PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Bergantunglah lagi dijubah-jubah para Ulama..

b06fe357fa55bfa0706eaf55b26a673b

Apabila Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz mengamuk dan mencadangkan diadakan Muktamar Khas ada pula yang menuduh terdapat orang tertentu yang menghasut Tok Guru hingga Tok Guru terpengaruh. Bodoh sangatkah Tok Guru sampai boleh dihasut? Bila ada pimpinan PAS gila hendak berkawan dengan UMNO kenapa pula mereka tidak melenting?

Tok Guru juga sudah 19 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan, kenapa bila ada pemimpin yang diberi peluang oleh rakyat menerajui satu Kerajaan Negeri, tidak dipertikaikan kelemahannya dan diminta bertanggungjawab semasa Kerajaan Negeri pimpinannya jatuh dan mampu bertahan hanya sepenggal sahaja?

Sementara itu pemimpin yang sebelum ini pernah bergantung dijubah-jubah para Ustaz dan Ulama bagi memenangi jawatan didalam parti dipercayai akan tetap melakukan perkara yang sama jika Muktamar Khas benar-benar diadakan. Itulah sahaja senjata yang beliau ada, ramai yang telah nampak beliau tidak berkemampuan atau tidak berperanan langsung didalam parti.

Kelemahan yang terdapat didalam PAS pula adalah perasaan takjub yang berlebihan mereka kepada para Ustaz dan Ulama yang menjadikan Walak sebagai senjata mereka. Jawapannya menanglah lagi pemimpin berkenaan sekiranya berlaku pertandingan pemilihan walaupun pemimpin yang dipilih itu langsung tidak berkemampuan atau berperanan untuk menjadi pemimpin.

Kita pula bukannya mempertikaikan kepimpinan Ulama atau keperluan Walak, tetapi Ulama yang membiarkan pemimpin-pemimpin yang tidak berkemampuan bergantung dijubah-jubah mereka dan Walak yang tidak kena pada tempatnya adalah amat-amat dikesalkan.

No Responses to “Bergantunglah lagi dijubah-jubah para Ulama..”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: