PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Muqadimahnya Melayu, sah UMNO..

Sebuah kumpulan kira-kira 20 orang  yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi Pas Selangor diberitakan telah berhimpun membuat desakan supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat negeri tersebut.

“Kami merasakan PAS dipermainkan dan dibelakangi dalam membuat keputusan…kami tidak puas hati dengan cara Kerajaan Negeri Selangor menjaga rakyat, khususnya bangsa Melayu dan kepentingan Islam”, kata Ketua kumpulan tersebut, Wan Hilman Abdul Rahim.  Wan Hilman juga dikatakan  anggota PAS dari kawasan Gombak.

Bila bercakap muqadimahnya demi kepentingan Melayu,  sah mereka itu UMNO.

Tengok pula wajah-wajah mereka didalam berita tv, sah mereka itu UMNO dan kalau benar mereka ahli PAS, mereka adalah ahli PAS yang menjadi talibarut UMNO.

Kebanyakkan orang PAS boleh kenal wajah orang PAS..

7 Responses to “Muqadimahnya Melayu, sah UMNO..”

  1. lihat lah macamana musuh bekerja, sungguh-sungguh tanpa henti untuk memecahkan kita, supaya kita lemah nanti senang mereka melanyak kita, malangnya pas dijadikan pihak yang mereka gunakan untuk tujuan itu.kenapa ya?pas ni lemah ka.ada ‘look hole’ kat mana yang mereka nampak tapi kita sendiri maybe tak nampak.sepatutnya kita teruskan memperkukuhkan pakatan rakyat dimasa yang sama perbaiki PR di mana-mana kelemahan supaya PR akan tunduk kepada islam bukan nanti Pas pulak ikut ‘menorek’ org islam(dalam PR yang tak berapa selesa dgn islam dlm PKR dan DAP dan pas sendiri) dan bkn islam yang kita tak boleh salahkan mereka jika mereka allergy dgn islam………..

  2. itu pasal pas jangan lena..
    jgn tarbiah ahli ikut cara umno…
    tapi rasanya tak perlulah kita marahkan umno seBAB…i pimpinan kita pun dah BERTUNANG dgn umno.

    *cucumatlela…….bukan keturunan hang tuah.

  3. huuuu…ramainye sepanduk….nyassan nyali tak join sekali ke…haha…mampus umno…

  4. orang minyak..

    lu ada mana sekarang? gua rindu sama lu..

  5. siapa lah agak nya kepala dalang nya ada berani ngaku kaa…

  6. Kepada Umgogok dan rakan2..dan yang hampir sikit seakan-akan seangkatan…..dan geng Tigo Serangkai Wira Lagu Wang Ehsan Negeri Kelantan…dan sikit sebelah negeri Terengganu……dan sebanyak di Kuala Lumpur.

    Ambo bagi cadangan elok mu ngoyak jual ubat hok nok baiki balik geng-geng yang ado kat BLOG YANG SATU LAGI TU. Tolong ubatkan dema-dema yang sedang sakit tuuu……isu royaljelly…uhhhhhh…sakitttttttt….sapa yang nak kena letak jawatan pulok tu……pasal rayalty jadi wang ehsan…kena letak jawatan tu……kena wang ehsan…kenapa tak royalty….hhuhhh panassssss…..Makey KARI SATU PERIUK PUNG….belum tentu panas dari isu wang ehsan.

    Dengar kata dah ramai kecewa dan sakit, terutamati “penyakit barah hati”. Tiba-tiba mari satu ribut habis semua jadi gilo babi. Guano boleh jadi macam tu?.
    Dulu habis siang malam sampai satu purnama Ceo tu kena hentam, mace-mace cerita mengarut jadi karut sampai tak tahu yang mana benar. Kecek fakta lah, menyakinkan lah. Dengan bini dio pung kena jugok.

    Sekarang satu Stadium mari penuh tak tahu cerita pulok pasal isu neiy. Cerita lah di sebalik kebenarannya, Pasal Royalty!….Kato kecek bela rakyat Kelantan ni jadi Hero Bazaar dan Ekonomi Kelantan. BENTANG LAH fakta isu Royalty tu….kalau tak umno…takan jadi geng Tok Pa, Geng Awang Soh dan Anuar Jeba…..umgok awang-awangan.

    Kisoh AfundiArifFahmi dah “berhenti” tak tahu cerita lagi pulok. Mano fakta lagi?. Takan main fitnah internet je!…..Sprm tah kemana, mahkamah tah kemana., fakta tah kemana…..ada yang join komen lagi, mati-mati kena tipu. Paste of kopi lagi…waduhh…waduhhh.

    Yang sorang Tok Dalang tu satu malam berapa kali doh Bancuh Kopi, berapa kali keluar masuk bilik air, lepas tu minum kencing, lepas bancuh kopi kencing lagi. Kalu ada pampers dewasa jual kat kedai Pok Wey tu, mahu tiap-tiap malam order.
    Nok jugok menegak benang yang basah. Jadi hero kejap satu kelantan doh kecoh. Dulu keris yang dah hilang sampai ulu pun dah nak reput, la ni sampai tak tahu yang mana Keris dan yang mana Kapok, semua melayang. Kalau Keris melayang kat ambo….tak tahu lah ambo nok tuduh sapo. Mintak mintak jageylah. Kito masih pengang etika hidup lagi.
    Wujud Wang Ehsan…dengey kapok-kapok, kalau boleh tak boleh jual kat Wakaf Cek Yeh doh….macam gitu sekali kira “Suwey”.
    Suruh buat tajuk baru pasal Wang Ehsan “Surat Terbuka Tok Pa Rayuan Wang Ehsan(royalty budu). Tangan pulok tok sampai nok menaip doh jadinya, jadi histeria pasal wang ehsan ni pulok…pasal 20 juta je. Pasal 2 Bilion “TWO BILION”….hhuhhh Hero Lagu Mano Boleh Kelik ini Isu?.Takdok ko orang BELO….nok suruh “orang tua tu jugok”…..Sapa pulok mu nok suruh letak jawatan????.

    ISU ROYALTY….MANA?….ISU ROYALTY MANA??????..

  7. Tindakan Displin!..

    Sebenarnya kita-kita ini semua yang silap. Yang menghukum silap, yang dihukum pun kena silap. Sepatutnya penilaian dari menentukan hukum didalam keadaan politik semasa ini, bagi pendapat saya tidak perlu dijalankan dan dipratikkan. kerana apa yang kita lalui didalam wadah perjuangan pada masa ini bukan lah keadaan selesa mengenai perjuangan Islam yang sebenar.

    Kita juga termasuk di dalam rentak politik sekular ini selagi perlembagaan negara ini tidak mengikut syarat-syarat syariah daulah Islam.

    Kenapa saya memberi pendapat itu?. Memang lah perjuangan kita ini adalah untuk Islam dan tatatertipnya, W’alanya dan tiqahnya, tetapi w’ala dan tiqah ini ada tak yang di pratikkan di peringkat negara dan parlimen negara kita. Mengikut hukumnya ia tidak wujud langsung, walaupun kita amalkan.
    Amalan itu memanglah menjadi etika dan akujanji di dalam perjuangan kita, itu memang betul dan patut dan wajib kita jalankan. Tetapi dari segi survival ummah dan survival pemimpin politik kita di sesetengah peringkat dan di dalam keadaan semasa kita mengalami dua keadaan berbeza dan saingan yang kita hadapi ini, hendak taknak kita terpaksa melalui keadaan ini walaupun tanpa kerelaan dari segi perjuangan. Kerelaan ini adalah kerana kita terpaksa menceburi sejarah dan matlamat politik yang menjadi bekas jajahan dan tinggalan. Sebagai contoh dua wakil rakyat yang dijatuhi hukuman, terpaksa menerima keadaan ini, walaupun kedua-duanya memberikan perjuangan dan pendirian yang baik.

    Oleh kerana keadaan semasa yang mengheret mereka ke kemelut isu-isu yang terbit, ia menjadi mangsa dan terpaksa melaluinya. Wajarkah kedua-keduanya di hukum?.
    Jika sesesuatu isu itu berkaitan dengan moral, akidah dan penyelewengan yang nyata, sememangnya ia perlu dihukum kerana ia berkaitan dengan akidah dan perjuangan suci. Tetapi dengan masalah pendapat atau kesilapan teknikal, sebagai contoh yang lain, yang tidak berkaitan dengan w’ala dan tiqah perjuangan, adakah ia perlu di adili dan di ambil tindakkan. Sebenarnya kita belum mencapai matlamatnya yang sebenar, iaitu Pemerintahan yang bermejoriti dan kuasa perundangan dan pentadbiran belum lagi kita kuasai.

    Dari segi logiknya, selagi kita tidak menjadi pemerintah dan tidak mencapai matlamat sepenuhnya Pemerintahan yang sebenar, dari segi hukum Islam yang sebenar kita tidak boleh menentukan dan melaksanakannya. Kerana itu lah pihak musuh politik bermaharajalela menjalankan kuasa yang luar dari batas ketertipan undang-undang Islam itu.
    Ada juga mengatakan selagi negara ini tidak menjalankan hukum Islam yang sebenar, apa perlu takut dan runsing kerana, tidak perlu memikirkan tindakan dan bukan nyata lagi kewajibannya, itu juga silap. Walaupun kita belum lagi melaksanakannya sepenuhnya, kita semua wajib mengetahui dan mengamalkannya, walaupun didalam keadaan darurat. Tetapi itu hanyalah pendapat kilafah dan kuliah yang perlu kita ketahui dan wajib kita sebagai umat Islam memperlajarinya. Yang di maksudkan menagguhan perlaksanaan adalah dari perjalanan politik, itu pun jika kesalahan besar atau dosa besar ia tetap kesalahan. Strategi dan kariertiviti politik semasa perlu di ambil pandang dan dilaksanakan selagi ia tidak memudaratkan perjuangan ini.

    Menghalal kan cara bukan lah bercanggah di dalam keadaan dan era ini selagi ia tidak lari dari ketetapan hukum dan akhidah, tetapi ia perlu untuk mencapai kemenangan dan menharapkan sokongan dan kemenangan demi meneruskan tapak Pemerintahan Islam yang di juangkan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: