PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Jika Anwar Ibrahim benar-benar mahu BN tumbang..

Seorang demi seorang Ahli Parlimen PKR meninggalkan parti, kerusi Parlimen Pakatan Rakyat pun semakin berkurang. Apa lagi yang boleh Anwar Ibrahim lakukan?

Pemimpin-pemimpin PAS juga bersalah didalam perkara ini. Mereka yang tidak yakin kerusi-kerusi tersebut boleh dimenangi lalu menyerahkannya kepada PKR sedangkan ahli-ahli PAS diperingkat bawahan masih mahukan PAS bertanding kerusi-kerusi tersebut.

Anwar Ibrahim berceramah di kawasan Parlimen Pokok Sena, Kedah baru-baru ini, ribuan hadir. Derma yang dikutip katanya hampir mencecah RM10 ribu. Yang hadir kebanyakkannya adalah penyokong-penyokong PAS, ahli-ahli PAS. Tanpa sokongan penyokong dan ahli-ahli PAS, siapalah Anwar Ibrahim?

Kesimpulannya..jika Anwar Ibrahim memang benar-benar ikhlas mahukan BN tumbang, beliau haruslah menyerahkan kembali kerusi-kerusi kawasan Parlimen yang dahulunya memang tempat PAS bertanding. Beliau juga harus menerima hakikat bahawa ahli-ahli PAS jauh lebih setia kepada parti berbanding PKR.

Rakyat mungkin semakin hilang keyakinan kepada PKR, ahli-ahli dan penyokong PAS kenalah bekerja dengan lebih kuat, pemimpin PAS pula, tolonglah hentikan kegilaan kepada ‘perpaduang’ lagi..

8 Responses to “Jika Anwar Ibrahim benar-benar mahu BN tumbang..”

  1. Setuju!!

  2. sokonggggg

  3. aku ghoyak lamo doh… isu kuota tak patut timbul kalu nyor hok molek ado.. kito tokar bubuh nyor klotong..

  4. Pejual Ubat oi, hangpa ingat politik ni macam main guli ka. Pemimpin hangpa sendiri yg bengap serah bagi kat Anwar. Kawan dah dapat kawasan selamat tinggal la pas. Contoh terbaik Kuala Kedah. MP pkr bawak ko**. pemimpin hangpa nak tunjuk hero pi KT. Bungkus terus beliau dgn hangpa sekali. Anwar nak selamatkan diri sendiri dari tuduhan tutuh pungkuq, pemimpin hangpa sanggup terima dia lagi walaupun kerusi parti dia makin berkurang. Mampuih Umno. Kurang2 pemimpin hangpa yg kafir LGEng berani nak jkut contah Umar A Aziz, pemimpin hangpa mengaku Islam pi rah Satu habok tak dak. Labun boleh lah.

  5. Pas parti lama. yang hampeh dah lari. Dulu lari sekapal. Ada berjasa dan hamim. Nakheei. Janganlah eksyen sangat mcm orang pas tak lari….

  6. belajarlah dari kesilapan…..

  7. Berapa kali da nak belajar dari kesilapan. Parti hangpa tu kata Parti Islam tapi asyik belajar dari kesilapan tak dak noktah tak ISO. Dah 50 tahun dah oii. Hangpa pi tanya guru politik hangpa tu Tuan Hj Mohamad Sabu berapa kali dah dia sendiri dan pemimpin parti hangpa kena goreng. Naib baik tak hangus je lagi. Minta maaf, Yang syok nya Tuan Haji ni kena goreng oleh pemimpin parti dia sendiri. Selagi ada banyangan Anwar dlm parti hangpa sampai bila pun dok senget situ lah parti hangpa tu. MAMPUIH UMNO !

  8. terima ksih mat karkoon atas nasihat tu….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: