PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Harakah sudah seperti Utusan Malaysia, Berita Harian..

Utusan Malaysia, Berita Harian dan akhbar-akhbar yang sewaktu dengannya sering disebut sebagai lidah rasmi UMNO, akhbar-akhbar tersebut hanya akan menyiarkan tentang yang baik sahaja mengenai UMNO, segala kepincangan UMNO akan cuba ditutup.

Rakyat mula bosan dengan akhbar-akhbar ini, mereka mula mengalihkan perhatian kepada maklumat yang didapati dari sumber blog-blog yang ditulis oleh para blogger melalui internet. Banyak pemikiran rakyat mula berubah hasil dari sumber-sumber tersebut.

Akhbar Harakah yang selama ini menjadi lidah rasmi PAS sekarang dilihat seakan-akan mengikuti langkah akhbar-akhbar pro UMNO yang disebut tadi. Harakah dilihat hanya mencerita kebaikan yang ada didalam PAS, memilih berita tentang cerita pemimpin tertentu sahaja tetapi sekiranya terdapat kelemahan didalam PAS atau pemimpin tertentu didalam PAS tidak pula diceritakan, malah dilihat Malaysiakini yang lebih mendahului Harakah mengenai sesuatu berita sensasi yang terjadi kepada PAS.

Contohnya isu sensasi seperti yang ditulis oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz b. Nik Mat didalam blognya. Oleh kerana akhbar Harakah belum diterbitkan lagi semasa tulisan Tuan Guru Nik Aziz disiarkan, kita cuba mencarinya diHarakahdaily. Malangnya diHarakahdaily juga tidak ada, bila tengok diMalaysiakini berita tersebut telah pun disiarkan.

Rasanya tidak salah diceritakan kelemahan yang ada bagi membolehkan ianya diperbaiki. Jika terus bersikap seperti akhbar-akhbar yang pro UMNO tidak mustahil orang ramai juga akan hilang minat hendak membaca Harakah lagi selepas ini.

One Response to “Harakah sudah seperti Utusan Malaysia, Berita Harian..”

  1. Claim petugas hrkah di bkt gantang pun belum dibayar lagi. Malah kena potong 50%. macam mana nak ada motivasi bebudak harkah. Lembaga pengarah tidur


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: