PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Hasan Ali puncanya..

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengakui pergolakan didalam negeri itu, antaranya kontraversi penjualan minuman keras turut menyumbang kepada kemerosotan undi PAS didalam PRK Bagan Pinang.

Inilah akibatnya hasil yang didapati dari kegopohan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Datuk Hasan Ali yang juga Exco Kerajaan Negeri. Beliau dilaporkan bergeser dengan seorang lagi Exco Kerajaan Negeri dari DAP, YB Ronnie Liu yang didakwanya cuba campur tangan didalam penguatkuasaan jualan minuman tersebut.

Kita memang tidak pernah bersetuju dengan penjualan minuman keras secara terbuka dimana-mana tempat sekali pun tetapi perkara yang sepatutnya boleh dibawa berbincang diheboh-hebohkan seperti mana yang dibuat oleh Datuk Hasan Ali. Pihak musuh apa lagi, mengambil kesempatan bagi mengeruhkan lagi keadaan. Seperti yang pernah disebut sebelum ini, apalah salahnya dibawa berbincang didalam mesyuarat, kalau sampai bertumbuk pun tidak apa bagi mencari penyelesaian. Bukannya melalak kesana-sini.

Didalam isu kuil dan kepala lembu diSelangor kenapa beliau diam pula? Ketika Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad diugut oleh puak-puak UMNO dimana pula Datuk Hasan Ali ketika itu? Ini baru masalah penjualan minuman keras, sebenarnya banyak lagi berbagai cerita kerenah yang tidak menyenangkan yang dibuat oleh Datuk Hasan Ali.

Isu-isu yang diheboh-hebohkan oleh Datuk Hasan Ali akhirnya akan merugikan PAS sendiri, apatah lagi dengan kedudukan PAS sekarang yang mempunyai Presiden dan Timbalan yang begitu lemah, sampai tidak mampu untuk menegur berbagai kerenah anak-anak buah yang tidak menyenangkan.

3 Responses to “Hasan Ali puncanya..”

  1. nama bagus sangat dah, tapi perangai mcm yaz……..

  2. Aku dah cakap lama dah….
    Hassan Ali ni memang tak layak berjuang di dalam PAS. Jasadnya sahaja PAS tetapi ruh perjuangan Melayu UMNO masih tebal di dalam dirinya. Ye lah… masuk PAS pun fasal kes Anwar Ibrahim. Kalau tak fasal kes tu.. mungkin beliau ada di PWTC sekarang ni..

    Tetapi yang paling menyedihkan… pimpinan PAS yang lain tetap mendiamkan diri dalam isu Hassan Ali ni… Nak simpan apa lagi orang macam Hasssan ni…

    Harap-harap Bangan Pinang dapat memberikan pengajaran yang paling berguna kepada PAS. Bukan senang nak berdakwah dengan orang bukan Islam. Sedangkan berhadapan dengan orang “Islam” Umno pun masih tewas, inikan pulak hendak berhadapan dengan orang yang dah confirm bukan Islam.

  3. kadang2 berdakwah dengan kafirun lebih mudah dari muslim sendiri……..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: