PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Tidak mustahil Cina dan India kembali kepada BN..

PAS tewas di Bagan Pinang, kaum India disitu dilihat kembali menyokong UMNO BN. Diberitakan kaum India di Bagan Pinang tidak perlu bersusah payah untuk menyambut Deepavali tidak lama lagi, mereka mendapat peruntukkan secukupnya yang diberikan oleh pihak BN ketika pilihanraya kecil tersebut. Kita boleh juga mengatakan ianya juga menjadi antara punca kembalinya sokongan kaum India kepada BN.

Antara punca lain yang menyebabkan kekalahan PAS didalam pilihanraya kecil tersebut ialah sikap pemimpin-pemimpin PAS sendiri. Isu kuil dan kepala lembu di Shah Alam sepatutnya boleh menguntungkan PAS, tetapi pimpinan PAS termasuk Presiden dan Timbalannya hanya nganga sahaja, tidak ada apa-apa tindakan dibuat. Jika kearah hendak berkawan dengan UMNO baru nampak mereka begitu sibuk.

Mereka sepatutnya sedar, kemenangan PAS dibanyak kerusi DUN dan Parlimen didalam pilihanraya umum yang lalu adalah hasil sokongan kaum India dan Cina, jika mengharap sokongan orang Melayu PAS tidak akan mendapat kemenangan seperti itu. Hasil sokongan dua kaum tersebutlah ustaz-ustaz PAS sekarang sudah boleh mengajar dan berkhutbah dimasjid-masjid.

PAS juga sepatutnya malu kepada DAP yang bekerja keras membantu didalam setiap pilihanraya. Lihat sahaja ketika PRK Permatang Pasir. Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng setiap hari turun bekerja keras untuk membantu PAS ketika itu. Begitu juga di Bagan Pinang, lebih senang untuk kita terjumpa YB Lim Kit Siang daripada terjumpa Nasharudin Mat Isa.

Sekarang hanya kaum India di Bagan Pinang yang berubah, kita boleh mengharap ianya tidak berjangkit ketempat-tempat lain. Begitu juga dengan sokongan kaum Cina, kita memang mengharap mereka terus menyokong kita tetapi sekiranya pemimpin kita masih slow tidak mustahil mereka juga akan kembali menyokong BN selepas ini.

One Response to “Tidak mustahil Cina dan India kembali kepada BN..”

  1. hang baca surat ni…dari seorang kawan facebook aku….pastu komen…

    Surat kepada Dr.Lo’ Lo’ untuk PRK Bgn Pinang

    Assalamualaikum Dr, doa saya dr sihat disamping keluarga semuanya.Sebenarnya saya ini ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang bertungkus lumus dengan ikhlas di dalam menghadapi PRK ini.Walaupun kalah, namun jangan sesekali berputus asa.Saya sebagai seorang pencinta perjuangan islam ingin menulis sedikit sekira kira ianya akn memberi manafaat buat semua manusia.

    Begini Dr, dalam usia 40 thn, saya telah melalui beberapa peristiwa di dalam hidup ini, juga saya telah terlepas banyak peristiwa penting negara dan dunia.namun selalu sejarah menceritakan kepada kita kejadian2 yang kita lewati.saya melihat dan mengetahui yang perjuangan Islam adalah merupakan satu perjuangan yang penuh liku2, cabaran, dugaan, pengorbanan dan seumpamanya.Berbagai kaedah dan pendekatan telah diambil oleh berbagai pertubuhan Islam diseluruh dunia.Sebagai contoh yang dekat dan jangka masa sedikit sebelum merdeka sehingga sekarang, saya mengambil Pas sebagai contoh, di tahun2 80an semua tahu Pas menentang mengangkat calon dan pemimpin bukan Islam, ada yang menentang wanita sebagai pemimpin, maka ayat al-quran dan hadis digunakan untuk berhujah, ada antara pemimpim2 pas ini masih hidup dan aktif sehingga sekarang.Pas memasuki banyak PRU dan PRK dalam tempoh ini.Org bukan islam menjauhi Pas mungkin atas dasar2 ini.Orang Islam(umno dll yang tak menyokong Pas) pula mungkin menjadikan semangat kebangsaan sebagai semangat penolakkan mereka terhadap Pas.Pada masa ini kita faham org bkn islam sangat sedikit info tentang islam, org Islam pula dimomok2kan dengan kemajuan disamping juga ilmu islam yang bersifat hanya setakat solat, zakat dll(sedia maklum).Maka Pas mungkin mula sedar untuk memenangi PRU, mesti mendapat sokongan(undi) umat islam dan Bkn islam.Maka disamping berpolitik, pas juga memasuki bidang pendidikan setakat termampu disamping banyak kekangan yang dihadapi didalam memberi ilmu kepada umat islam. untuk bkn islam pula, mula didekati bkn islam, diberi penerangan tentang gambaran islam dan hukum hakamnya.Melalui CCC cuba didekati kaum Tiong hua.Namun pencapaian didalam PRU masih belum berlaku, dijalin kerjasama dengan DAP dlam BA, berpecah kemudiannya.apabila PRU 1990, Pas dengan limpah kurnia Allah, mendapat kuasa di Kelantan, dengan ketokohan TGNA dan pimpinan pas negeri, banyak kelebihan yang pas dapat.sudah ada sedikit contoh politik islam.Bkn Islam yang sudah mula nampak keindahan islam walau yang dilaksanakan hanya sebahagian dari islam secara keseluruhannya.Pas memasuki lagi beberapa PRU dan PRK, begitu lah menang dan kalah.sehingga lah muncul kes DSAI.Buat ikatan baru dalam PAKATAN RAKYAT.DSAI ini banyak menyumbang kepada kemenangan kepada pembangkang.kemuncaknya 2008, pembangkang berjaya menidakkan majoriti 2/3 BN.PRK selepas PRU2008 dimenangi kesemuanya kecuali Btg ai dan Bgn Pinang.

    Jadi sangat jelas sekarang yang Pas mesti mendapat undi islam dan bukan islam di dlm sistem demokrasi ini.saya kira langkah yang belum diambil oleh umat islam seluruh dunia sekarang termasuk pas adalah melakukan dakwah kepada bkn islam secara bersungguh2.bayangkan jika usaha, kerja keras sekarang seperti penceramah pas berceramah, tak cukup tidur, kerja keras meraih undi, ditukar(kerja politik sedia ada diteruskan) kepada dakwah islam yakni mengislamkan org bukan islam kepada islam, setelah mereka islam, kita beri ilmu islam sebenar mengikut sunnah nabi saw.maka bukankah dengan sendirinya pegangan ekonomi,politik,pendidikan dll umat islam akan naik apabila org cina/india dll(bkn islam) malaysia ramai memeluk islam, boleh dilantik cina/india memegang jawatan MB(dinegeri PAKATAN RAKYAT),maka saya fikir ini akan menjadikan Pas bkn hanya bercakap, tapi boleh buat apa yang dicakapkan…dan yang lebih penting lagi saya tak kisah sangat jika sekiranya pada masa itu Pas yang maju atau tidak,yang pentingnya Islam dan umat islam dalam bentuk pengamalan sebenar(mengikut assunnah) yang akan maju.Bukankah begitu Doc.

    saya mohon maaf sekiranya tulisan saya ini penuh dengan kecacatan, kurang fakta, tapi saya rasa Dr faham maksud saya ini.yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari saya.ampun dan maaf saya pohon dari Allah dan semua makhluknya…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: