PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Pemimpin PAS, kenapa tak suka kepada mereka..??

Ramai dikalangan ahli atau penyokong PAS mungkin tidak pernah terfikir untuk tidak suka kepada beberapa orang pemimpin PAS..tetapi mengapa sekarang mereka mula tidak suka kepada pemimpin mereka?

1. Tidak suka dan hilang respek kepada Presiden PAS, Ustaz Hadi Awang bila dia yang memulakan idea kerajaan perpaduan semasa Muktamar yang lalu.

2. Tidak suka kepada Nasharudin Mat Isa bila Pak Lah Badawi mendedahkan dia ada buat pertemuan sulit dengan Pak Lah sebanyak tiga kali selepas pilihanraya umum yang lalu sedangkan sebelum itu Timbalan Presiden PAS tersebut pernah menafikannya, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali pula dilihat sebagai penyokong kuat kepada Nasharudin Mat Isa.

3. Tidak suka kepada Ustaz Harun Din bila terdengar cerita dia dan Nasharudin Mat Isa menghubungi Ustaz Ahmad Awang, meminta Ustaz Ahmad Awang selaku Pesuruhjaya PAS Perak ketika itu menubuhkan kerajaan campuran dengan UMNO diPerak selepas pilihanraya umum yang lalu.

4. Tidak suka kepada Hasan Ali bila dapat berita dia membuat pertemuan sulit dengan Khir Toyo selepas pilihanraya umum yang lalu yang menawarkan jawatan Menteri Besar Selangor kepadanya dan bila dia buat kacau sesama Pakatan Rakyat diSelangor.

5. Tidak suka kepada Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Tantawi apabila dia pergi berjumpa dan berbincang dengan Naib Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Razali Ibrahim diParlimen.

Sikap dan tindakan pemimpin-pemimpin PAS ini telah menyebabkan timbulnya keraguan kepada Ahli-ahli, para penyokong dan rakan didalam Pakatan Rakyat terhadap mereka. Bolehkah mereka ini dipercayai lagi?

No Responses to “Pemimpin PAS, kenapa tak suka kepada mereka..??”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: