PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Benarkah hanya wakil rakyat BN..?


Wakil rakyat BN tidak pedulikan nasib rakyat, sebaliknya lebih pentingkan makan angin, berniaga, banyak urusan luar dan bukannya menjaga kebajikan rakyat, kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz  Nik Mat.

Mereka bukan menjalankan tanggungjawab untuk memperjuangkan isu rakyat, sebaliknya menjaga poket sendiri, menurut beliau lagi.

Itu cerita wakil rakyat BN,  bagaimana kalau kita kata wakil rakyat PAS pun sama?

Makan angin – Kerajaan PAS Negeri Kedah dikatakan pernah meluluskan kepada setiap seorang Exco RM70 ribu untuk mereka pergi bercuti.

Berniaga – Seorang ADUN di Kelantan dikatakan mempunyai banyak syarikat perniagaan termasuk di China, beliau dikatakan mempunyai banyak projek tanah, malah akaun Public Mutual Bhd. yang dimilikinya dikatakan bernilai RM1 juta.  Cerita ini didedahkan sendiri oleh bekas isteri kedua ADUN berkenaan ketika perbicaraan kes tuntutan mutaahnya disebuah Mahkamah Tinggi Syariah.

Banyak urusan luar dan tidak menjaga kebajikan rakyat – Mengapa seorang Ahli Parlimen PAS yang namanya cukup dikenali ramai tiba-tiba tewas kepada seorang ADUN yang tidak begitu dikenali didalam satu pemilihan dikawasan Parlimennya sendiri? Menurut orang-orang dikawasan tersebut beliau tidak mempedulikan kawasan, sibuk dengan perniagaan, sibuk memberi kuliah dimerata tempat kerana boleh mendapat habuan sampai ada program besar dikawasan sendiri pun beliau tidak dapat pernah ada..

Ini baru tiga cerita, entah berapa banyak lagi yang kita tidak tahu..entahlah..

No Responses to “Benarkah hanya wakil rakyat BN..?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: