PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Haji Hadi semakin bercelaru..

PAS  sedia bekerjasama dengan UMNO untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang.

PAS tidak pernah bermusuhan dengan UMNO,  sebaliknya hanya berbeza pendapat didalam sesetengah isu, terdapat beberapa perkara dalam PAS yang sama dengan UMNO dan tidak menjadi masalah untuk kedua-dua parti ini bekerjasama.  “Takkan asyik nak bergaduh sahaja, ada kalanya kita perlu berbaik-baik,” katanya lagi ketika menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Tak pernah bermusuh? Hanya berbeza pendapat didalam sesetengah isu sahaja? Beberapa perkara dalam PAS sama dengan UMNO?  Celaru..celaru..kalau macam tu, yang  ini sudah jadi apa  sekarang?

“Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”

Sekarang tengok..UMNO mula ambil kesempatan..

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, sambutan Maal Hijrah pada tahun ini mencatat sejarah kerana buat pertama kali Presiden Pas, Haji Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa menghadirinya.

“Tidak mustahil akan ada perbincangan bersama antara kedua parti pada masa akan datang.

“UMNO tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Hadi tetapi cuma tidak mendapat kerjasama daripada Mursyidul Am PAS,  Tuan Guru  Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja,” katanya.

4 Responses to “Haji Hadi semakin bercelaru..”

  1. salam berundur buat tghh…lembik dan berbelit macam Pak Lah jugak

  2. hadi buat perangai mcm ni..habis celaru semua orang..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: