PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Archive for October 2009

Nasharudin dan Hasan Ali..

October 31, 2009

Ketika berbual sambil minum pagi tadi, seorang rakan yang bukannya mengambil tahu sangat tentang kemelut yang melanda PAS ketika ini tiba-tiba menyuarakan pandangannya mengenai dua orang pemimpin kontrovesi PAS, ikuti pandangannya. Nasharudin Mat Isa adalah seorang yang licik, bijak berpolitik dengan membina pengaruh dikalangan pimpinan tetapi kurang mesra dengan orang bawahan. Bukanlah seorang aktivis atau […]

Mereka yang sepatutnya bertanggungjawab..

October 30, 2009

Kalau dinegara barat, kita boleh melihat pemimpin-pemimpin mereka lebih bertanggungjawab apabila sesuatu kemelut atau masalah menimpa mereka atau parti yang dipimpin. Walaupun ada kalanya masalah yang timbul bukannya berpunca dari mereka tetapi masalah yang dibuat oleh ahli-ahli parti, mereka tetap merasakan mereka yang bertanggungjawab dan mengambil langkah meletak jawatan. Nasharudin Mat Isa, Mustafa Ali dan […]

2 Jam bersama Hj. Mohamad b. Sabu..

October 29, 2009

2 Jam bersama Hj. Mohamad bin Sabu, Isnin 2 November, 2009 jam 9 malam. Bertempat di Surau Al-Insaniah, Tambak Bunga, Jalan Kuala Kedah, Kedah Darulaman. Anjuran PKWR Kubang Rotan.

Seminar Khas juga tidak akan merubah apa-apa..

October 29, 2009

“PAS menyeru kepada semua pimpinan dan ahli agar tidak lagi mengulas atau menimbulkan spekulasi dan persepsi berhubung isu kerajaan perpaduan yang diangggap tidak berbangkit lagi,” kata Ketua Penerangannya Ustaz Idris Ahmad. Sebelum ini pun isu kerajaan perpaduan juga dikatakan tidak berbangkit lagi tetapi apabila terdapatnya sikap pemimpin tertentu yang terus berhubungan dengan pihak UMNO membuatkan […]

Sudahlah Pemuda PAS Perak..

October 28, 2009

Pemuda PAS Perak merayu kepada Sultan Perak dan juga Raja Muda Perak supaya membantu menyelesaikan segala krisis politik yang berlaku di Negeri itu. Rasanya sudah tidak perlu lagi Pemuda PAS Perak untuk terus berbuat demikian, orang memang tidak akan menyebelahi kita, sebelum ini pun kita sudah pernah merayu. Cukuplah dengan tindakan-tindakan protes yang terus dibuat […]

Pemimpin PAS, kenapa tak suka kepada mereka..??

October 28, 2009

Ramai dikalangan ahli atau penyokong PAS mungkin tidak pernah terfikir untuk tidak suka kepada beberapa orang pemimpin PAS..tetapi mengapa sekarang mereka mula tidak suka kepada pemimpin mereka? 1. Tidak suka dan hilang respek kepada Presiden PAS, Ustaz Hadi Awang bila dia yang memulakan idea kerajaan perpaduan semasa Muktamar yang lalu. 2. Tidak suka kepada Nasharudin […]

Hasan Ali, Nasharudin..Tuan Guru Nik Aziz..

October 27, 2009

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Hasan Ali mengadakan pertemuan dengan para bloggers dikediaman beliau semalam. Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa juga ada bersama didalam pertemuan tersebut. Ini membuktikan mereka memang sealiran. Kedua mereka pernah disebut sebagai pro UMNO oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Sementara itu didalam berita Astro Awani Tuan […]

NTV7..Nik Aziz tak perlu letak jawatan..

October 27, 2009

Berita NTV7 membuat pengundian melalui sms semalam, dengan kemelut yang melanda PAS sekarang. “Perlukah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat meletak jawatan?”. Keputusannya..Perlu 27% Tidak Perlu 73%.

Bergantunglah lagi dijubah-jubah para Ulama..

October 25, 2009

Apabila Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz mengamuk dan mencadangkan diadakan Muktamar Khas ada pula yang menuduh terdapat orang tertentu yang menghasut Tok Guru hingga Tok Guru terpengaruh. Bodoh sangatkah Tok Guru sampai boleh dihasut? Bila ada pimpinan PAS gila hendak berkawan dengan UMNO kenapa pula mereka tidak melenting? Tok Guru juga sudah 19 […]

PAS patut cemburu kepada DAP, PKR..

October 25, 2009

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Parti DAP mendapat pujian dari Ketua Audit Negara dengan laporan kewangan Negeri yang menunjukkan prestasi memberangsangkan berbanding laporan tahun 2007 dalam pembentangan diParlimen baru-baru ini. Semua ini adalah hasil usaha Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng dalam melakukan langkah penjimatan dan […]