PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Pulau Pinang, Kedah, Kelantan patut ikuti Selangor..

Kerajaan Negeri Selangor melarang semua pegawai, pekerja dan yang berkaitan dengan kerajaan negeri itu daripada mengikuti kursus anjuran Biro Tata Negara (BTN).

Larangan itu membabitkan semua pegawai kerajaan negeri, pekerja di semua anak syarikat milik kerajaan negeri dan mahasiswa yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi milik Kerajaan Negeri Selangor. BTN sering mewujudkan sentimen perkauman dan menggambarkan pihak pembangkang sebagai musuh negara didalam kursus-kursus mereka dengan tujuan untuk mengekalkan kekuasaan BN. Kita lihat dua kisah tentang BTN seperti yang pernah diceritakan.

Ketua Pemuda PAS, YB Salahuddin Ayub mendedahkan beliau mendengar sendiri penceramah dalam latihan Biro Tatanegara (BTN) memfitnahkan Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang sebagai anasir subversif dan pengkhianat negara.

“Ketika sedang berlangsung salah satu ceramah semasa latihan tersebut, salah seorang pesertanya diam-diam menelefon saya dengan telefon mudah alihnya dan membiarkan talian tidak dimatikan untuk membolehkan saya mendengar ceramah itu.

“Saya mendengar sendiri penceramahnya menuduh Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sebagai sebagai anasir subversif dan pengkhianat negara,” kata beliau.

Manakala ini pula pengalaman menyertai kursus BTN seperti yang diceritakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Shah Alam, Ahmad Sayuti Bashiron.

“ Pernah suatu ketika dahulu, pada awal dahulu sewaktu saya di sekolah menengah, selain daripada lagu anak kecil main api, apa yang paling saya ingat apa yang ditanamkan ialah benci kepada Cina. Suatu ketika kami berlari-lari dari pusat pendidikan di Shah Alam, ketika kita berjumpa sahaja Cina seperti peniaga-peniaga Cina, fasilatator mengatakan ‘lihat itu adalah Cina, dia adalah orang yang merempat di negara kita. Apabila besar nanti, kamu nanti bila sudah besar, mesti ada perasaaan tolak mereka dari negara kita”.

Kesimpulannya kita mengharapkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan tidak akan mengambil masa yang lama untuk mengambil tindakan yang sama seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor tersebut bagi menghalang penghasut seperti BTN dari terus menghasut rakyat dinegara ini.

One Response to “Pulau Pinang, Kedah, Kelantan patut ikuti Selangor..”

  1. setuju sangat2 .. elok kita selaraskan.. barulah ada wehadatul fikr…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: