PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Salahuddin Ayub..kita pun serupa la..!

Kemenangan tipis Barisan Nasional (BN) dalam pengundian Bajet 2010 di Dewan Rakyat 14 Disember lalu menguatkan lagi persepsi bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadapi “krisis keyakinan”, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Beliau yang bertemu dengan tokoh-tokoh perniagaan kemudiannya berkata, hakikat bahawa 71 orang ahli Parlimen BN tidak hadir dalam pengundian untuk menerima belanjawan sulung yang dibentangkan oleh Najib tidak dilihat sebagai suatu kebetulan semata-mata oleh pasaran dan tokoh-tokoh perniagaan.

Bagi mereka (tokoh-tokoh perniagaan) apa yang berlaku itu menunjukkan ketidakmampuan Najib menguasai parti yang diketuainya sendiri, mereka juga tidak menolak kemungkinan Najib adalah Perdana Menteri yang “paling lemah”  dalam sejarah Malaysia dan bukannya Tun Abdullah Badawi, menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi.

“Wahai saudaraku Salahuddin Ayub..KITA PUN SERUPA LA.. saudara sedar atau buat-buat tak sedar”..

Presiden PAS, Haji Hadi Awang juga menghadapi “krisis keyakinan” ahli-ahli dan penyokong PAS sekarang? Tidakkah itu menunjukkan ketidakmampuan Hj. Hadi menguasai parti yang diketuainya sendiri?

Beliau juga telah dianggap sebagai Pak Lah versi PAS, tidakkah itu bermaksud beliau juga seorang yang “paling  lemah” dalam sejarah kepemimpinan PAS.

9 Responses to “Salahuddin Ayub..kita pun serupa la..!”

  1. yb yang syok promosi diri, lupa dia naib presiden bukan lagi ketua pemuda. sikit2 ajak debat. lagi satu kegemaran yb, jadi orang tengah. macam tp (translator pas), kah, kah, kah (tukar tiub nye)..

  2. hussin.abdaziz..

    alangkah bagusnya kalau semua orang pas MELIHAT macam tuan..

  3. jangan sebarangan tuduh bro…tak semua pemimpin pas lemah…ramai yg kawin 2..3 ramai yg kaya raya…ramai yg shopping kat over sea… ramai yg berangan jadi menteri…
    itu kira kuat la…mana ada lemah?

  4. Umar Abd Aziz lagi lemah dari pimpinan pas …..sebab dia offer utk ceraikan isteri dia kalau isteri dia tak mampu hidup susah dgn bebanan tanggunjawab sebagai khalifah umat demi untuk menegakkan Islam.

  5. cucumatlela pun hebat..juga MELIHAT orangnya..kenapa blog tak aktif?

  6. tuan penjual ubat,

    blog cucumatlela tak aktif sebab dia ada banyak finingla..dah dekat-dekat nak gila tu…hehehe

  7. Yb Salehuddin adalah negarawan yang paling ulung sekali di MAlaya ini..Ampun tuanku..sembah patik harap di ampun…hehehe

  8. Kepada Umgogok dan rakan2..dan yang hampir sikit seakan-akan seangkatan…..dan geng Tigo Serangkai Wira Lagu Wang Ehsan Negeri Kelantan…dan sikit sebelah negeri Terengganu……dan sebanyak di Kuala Lumpur.

    Ambo bagi cadangan elok mu ngoyak jual ubat hok nok baiki balik geng-geng yang ado kat BLOG YANG SATU LAGI TU. Tolong ubatkan dema-dema yang sedang sakit tuuu……isu royaljelly…uhhhhhh…sakitttttttt….sapa yang nak kena letak jawatan pulok tu……pasal rayalty jadi wang ehsan…kena letak jawatan tu……kena wang ehsan…kenapa tak royalty….hhuhhh panassssss…..Makey KARI SATU PERIUK PUNG….belum tentu panas dari isu wang ehsan.

    Dengar kata dah ramai kecewa dan sakit, terutamati “penyakit barah hati”. Tiba-tiba mari satu ribut habis semua jadi gilo babi. Guano boleh jadi macam tu?.
    Dulu habis siang malam sampai satu purnama Ceo tu kena hentam, mace-mace cerita mengarut jadi karut sampai tak tahu yang mana benar. Kecek fakta lah, menyakinkan lah. Dengan bini dio pung kena jugok.

    Sekarang satu Stadium mari penuh tak tahu cerita pulok pasal isu neiy. Cerita lah di sebalik kebenarannya, Pasal Royalty!….Kato kecek bela rakyat Kelantan ni jadi Hero Bazaar dan Ekonomi Kelantan. BENTANG LAH fakta isu Royalty tu….kalau tak umno…takan jadi geng Tok Pa, Geng Awang Soh dan Anuar Jeba…..umgok awang-awangan.

    Kisoh AfundiArifFahmi dah “berhenti” tak tahu cerita lagi pulok. Mano fakta lagi?. Takan main fitnah internet je!…..Sprm tah kemana, mahkamah tah kemana., fakta tah kemana…..ada yang join komen lagi, mati-mati kena tipu. Paste of kopi lagi…waduhh…waduhhh.

    Yang sorang Tok Dalang tu satu malam berapa kali doh Bancuh Kopi, berapa kali keluar masuk bilik air, lepas tu minum kencing, lepas bancuh kopi kencing lagi. Kalu ada pampers dewasa jual kat kedai Pok Wey tu, mahu tiap-tiap malam order.
    Nok jugok menegak benang yang basah. Jadi hero kejap satu kelantan doh kecoh. Dulu keris yang dah hilang sampai ulu pun dah nak reput, la ni sampai tak tahu yang mana Keris dan yang mana Kapok, semua melayang. Kalau Keris melayang kat ambo….tak tahu lah ambo nok tuduh sapo. Mintak mintak jageylah. Kito masih pengang etika hidup lagi.
    Wujud Wang Ehsan…dengey kapok-kapok, kalau boleh tak boleh jual kat Wakaf Cek Yeh doh….macam gitu sekali kira “Suwey”.
    Suruh buat tajuk baru pasal Wang Ehsan “Surat Terbuka Tok Pa Rayuan Wang Ehsan(royalty budu). Tangan pulok tok sampai nok menaip doh jadinya, jadi histeria pasal wang ehsan ni pulok…pasal 20 juta je. Pasal 2 Bilion “TWO BILION”….hhuhhh Hero Lagu Mano Boleh Kelik ini Isu?.Takdok ko orang BELO….nok suruh “orang tua tu jugok”…..Sapa pulok mu nok suruh letak jawatan????.

    ISU ROYALTY….MANA?….ISU ROYALTY MANA??????..

  9. Tindakan Displin!..

    Sebenarnya kita-kita ini semua yang silap. Yang menghukum silap, yang dihukum pun kena silap. Sepatutnya penilaian dari menentukan hukum didalam keadaan politik semasa ini, bagi pendapat saya tidak perlu dijalankan dan dipratikkan. kerana apa yang kita lalui didalam wadah perjuangan pada masa ini bukan lah keadaan selesa mengenai perjuangan Islam yang sebenar.

    Kita juga termasuk di dalam rentak politik sekular ini selagi perlembagaan negara ini tidak mengikut syarat-syarat syariah daulah Islam.

    Kenapa saya memberi pendapat itu?. Memang lah perjuangan kita ini adalah untuk Islam dan tatatertipnya, W’alanya dan tiqahnya, tetapi w’ala dan tiqah ini ada tak yang di pratikkan di peringkat negara dan parlimen negara kita. Mengikut hukumnya ia tidak wujud langsung, walaupun kita amalkan.
    Amalan itu memanglah menjadi etika dan akujanji di dalam perjuangan kita, itu memang betul dan patut dan wajib kita jalankan. Tetapi dari segi survival ummah dan survival pemimpin politik kita di sesetengah peringkat dan di dalam keadaan semasa kita mengalami dua keadaan berbeza dan saingan yang kita hadapi ini, hendak taknak kita terpaksa melalui keadaan ini walaupun tanpa kerelaan dari segi perjuangan. Kerelaan ini adalah kerana kita terpaksa menceburi sejarah dan matlamat politik yang menjadi bekas jajahan dan tinggalan. Sebagai contoh dua wakil rakyat yang dijatuhi hukuman, terpaksa menerima keadaan ini, walaupun kedua-duanya memberikan perjuangan dan pendirian yang baik.

    Oleh kerana keadaan semasa yang mengheret mereka ke kemelut isu-isu yang terbit, ia menjadi mangsa dan terpaksa melaluinya. Wajarkah kedua-keduanya di hukum?.
    Jika sesesuatu isu itu berkaitan dengan moral, akidah dan penyelewengan yang nyata, sememangnya ia perlu dihukum kerana ia berkaitan dengan akidah dan perjuangan suci. Tetapi dengan masalah pendapat atau kesilapan teknikal, sebagai contoh yang lain, yang tidak berkaitan dengan w’ala dan tiqah perjuangan, adakah ia perlu di adili dan di ambil tindakkan. Sebenarnya kita belum mencapai matlamatnya yang sebenar, iaitu Pemerintahan yang bermejoriti dan kuasa perundangan dan pentadbiran belum lagi kita kuasai.

    Dari segi logiknya, selagi kita tidak menjadi pemerintah dan tidak mencapai matlamat sepenuhnya Pemerintahan yang sebenar, dari segi hukum Islam yang sebenar kita tidak boleh menentukan dan melaksanakannya. Kerana itu lah pihak musuh politik bermaharajalela menjalankan kuasa yang luar dari batas ketertipan undang-undang Islam itu.
    Ada juga mengatakan selagi negara ini tidak menjalankan hukum Islam yang sebenar, apa perlu takut dan runsing kerana, tidak perlu memikirkan tindakan dan bukan nyata lagi kewajibannya, itu juga silap. Walaupun kita belum lagi melaksanakannya sepenuhnya, kita semua wajib mengetahui dan mengamalkannya, walaupun didalam keadaan darurat. Tetapi itu hanyalah pendapat kilafah dan kuliah yang perlu kita ketahui dan wajib kita sebagai umat Islam memperlajarinya. Yang di maksudkan menagguhan perlaksanaan adalah dari perjalanan politik, itu pun jika kesalahan besar atau dosa besar ia tetap kesalahan. Strategi dan kariertiviti politik semasa perlu di ambil pandang dan dilaksanakan selagi ia tidak memudaratkan perjuangan ini.

    Menghalal kan cara bukan lah bercanggah di dalam keadaan dan era ini selagi ia tidak lari dari ketetapan hukum dan akhidah, tetapi ia perlu untuk mencapai kemenangan dan menharapkan sokongan dan kemenangan demi meneruskan tapak Pemerintahan Islam yang di juangkan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: