PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Archive for December 2009

Lebih baik mereka jadi pengikut Rasul Melayu..

December 31, 2009

TG Nik Aziz telah menyatakan kesediaan Kerajaan PAS Kelantan meminda Undang-Undang Tubuh Negeri bagi memberi peluang kepada orang bukan Melayu yang berugama Islam menjadi Menteri Besar selaras dengan dasar Islam yang tidak memandang bangsa dalam memilih pemimpin sebaliknya mengutamakan kelayakan dan akhlak seseorang. Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali pula kemudiannya telah mencabar TG Nik […]

Mungkin kerana Hassan Ali gaji ribu-ribu..

December 30, 2009

31 Oktober 2009, Jawatankuasa disiplin PAS bersidang buat pertama kali bagi menyiasat beberapa dakwaan terhadap PAS Selangor. 10 November 2009, Hassan Ali berkata beliau telah menerima surat tunjuk sebab daripada jawatankuasa disiplin. 26 Disember 2009, setelah bermesyuarat pihak jawatankuasa disiplin mendapati ada satu keperluan untuk memanggil Hassan Ali bagi memberi keterangan. 9 Januari 2010, tarikh […]

UMNO – PAS menderhaka..

December 29, 2009

Dahulu UMNO kata Nizar telah menderhaka kepada Sultan apabila enggan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Sekarang PAS pula yang kata Umno telah menderhaka kepada Sultan apabila UMNO membantah perlantikan AJK Kariah (masjid) Negeri Perak bagi sessi 2009-2012. UMNO tuduh PAS menderhaka..PAS juga tuduh UMNO menderhaka..kedua-dua sama, kedua-dua serupa..silap sikit tuduh menderhaka.. Jika UMNO tuduh […]

Muqadimahnya Melayu, sah UMNO..

December 28, 2009

Sebuah kumpulan kira-kira 20 orang  yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi Pas Selangor diberitakan telah berhimpun membuat desakan supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat negeri tersebut. “Kami merasakan PAS dipermainkan dan dibelakangi dalam membuat keputusan…kami tidak puas hati dengan cara Kerajaan Negeri Selangor menjaga rakyat, khususnya bangsa Melayu dan kepentingan Islam”, kata […]

10 Muharam..Cinta Hamka kepada Saidina Hussin..

December 28, 2009

10 Muharam datang lagi, banyak peristiwa yang berlaku pada 10 Muharam didalam sejarah Islam..antaranya ialah peristiwa pembunuhan Saidina Hussin, cucu kepada Rasulullah SAW…disini dipaparkan satu coretan dari Buya Hamka mengenai cintanya kepada Saidina Hussin untuk tatapan bersama.. Cinta Hamka Kepada Saidina Hussin Hamka menulis: Seketika saya datang ke Irak yang mula-mula (Oktober 1950), dalam perjalanan […]

Salahuddin Ayub..kita pun serupa la..!

December 27, 2009

Kemenangan tipis Barisan Nasional (BN) dalam pengundian Bajet 2010 di Dewan Rakyat 14 Disember lalu menguatkan lagi persepsi bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadapi “krisis keyakinan”, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Beliau yang bertemu dengan tokoh-tokoh perniagaan kemudiannya berkata, hakikat bahawa 71 orang ahli Parlimen BN tidak hadir dalam pengundian untuk […]

Ahli dan penyokong PAS kena baca..

December 26, 2009

SILA KLIK DI SINI ___

Tuan Ibrahim Tuan Man buat jeruk keputusan disiplin..

December 26, 2009

PAS Wilayah Persekutuan diberitakan telah mengadakan satu pertemuan dengan Presiden PAS baru-baru ini, antara persoalan yang ditimbulkan oleh pihak PAS Wilayah Persekutuan ialah tentang tindakan terkini jawatankuasa disiplin PAS terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Hassan Ali. Presiden PAS dikatakan menjawab dengan berkata tugas jawatankuasa disiplin tersebut bukannya menghukum tetapi hanyalah berbincang. Tak kisahlah, samada hendak menghukum […]

“Bangkai bernyawa” di Kelantan..

December 25, 2009

Pas Kelantan dilaporkan akan mengkaji sama ada akan terus menerima calon yang bukan anak negeri untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 nanti di negeri itu. Menteri Besar, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas dan Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata bahawa dalam Islam tidak ada perbezaan antara orang dalam atau luar. […]

Nik Amalina hanya bersantai-santai..

December 24, 2009

Abang Ali Maidin (sokongpr) pernah berkata.. Jika kes UG, TG Nik Aziz beribu peratus saya sokong.  Bab Ariffahmi saya tak sokong walau 1 peratus sejak mula Ariffahmi dilantik sebagai CEO. Mengelak fiitnah lagi bagus dari hujah menyokong melantiknya sebagai CEO.. Saya amat bersetuju dengan kata-kata Abang Ali, sekarang Nik Amalina (isteri Ariffahmi) yang juga merupakan […]