PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Dunia Islam tidak serius sambut Al-Quds..

Ada komen yang meminta saya mewarwarkan perjuangan pembebasan bumi Al-Quds..Insyaalah, saya akan cuba, sebagai pemulaan saya ambil posting ini dari blog http://azizbateri.blogspot.com.

Seluruh dunia Islam sebenarnya tidak serius memperingati Hari Al-Quds dan menjadikannya sebagai pemangkin kebangkitan ummah untuk membebaskan bumi Palestin yang dijajah Yahudi, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

“Kerajaan Iran sendiri saya lihat tidak benar-benar serius untuk menyebarluaskan konsep Hari Al-Quds walaupun banyak perubahan yang berlaku sejak Mahmoud Ahmadinejad menjadi presiden.

“Malah dalam soal bantuan kepada Palestin pun, kita mendengar bantuan yang lebih besar disumbangkan di zaman Ahmadinejad menjadi presiden berbanding pentadbiran sebelum beliau.

“Perdana Menteri Palestin dari Hamas, Ismail Haniyeh sendiri pernah mengumumkan bantuan US$250 juta dari Iran kepada kerajaan Hamas dan rakyat Palestin di samping membentangkan rancangan bantuan ekonomi dan kewangan secara langsung kepada pentadbiran Hamas dan rakyat Palestin,” katanya.

Para pemimpin negara-negara Arab pula, katanya, tidak ada locus standi untuk mengambil bahagian dalam Hari Al-Quds walaupun dianjurkan di dalam negara mereka sendiri oleh rakyat mereka.

“Mereka sama zalim dengan regim Zionis. Penindasan regim-regim Arab terhadap rakyat mereka sendiri tidak banyak berbeza dengan kekejaman Israel terhadap pribumi Palestin,” katanya.

Lantaran itulah mereka tidak boleh diharapkan untuk memerangi kezaliman regim Yahudi, katanya.

“Kezaliman tidak akan menjatuhkan kezaliman malah saling berkerjasama antara satu sama lain,” kata Mohamad lagi.

Menurut beliau, Nabi Muhammad telah menunjukkan teladan bahawa kezaliman mesti dihadapi oleh keadilan ketika beliau berusaha menjatuhkan kuasa besar Rom dan Parsi di zamannya.

“Nabi berbuat demikian dengan membawa panji-panji keadilan sehingga sejarah mencatatkan bahawa kedatangan tentera Islam dialu-alukan oleh rakyat serta jajahan takluk kedua-dua kuasa besar itu dan akhirnya kuasa rakyat di bawah kekuasaan kedua-dua kuasa besar itulah yang sebenarnya menjatuhkan mereka,” katanya.

Kuasa rakyat menghakis kekuasaan kedua-dua kuasa besar itu, katanya, apabila tidak lagi menyebelahi pemerintah mereka sebaliknya mengalu-alukan kedatangan tentera Islam.

Beliau juga menyalahkan konsep negara bangsa (nation state) yang turut menjadi pegangan negara-negara umat Islam kini.

“Konsep tersebut bertentangan sama sekali dengan konsep membebaskan manusia dari penguasaan sesama makhluk apabila rakyat di dalam negara bangsa dikehendaki memberikan ketaatan kepada negara atau menjadi hamba negara atas nama patriotisme.

“Konsep nation state tidak ada pendirian untuk membebaskan manusia dari memperhambakan diri kepada sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah,” kata beliau.

Sebab itulah, katanya, umat Islam tidak boleh menaruh harapan kepada negara-negara bangsa untuk memperingati Hari Al-Quds.

“Umat Islam mesti kembali kepada sistem nilai mereka sendiri dan tidak lagi menjadi pak pandir kepada norma-norma yang menguasai sistem kerajaan dan hubungan antarabangsa hari ini.

“Sekurang-kurangnya kita memulakan usaha untuk mendidik ummah ke arah itu dengan membentuk sistem persaudaraan yang tidak mengiktiraf konsep negara bangsa di mana memperingati Hari Al-Quds hendaklah menjadi sebahagian dari agendanya,” katanya.

Hari Al-Quds diperingati sejak kira-kira 30 tahun lalu di mana kerajaan Iran selepas kemenangan Revolusi Islam mengajak umat Islam seluruh dunia menjadikan hari Jumaat terakhir pada bulan Ramadhan sebagai Hari Al-Quds.

9 Responses to “Dunia Islam tidak serius sambut Al-Quds..”

  1. semua pemimipin yg mengaku Islam dan memimpin negara umat islam adalah BACUL TAK DAK TELO…..
    terutama negara2 yg duk sebelah jer ngan palestine.
    dan yg paling utama yg paling bacul adalah Iran.
    sekadar bagi 200 juta kat hamas jadi apa?
    dulu iran keluar statement ada peluru pandu boleh sampai isreal pasai apa satu pun tak sampai bukan ka islam tu perlu tunjukan kekuatan supaya musuh gerun?
    jadi kokulusinya baik Iran atau mana saja pemimpin yg mengaku Islam semua nya sama saja ASABIYAH….NABI TAK MENGAKU UMAT OIIII.

  2. cerdiknya komen kat atas ni anak sapa tah?….

  3. diatas kejayaan yang tertimbul dengan bersungguh2 hasil usaha negara islam iran, yang nampaknya sungguh hebat berlawanmulut dengan amerika perihal palestin, ternyata mencerminkan suatu tindakan yang acah-acah berani.
    walhal perkara yang sebenar hanya di ketahui oleh rakyat palestin. 250juta USD, malahan seluruh mata wang yang berada di kocek setiap rakyat didunia ini, adalah sgt memberi erti kepada rakyat islam palestin, apabila wang2 berkenaan dapatg di gunakan sebagai sumber bahan bakar untuk memasak dan membakar sampah. ini juga selari dengan keistimewaan yang di kecapi oleh rakyat palestin apabila negara mereka juga di sekat negara2 sekeliling. dengan itu, iran harus di beri pujian yang menggunung tinggi kerana telah mewujudkan peluru perpandu yang hanya cume untuk pameran di muzium iran kelak.

  4. kerajaan Iran BAGUIH la bang oooi, baguih la daripada tak bagi langsung….kalau bagi pun sorok2…takut kat yahudi dan amerika cop depa bantu terrooris….mana ada kerajaan lain berani bagi sumbangan kat palestin atas nama kerajaan, kalu bagi atas nama NGO ada la,..aku ingat NGO yahudi pun ada yang bagi kat rakyat palestin kot….

    yang sebenarnya kerajaan lain bagi melalui NGO tu adalah mengamalkan hadis nabi iaitu…TANGAN KIRI TAK TAU APA YANG TANGAN KANAN BAGI

  5. BAGUIH….BAGUIH DOK ADA .
    LEPAS NI RAKYAT PALESTINE PATUT TUKAQ MAKANAN RUJI DEPA….PAKAT2 MAKAN DUIT BOLEH KOT?
    tak caya tanya orang minyak …
    .ye la isreal pun bukan buat apa pun kat rakyat palestine ?????
    depa bergurau senda jer……takat pau sikit jer itu pasal kita tak boleh serang depa ???
    cara yg terbaik bagi duit kat palestine lepas tu kira settle la kan?
    kita kat sini apa lagi ada peluang nak rompak rakyat malaysia atas nama PEDULI PALESTINE…..
    aku rasa abu nuqman ni tak berapa ada akai…
    abu hang kalau aku bagi hang 500juta usd tapi dlm masa yg sama hang tak boleh keluar dari rumah hang…lepas tu tak dibenarkan sesiapa saja datang rumah hang…semua ases di tutup…tiada apa2 conection luar boleh ke hang bertahan?kecuali hang tukar makanan ruji hang dari nasi kepada duit.
    ……………….selamat makan duit …..(cara hang pikir sama mcm umno)

    • cucumatlela……kalau hang tak dak duit nak bagi, jgn la dok kondem org yang bg duit….kalau bg duit pun salah…..hang p la perang lawan yahudi tu….buat apa hang dok kat sini lagi……aku sokong org buat baik(bagi duit) pun kira tak dak akai…yang hang langsung tak bagi duit…pas tu marah kat org yang sokong org bagi duit…hang buat apa tolong palestin?makan boleh sebarang makan(halal), cakap jangan sebarang cakap bro…….ada gak manusia ADA AKAI macam ni lagi zaman lani…..tuih……..

  6. abu nuqman….aku ckp hang tak dak akai hang marah.
    hang jgn samakan kapasiti aku dgn ahmadinejad dia tu ketua kerajaan .
    kalau org biasa sekadar bagi duit untuk bantu palestine mana ada aku marah…itu lah kapasiti(kemampuan) dia.tak kan aku nak report kat hang apa aku buat …apa aku bagi. hang sapa?
    aku rasa memang tak patut aku panggil hang tak dak akai patutnya aku kata HANG BODO PIANG KALI ENAMBELAS.
    terima kasih pasai hang agree aku ADA AKAI.
    MAKASIHHHH

  7. cucumatlele ni 1.8 kot.

    • ingat pandai, aku kata ADA AKAI MACAM NI……TU PUN TAK PAHAM….KIRA HANG PUNYA PANDAI TAKAT TU JE LA….aku tak marah pun hang kata kat aku mcm tu….tu hak hang la nak kata bodo piang ka apa ka……hang kata cara aku pikiag mcm umeno tak pa la…hang punya cara mcmana pulak…macam Pas la kot…pas buat apa tak tau untuk tolong palestin….kalau nanti pas menang jadi pemerintah malaysia….aku rasa kerajaan pas dah p serang la israel tu no…..semua tak betoi, mana ada kerajaan lani betoi semenjak salehuddin ayubi dan rakyat dia….habis tu semua kerajaan dan rakyat islam lani salah la….termasuk hang la/…..hang memang banyak akai la cucumatlela…..lepas ni hang nak balas /tak tu terpulang kat hang la…aku tak mau layan org terlebih akai mcm hang ni,,,,,bye bye


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: