang berjuang bersama komunis tidak berniat menegakkan islam..?

    dan sikap seeprti inilah yang boleh terlihat sebagai angkuh dan sombong, ego dan bongkak,,,, merasa kita saja yang betul tapi anehnya saudara jgak mengatakan saling perbezaan hendaaklah di raikan

    p/s mengenai hukum pancung, ada baiknya dihumum bunuh
    sama ke?

  9. kita berbeza kearah mencari kebenaran…saya akui terdapat salah dan silap di sini dan sana…baguslah ada sahabat tolong nasihatkan, tidaklah jadi selalu berada di alam kesalahan yang dianggap kebenaran……semoga kita saling nasihat menasihati.

  10. one more thing

    abu nuqman tulis :

    @@@dengan demokrasi akan memberi ruang untuk islam dilaksanakan secara syumul@@@

    disini terlihat saudara melihat STEP kepada islam syumul antara lain melalui demokrasi di kala ini

    orang islam yang terdahulu mempercayai STEP kepada islam yang syumul adalah melalui komunis …

    sama ke?

  11. “@@@dengan demokrasi akan memberi ruang untuk islam dilaksanakan secara syumul@@@”
    mesti tau sejarah demokrasi di cipta dan kenapa demokrasi di laksanakan,
    uslub ini tidak mungkin dapat memberi ruang kepada perlaksanaan dustur Isamiah.belum ada satu sejarah pun sebuah negara Islam tertegak melalui amalan demokrasi, komunis sosialis atau apa saja isme selain dari cara yg dibawakan oleH MUHAMMAD RASULILLAH…….percayalah.

  12. irama :

    saya setuju dan mengakui yang pada pendapat saya dan rasanya majority pengiat politik islam mengamalkan demokrasi hanya untuk sehingga tercapai matlamat mengamalkan islam secara syumul sahaja,.namun kemungkinan mereka akan terjerat didlm kepongpong demokrasi juga tinggi seperti pejuang kemerdekaan juga masih didlm ideologi komunis sehingga sekarang………

    kenyataan cucumatlela tak harus dipandang ringan :
    uslub ini tidak mungkin dapat memberi ruang kepada perlaksanaan dustur Isamiah.belum ada satu sejarah pun sebuah negara Islam tertegak melalui amalan demokrasi, komunis sosialis atau apa saja isme selain dari cara yg dibawakan oleH MUHAMMAD RASULILLAH

    dalam hal ini saya bersetuju dengan cucumatlela….saya akan menganalisa perbincangan ini dan insyaAllah akan kembali ‘menyumbang’.

    sungguh perbincangan ini membuka luas minda saya didalam menerima dan memahami isu dengan lebih mendalam, semoga pemahaman saya nanti akan sejalan dengan perjalanan RASULULLAH S.A.W.terima kasih penjual ubat kerana mengetengahkan isu ini, terima kasih sahabat2 penyumbang komen spt mat amin, irama, cucumatlela, mat karkoon, mat kartoon dan lain2 yang mungkin saya tak catatkan di sini pada kali ini….

    ila mardhotillah…..abu nuqman

  13. Musuh utama kaum nasionalis, kaum agama, kaum sosialis dan kaum komunis adalah kapitalisme. Isme2 ini haruslah bersatu, mengenepikan perbezaan, bentuk sebuah organisasi perjuangan. Dalam organisasi ini tidak patut ada selar menyelar, tuduh menuduh antara satu sama lain sebaiknya menyelesaikan masalah secara 4 mata di atas dasar kepentingan perjuangan bersama.

    Kaum penjajah / kapitalis sentiasa memainkan sentimen dengan mengungkit-ungkit perbezaan di antara isme2 ini, di antara kaum2, dan diantara agama agar mereka bermusuhan antara satu sama lain.

    Dengan taktik inilah penjajah British dapat menakluki seluruh tanah air kita tanpa menggunakan peluru.

    Yang saya sebutkan di atas adalah pengalaman yang telah dipraktikkan oleh pejuang2 berbagai aliran generasi dahulu dalam usaha merebut kemerdekaan tanah air.

    “Saya katakan bahawa penjajahan adalah bercorak internasional, satu gergasi yang pengaruh dan kekuatannya dirasakan di seluruh dunia. Kerana itu, penjajahan tidak boleh ditentang hanya dengan tenaga satu golongan saja, satu parti saja, tetapi sebaliknya hanya dengan tenaga-tenaga anti-imperialis seluruh dunia, tenaga-tenaga anti-imperialisme seluruh masyarakat.” — pidato Dr. Burhanuddin Al-Helmy

    “Perjuangan kemerdekaan bangsa dan tanah air akan bergolak terus walaupun Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957 ini. Kemerdekaan itu harus diisi dengan kenyataan-kenyataan, dengan realiti-realiti kemakmuran ekonomi rakyat, dengan realiti, dengan kenyataan ketinggian akhlak rakyat.”– pidato Dr. Burhanuddin Al-Helmy

    “Tenaga-tenaga nasionalizem, keugamaan dan sosializem yang sihat dalam masyarakat harus kita gemblengkan, kita padukan mulai sekarang untuk merupakan satu tenaga besar demi tugas perjuangan kemerdekaan dan kedaulatan tanah air ktia.”– pidato Dr. Burhanuddin Al-Helmy

  14. Bila aa orang kata UMNO lebih baik daripada komunis, tak payah layan lagi la orang macam ni Abg Mat… Puak2 ni dok bawah tempurung…hanya parti mereka saja yang terbaik..mereka ni tak lain dan tak bukan hanyalah beramal dengan idealisme Zionis…

  15. assalamualaikum saudara mat amin, saya ada buat sedikit research dengan org tua-tua, saya dapati memang pandangan kebanyakkan org tentang komunis terutama PKM telah di selewengkan.Malah sejarah negara Malaysia sendiri juga telah di selewengkan dengan begitu jahat sekali…….terima kasih kerana membuka kembali lembaran sejarah Malaysia, saya berazam insyaAllah akan mencari sedikit masa untuk datang menziarahi pejuang sebenar di Perkampungan Sukhirin. Saya hargai perjuangan saudara-saudara sekelian yang tiada tolok banding, kami anak pasca merdeka tak sepatutnya memandang dan melakukan dengan pandangan umum sekarang kepada anda semua………jika saudara senang menerima saya, kita boleh bertemu nanti dengan izin Allah.

    • Alaikumussalam,

      Sdr. Abu Nuqman,

      Kami menerima saudara dengan penuh ikhlas dan terbuka

      • Alhamdulillah… jika kita berbincang serta berdebat menggunakan fakta, insya-Allah akan ada satu titik temu tentang kebenaran. Jika kita guna emosi selalunya akan berakhir dengan pergaduhan atau kebenaran.

        Berjalan ke depan hanya sesekali kita toleh ke blkg utk ambil iktibar ttg kesilapan yg pernah dilakukan. Jika asyik pndg belakang kita akan kembali kpd pemikiran primitif & ortodoks mcm org yahudi yg janggut pjg & topi tinggi tu. Kat sini pulak yg pakai songkok tinggi tu yg tak habis2 dgn kerisnya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: