PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

10 Muharam..Cinta Hamka kepada Saidina Hussin..

10 Muharam datang lagi, banyak peristiwa yang berlaku pada 10 Muharam didalam sejarah Islam..antaranya ialah peristiwa pembunuhan Saidina Hussin, cucu kepada Rasulullah SAW…disini dipaparkan satu coretan dari Buya Hamka mengenai cintanya kepada Saidina Hussin untuk tatapan bersama..

Cinta Hamka Kepada Saidina Hussin

Hamka menulis:

Seketika saya datang ke Irak yang mula-mula (Oktober 1950), dalam perjalanan ke Najaf (pusara Sayidina ‘Ali) dan ke Karbala (pusara Sayyidina Hussin), Muzawwir bertanya saya datang dari mana. Saya jawab dari Indonesia. Dia tanya mazhab, saya jawab Syafi’i. Lalu penunjuk jalan itu berkata: ‘Mazhab Syafi’i adalah Mazhab yang paling dekat kepada syiah, dan paling cinta kepada Hussin!

Maaf! – jawab saya – Saya tidak bermazhab syiah, tetapi saya mencintai Hussin!

Sesudah ziarah tahun 1950 itu saya telah ziarah lagi pada tahun 1968. Jalan sudah lebih teratur. Najaf dan Karbala telah mudah dihubungi dari Baghdad, demikian juga ke negeri Samarra! Di sanalah ghaib Imam yang ke-12, dan di sana pula ditunggu (Muntazhar), karena dia akan datang kembali ke dunia ini membawa keadilan dan kebenaran. Demikian kepercayaan orang syiah.

Dari semua ziarah itu bertambahlah teguh rasa cinta saya kepada kedua cucu Rasulullah saw, Hasan dan Hussin, di samping bertambah teguh keyakinan saya dalam Mazhab Sunni. Sebab cinta lain dan pendirian agama lain pula.

Ketika orang bertanya kepada saya berpihak ke mana saya dalam hal pertentangan yang terjadi di zaman dahulu itu, saya pun menurut saja akan pendirian ulama dahulu-dahulu, sebagai Imam Abu Hanifah, Hasan al Bishri dan Umar Bin Abdul Aziz.

Di antara mereka berkata:

Itulah darah-darah yang telah tertumpah, yang Allah telah membersihkan tanganku dari pada percikannya; maka tidaklah aku suka darah itu melumuri lidahku.

al-Haqir – Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah (31 Mei 1978).

Rujukan: http://tehranifaisal.blogspot.com HAMKA (1908-1981), nama sebenarnya Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. Beliau merupakan  seorang ulama, aktivis politik dan penulis Indonesia yang amat terkenal di alam Nusantara. Dilahirkan pada 17 Februari 1908 di kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia dan pulang ke rahmatullah pada 24 Julai 1981,  jasa dan pengaruhnya masih terasa sehingga kini dalam memartabatkan Islam. Beliau bukan sahaja diterima sebagai seorang tokoh ulama dan sasterawan di negara kelahirannya, malah jasanya di seluruh alam Nusantara, termasuk Malaysia turut dihargai.

10 Responses to “10 Muharam..Cinta Hamka kepada Saidina Hussin..”

  1. beliau ini seorang yang dibangsakan dengan wahabi………pejuang salafi….tafsir al-Quran berjodol Al-Azhar

  2. gua menyampah sungguh siapa saja yg membesarkan permasallahan mazhab
    sunni..ke syiah ke..wahabi ke salafi ke
    menda ni mudah jer…
    kalau lu org rasa pengamalan syiah dalam beribadah sesuai dgn jiwa lu layan la cara tu…
    bagi yg rasa cara sunni sesuai dgn jiwa dia maka layan lah cara sunni..
    begitu juga yg suka salafi …atau wahabi ke…layan lah apa ada hal..

    jgn jadi mcm umno sebab tak ada satu mazhab pun yg sesuai utk umno depa pi buat mazhab baru… albadawi dgn mazha hadarinya .

    kita mudah lupa atas alasan apa negara2 kafir menyerang negara2 Islam
    mereka tidak menyerang Islam kata mereka, tapi mereka menggunakan isu perpecahan Islam sebagai punca.di irak mereka melagakan sunni dan syiah..mereka meyerang wahabi di chencen..mereka menyerang hamas di palestine..

    apa yg kita tidak sedar atau sengaja di sembunyikan di medan sana..terdapat sekelompok manusia sedang berperang mempertahankan Islam terdiri dari semua etnik mazhab tadi .mereka bergabung tenaga kenapa kita disini (penakut) harus berpecah.

    *kalau tak percaya pergilah tengok di chencen…afganistan ..mindanao
    pergilah…pergilah.

    • cucumatlela……
      saya terima teguran anda sebaik mungkin namun saya ingin ingatkan yang umat yahudi terpecah kepada 71 golongan, umat kristian kpd 72 golongan dan umat nabi Muhammad kpd 73 golongan.tanpa melupakan pada masa yang sama musuh umat islam tak berpecah langsung, hanya ada 1 golongan……GOLONGAN MENENTANG ISLAM

  3. cucumatlela..

    umno ada 1 lagi mazhab baru..mazhab 1 malaysia..

  4. Aku penentang mahzab melainkan Islam….apa macam cucumatlela…

  5. terfikir jugak mungkin cucumatlela bole bersatu dengan umeno le sal depa pun ‘selam’ gak…………geng UG nih!!!!!!!

