PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Bakar Gereja..Kebanyakkan orang bukan Islam tuduh UMNO..

Bagi masyarakat Melayu di Malaysia nama ‘Allah’ hanyalah boleh dipakai oleh orang-orang Islam, percubaan menggunakan nama ‘Allah’ oleh orang-orang yang bukan Islam dilihat memungkinkan timbulnya kekacauan dan berlakunya kekeliruan didalam masyarakat Islam.

Perkara utama yang harus dilakukan bagi menangani masalah ini ialah dengan diadakan perbincangan ataupun dailog dengan pengeluar majalah “Herald” (yang dibenarkan mengguna nama Allah untuk penerbitan mereka) bagi mengatasi segala kemelut yang berlaku.

Kita juga harus menerangkan kepada mereka sensitiviti orang Melayu ataupun orang Islam terhadap kekeliruan yang akan berlaku sekiranya mereka tetap meneruskan hasrat mereka tersebut kerana apabila berlaku kekeliruan ternyata ianya ia tidak akan menguntungkan sesiapa.

Mana-mana pihak pula tidak seharusnya cuba menjadi juara kononnya untuk mempertahankan nama ‘Allah” dengan mereka mengambil tindakan membakar gereja-gereja, itu bukanlah caranya untuk mengatasi kemelut yang berlaku dan didalam ajaran Islam sendiri tindakan seperti itu tidak ada.

Sementara itu, Perdana Menteri Najib Tun A. Razak mahu segelintir pihak berhenti menuding jari dan menuduh kononnya Umno terbabit dalam insiden percubaan membakar gereja-gereja.

Apa yang boleh kita beritahu kepada Perdana Menteri, tanyalah kepada kebanyakkan rakyat bukan Melayu atau yang bukan Islam dinegara ini, siapakah yang bertanggungjawab cuba membakar gereja-gereja tersebut?  Mereka akan mengatakan UMNOlah yang bertanggungjawab.

Memang sudah nasib penjahat..bila berlakunya perbuatan jahat, mereka orang pertama yang akan dituduh..

One Response to “Bakar Gereja..Kebanyakkan orang bukan Islam tuduh UMNO..”

  1. Aku tak pasti sama ada betul atau tak bende nih. Tapi orang dulu dulu ada menyebut , sapa makan cili , dia yang rasa pedas.
    Kenapa tetiba melompat kata jangan tuduh UMNO ? Kan baik berdiam diri je.

    kah kah kah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: