PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Archive for February 2010

Islam Agamaku, Kedah negeriku..ADUN Alor Mengkudu.

February 25, 2010

Baca blog YB Dr. Ismail Salleh, ADUN Alor Mengkudu, Kedah posting bertajuk..Islam agamaku, Kedah negeriku..(klik tajuk). Beliau juga merupakan salah seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah. Beliau telah meluahkan rasa tidak puas hati dan menunjukkan sikap keperihatinan beliau mengenai masalah penjualan arak tanpa kawalan disatu premis dinegeri tersebut..satu sikap yang jelas berbeza daripada sikap sesetengah pemimpin […]

Nakhaei..Zulkifli Nordin lebih kurang sama..

February 24, 2010

Nama Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nakhaie Ahmad tiba-tiba menjadi sebutan apabila beliau memfailkan saman fitnah terhadap Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin. Dahulu Nakhaei juga adalah ahli PAS malah pernah memegang jawatan Naib Presiden PAS sebelum memasuki UMNO. Saya sendiri pernah menjadi salah seorang yang menyambut beliau berceramah ditempat saya […]

Zaman Ghaffar Baba dahulu boleh la..

February 23, 2010

Perdana Menteri, Najib Tun A. Razak sedang melawat Sarawak sekarang, ketika menemui rakyat Sarawak beliau seperti biasa menjanjikan berbagai projek pembangunan kepada rakyat dinegeri tersebut. Beliau juga mengatakan yang beliau menganggap Sarawak dan Sabah adalah ‘simpanan tetap’ bagi Barisan Nasional. Di Sarawak atau Sabah bolehlah berkempen cakap tentang pembangunan..kalau di Semenanjung dah tak laku┬ákempen seperti […]

Apabila Wardina bertemu dengan TG Nik Aziz..

February 23, 2010

Ada pihak yang kurang senang pertemuan pelakon dan pengacara terkenal Wardina Saffiyah dengan Menteri Besar Kelantan, TG Nik Aziz baru-baru ini. Klik tajuk ini..Wardina Anasir PAS di TV3.. dan juga tajuk ini.. Wardina mengaku jumpa Nik Aziz.. Wardina dikatakan telah mengeluarkan kenyataan menyeru negeri-negeri lain mencontohi Kerajaan Negeri Kelantan didalam menganjurkan majlis hiburan Islam. Akibat […]

Hilang mana Ustaz ni?

February 22, 2010

Hilang mana Ustaz ni? 1998 dahulu..Ustaz ni penyokong kuat Anwar Ibrahim. Sekarang Anwar Ibrahim sekali lagi berdepan dengan kes mahkamah..Tak ada sebarang respon pun kali ni.. Mengapa kali ini Ustaz ni berdiam diri? Mungkin beliau rasa harapan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri sudah semakin kabur atau mungkin beliau hanya memikirkan tentang ‘Kerajaan Perpaduan’ sahaja […]

Lim Guan Eng menindas kaum Cina pula..

February 21, 2010

Klik tajuk ini..Patahiyah YDP baru MPPP.. “Ini tidak adil..!!” Satu penindasan..satu diskriminasi..satu penganiayaan terhadap kaum Cina..Mana boleh seorang pemerintah berbangsa Cina melantik orang Melayu menerajui pihak kuasa tempatan dikawasan yang majoritinya orang Cina? Orang Cina Pulau Pinang mungkin akan berdemontrasi pula selepas ini sebagai membantah perlantikan tersebut.. Puak Melayu UMNO pula akan berkata Lim Guan […]

Dia ni lagi pening..

February 21, 2010

Dia ni lagi pening..klik pada tajuk ini..Guan Eng diminta henti permainkan tokoh Islam.. Dia pernah join puak UMNO buat demo di Pulau Pinang isu nama ‘ALLAH’..bila pimpinan PAS mengeluarkan kenyataan yang berlawanan dengan pandangan beliau, dia terus senyap. Sekarang hendak jadi hero pula dengan memberi amaran kepada Ketua Menteri Pulau Pinang supaya menghentikan penggunaan slogan […]

“Beritahu Ketua Pemuda PAS Pusat..”

February 20, 2010

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan telah melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang. YAB Lim Guan Eng.. Kita cuma nak beritahu..Lim Guan Eng tu masuk kedai makan orang UMNO pun dia tak mahu.. Bukannya seperti seorang Ustaz yang berserban, berkot dan bertali leher, kemudian pergi mengadap Pemuda UMNO di Parlimen.. Klik tajuk ini.. […]

Pulau Pinang..ada saja yang tak kena..

February 20, 2010

Ada saja yang tak kena..┬áBerita TV3 jam 8 malam tadi..ada seorang budak yang entah apa jawatannya dalam Pemuda UMNO.. Kali ini budak tersebut cuba pula untuk menjadi hero dengan menimbulkan satu isu baru setelah isu Melayu Pulau Pinang ditindas hanya diterima dan dipercayai oleh puak-puak Melayu UMNO yang bangang sahaja. (gambar diambil dari http://muslimeen-united.blogspot.com) Bukti […]

Apa sudah jadi ni..?

February 19, 2010

“Biar kita kalah..asalkan Islam dapat ditegakkan !!” Itu antara ucapan yang pernah saya dengar datangnya dari seorang pemimpin yang dahulunya amat saya sanjungi. Itu belum lagi apa yang diberi nama sebagai ‘AMANAT’ beliau yang pernah saya lekatkan di dinding rumah. Begitu hebatnya pemimpin ini suatu ketika dahulu. Tetapi sejak akhir-akhir ini..entah dimana silapnya, kenyataan-kenyataan beliau […]