  6. abu nuqman….
    1] mcm mana kita nak dapat yg 1 kalau kita gagal mengenali yg lagi 72?
    2] adakan tuan fikir pas cukup sempurna? sebuah parti maksum?
    3] tidak pernahkah anda terfikir yg pas sekarang ini terlalu mempertahankan demokrasi ….bukan mempertahankan Isalm.

    # anda marah …..jgn marah nanti kena jual.

    orang minyak anda BARUA….bila nak balik aku nak kentutkan muka kau…{bila stat kau jadi pandai lagu niii}

  7. bole kenalkan kepada kita semua golongan yang satu tu…tak payah bergaduh dah….pas la memang banyak mengarut, umeno lagi la mengarut.

  8. abu nuqman

    Itu salah tafsiran tu…pemesongan hadis Nabi. Terpesong akidah tu baik taubat. Nak gurau pun kena hati-hati. nasihat tu.

    “Pada akhir zaman nanti akan wujud 73 golongan iaitu firkah, semua nya masuk neraka. Yang tinggal hanyalah satu golongan yang masuk syurga, iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah.”

  9. Tindakan Displin!..

    Sebenarnya kita-kita ini semua yang silap. Yang menghukum silap, yang dihukum pun kena silap. Sepatutnya penilaian dari menentukan hukum didalam keadaan politik semasa ini, bagi pendapat saya tidak perlu dijalankan dan dipratikkan. kerana apa yang kita lalui didalam wadah perjuangan pada masa ini bukan lah keadaan selesa mengenai perjuangan Islam yang sebenar.

    Kita juga termasuk di dalam rentak politik sekular ini selagi perlembagaan negara ini tidak mengikut syarat-syarat syariah daulah Islam.

    Kenapa saya memberi pendapat itu?. Memang lah perjuangan kita ini adalah untuk Islam dan tatatertipnya, W’alanya dan tiqahnya, tetapi w’ala dan tiqah ini ada tak yang di pratikkan di peringkat negara dan parlimen negara kita. Mengikut hukumnya ia tidak wujud langsung, walaupun kita amalkan.
    Amalan itu memanglah menjadi etika dan akujanji di dalam perjuangan kita, itu memang betul dan patut dan wajib kita jalankan. Tetapi dari segi survival ummah dan survival pemimpin politik kita di sesetengah peringkat dan di dalam keadaan semasa kita mengalami dua keadaan berbeza dan saingan yang kita hadapi ini, hendak taknak kita terpaksa melalui keadaan ini walaupun tanpa kerelaan dari segi perjuangan. Kerelaan ini adalah kerana kita terpaksa menceburi sejarah dan matlamat politik yang menjadi bekas jajahan dan tinggalan. Sebagai contoh dua wakil rakyat yang dijatuhi hukuman, terpaksa menerima keadaan ini, walaupun kedua-duanya memberikan perjuangan dan pendirian yang baik.

    Oleh kerana keadaan semasa yang mengheret mereka ke kemelut isu-isu yang terbit, ia menjadi mangsa dan terpaksa melaluinya. Wajarkah kedua-keduanya di hukum?.
    Jika sesesuatu isu itu berkaitan dengan moral, akidah dan penyelewengan yang nyata, sememangnya ia perlu dihukum kerana ia berkaitan dengan akidah dan perjuangan suci. Tetapi dengan masalah pendapat atau kesilapan teknikal, sebagai contoh yang lain, yang tidak berkaitan dengan w’ala dan tiqah perjuangan, adakah ia perlu di adili dan di ambil tindakkan. Sebenarnya kita belum mencapai matlamatnya yang sebenar, iaitu Pemerintahan yang bermejoriti dan kuasa perundangan dan pentadbiran belum lagi kita kuasai.

    Dari segi logiknya, selagi kita tidak menjadi pemerintah dan tidak mencapai matlamat sepenuhnya Pemerintahan yang sebenar, dari segi hukum Islam yang sebenar kita tidak boleh menentukan dan melaksanakannya. Kerana itu lah pihak musuh politik bermaharajalela menjalankan kuasa yang luar dari batas ketertipan undang-undang Islam itu.
    Ada juga mengatakan selagi negara ini tidak menjalankan hukum Islam yang sebenar, apa perlu takut dan runsing kerana, tidak perlu memikirkan tindakan dan bukan nyata lagi kewajibannya, itu juga silap. Walaupun kita belum lagi melaksanakannya sepenuhnya, kita semua wajib mengetahui dan mengamalkannya, walaupun didalam keadaan darurat. Tetapi itu hanyalah pendapat kilafah dan kuliah yang perlu kita ketahui dan wajib kita sebagai umat Islam memperlajarinya. Yang di maksudkan menagguhan perlaksanaan adalah dari perjalanan politik, itu pun jika kesalahan besar atau dosa besar ia tetap kesalahan. Strategi dan kariertiviti politik semasa perlu di ambil pandang dan dilaksanakan selagi ia tidak memudaratkan perjuangan ini.

    Menghalal kan cara bukan lah bercanggah di dalam keadaan dan era ini selagi ia tidak lari dari ketetapan hukum dan akhidah, tetapi ia perlu untuk mencapai kemenangan dan menharapkan sokongan dan kemenangan demi meneruskan tapak Pemerintahan Islam yang di juangkan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: