PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Pendedahan Nizar..

Didalam ceramah dikawasan Parlimen Bukit Gantang malam tadi, YB Datuk Sri Nizar b. Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen disitu telah mendedahkan bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang diketuai oleh beliau sepanjang 10 bulan lebih memerintah Negeri telah berjaya memungut hasil untuk Negeri Perak sebanyak lebih RM700 juta. Kejayaan ini berikutan tiada berlakunya amalan rasuah didalam pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu.

Menurut beliau lagi, BN yang memerintah sebelum ini pun paling tinggi hanya berjaya memungut RM632 juta setahun.

Bagi kutipan zakat di Negeri Perak pula sepanjang 10 bulan lebih Pakatan Rakyat memerintah, sebanyak lebih kurang RM58 juta pula berjaya dipungut manakala sepanjang BN memerintah sebelum ini pula kutipan paling tinggi hanyalah RM43 juta setahun.

RM58 juta wang zakat yang berjaya dipungut oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak didapati hasil daripada arahan beliau sebagai Menteri Besar ketika itu yang mengarahkan agar anak-anak syarikat Kerajaan Negeri mengeluarkan zakat. Beliau kemudiannya menceritakan bagaimana arahannya kepada Lembaga Air Perak agar mengeluarkan zakat kerana sebelum ini pihak mereka tidak pernah berbuat demikian diatas alasan tidak pernah mendapat arahan.

Yang paling menarik menurut beliau lagi, pihak DAP mahu pun anggota PKR yang tidak berugama Islam tidak pernah membantah dengan tindakan beliau yang mengeluarkan arahan-arahan tersebut.

13 Responses to “Pendedahan Nizar..”

  1. oh…tu ko dgr dalam ceramah…bukan fakta la kan…aku pon boleh dalam ceramah cakap mcm tu..then,korang pon pecaya la.mcm yg korang pecaya skang ni….hehehehe…..sama je…org PR akan pecaya ckp org PR…org BN plak akan pecaya ckp org BN walaupon masing2 sebenarnya tgh kena kencing..kahakkahakkahakkahak…..

    i hate politik…auwwwwww…….

  2. ah biar org nk ckp ape
    saya ttp sokong nizar
    dia dan rkn2 PR perak adalah hero rkyt perak

    saya tabik!

  3. WOI NIZAR TAK PAYAH BOHONG ORANG KAMPONGLAH.CAKAP JE PADA ORANG KAT BUKIT GANTANG TU YANG KAMU JADI LEMBU CUCUK HIDUNG DAP.

  4. dengar cerita ada pegawai daerah buang banyak surat yang mana baik dilakukan olih
    wakil rayaat satu satu kawasan ,punya la bodek umno ,nanti hampa kami dapat perentah malaysia baru hampa tau ,jadi lalang kot

  5. aku bukan nak byk ckp le..tp Dato Seri Nizar 10 kali lebih bagus pasai dia tak rasuah..kalau kome nak pemimpin rasuah jadi pemampin kome…tepuk dada tanya iman..fikir2kan le..

  6. saya tak tahu la masa PR dapat kumpul sebanyak tu. tapi saya tetap dengan pendirian saya bahawa saya mahu melihat perubahan. kan apa saya dah jemu dengan BN terutamanya UMNO.PR setidaknya ada juga cakap pasal Tanah Adat orang asli dari awal2 memerintah. bukan BN wlupun dah 52 tahun pegang negara tak pernah dia sebut dan usahakan untuk mengiktiraf tanah adat orang asli. klu kita mempersoalkan perkara ini BN akan bangkitkan soal peruntukan berjuta-juta yang kononnya dia telah bagi untuk OA. OA bukan tak nak duit tapi soalnya duit yang BN sebut tu entah sampaikan mana. OA dapat nama je. klu BN betul2 berikan RM100.00 setiap keluarga asli pun saya rasa sudah lebih dari cukup OA pasti sudah mewah. sebabnya bilangan keluarga OA yang adapun cuma 150 ribu orang sahaja.klu dari dulu mereka bagi mungkin tak payah sangat nak pikir tentang beri tiap2 tahun. ini duit berjuta2 sebenarnya bukan utk OA.yg sampai pun sisa2nya je. jadi OA, duit peruntukan entah kemana tanah adat dan segala sumber alam yang ditanam,di perlihara dan warisi pun lesap disapu BN dan kroninya.oleh itu saya benar2 mahu BN kalah dan bertaubat. beri peluang dan ruang kpada pemerintah baru pula. ini belum tahu mereka boleh atau tidak jaga negara ini, BN asyik cari pasal. semua benda dia nak kutip n bising wlupun sehalus habuk. BN betul2 lupa kesalahan dirisendiri selama ini. terutamanya penindasan, penipuan, membuli dan melenyapkan kewujudan MOA selama 52 tahun ini. sekarang dia gambarkan dan war2kan dirinya adalah malaikat…manusia apa macam ini..!

  7. sori maksud saya rm100.00 ribu bukan rm100.00 je. geram sangat. apa pun terimakasih kerana nizar sempat menjadi MB yang humble kepada semua rakyat perak.

  8. sudah2 la b’politik.. nizar ptt trima hakikt yg dia bkn lg mb perk. dlu aku suka jgk la pati pas ni,, sbb diorang p’juangkan islam.. tp semenjk depa sepakat ngn DAP n PKR tuh.. aku dh nmpak pati ni dh lari dr p’juangan.. DAP trg2 tolak negara islam, PAS plk nk ngara islam n undang2 hudud.. tp skrg ni dh jd pakatan plk,, camna 2..?? lh ka nk tubuh ngra mgikut p’juagan pati msing2…?? PKR plk nk bls dmdm ja kot kt BN pasai anuar dlu hahaha.. pelik btoi pati ni kn kn.. Ptt la byk orng depa kluaq pati,, dh 2 slh BN plk bg rasuah kt depa soh kuaq pati, buang ms ja dok tuduh2 org kn kn..?? Jd aku mntk org2 PAS sdrlh yg b’kuasa dlu sebenaqnya DAP n PKR, PAS cuma boneka ja tau.. tu pun sib bek sultan nk mb orng mlyu,, tdk jgn arap la nizar tu nk jd mb perk.. toix??? PAS meng pn xbyk krusi, aku rsa PKR n DAP mng byk krusi lg kn ms PRU dlu.?? jd nizar jgn la dok b’lgak sgt yek… n org2 PAS suma LU PIKIR LA SENDIRI… cau ngeee…

  9. nizar mb terbaik pernah dilahirkan negriku berbanding ramly,tajul dan mamak zambri……takkan hampa tak reti nak bagi justifikasi kot, dia ditohmah bagi tanah banyak kat cina dan sedikit kat melayu, ehhhh tak kira sapa la, kalau berhak terima, kena bagi la…..bukan ambik tanah org bagi kat depa….umno pening la la……..ngaku je la juak-juak umno yang hampa memang perasuah, perosak bangsa dan agama………tak ngaku pun tak pa, semua orang dah tau…lama2 org hampa yang tak dapat pojek, yang selalu berputih mata akan sedar sendiri la ngok, biag pi la tinggai tua-tua melayut sokong hampa, berapa hari lagi nak idup……selamat tinggal umno dulu, kini dan selamanya

    • so,korang tak kisah la walaupon tanah rezab melayu pon dibagi kat cina???bagus la melayu zaman sekarang ni…baik hati…cayalah melayu2 semua….muahhhhhh…..

  10. macam biasa, org jahat macam umno akan nampak org lain pun jahat mcm depa juga..kpd. mail kerian,kita sebenarnya serupa,cuma hg selalu marah bila aku sebut pasai UG,tp hg percayalah,masih ada pemimpin kita menuju kearah tu, sbb tu aku terpaksa sebut juga pasal aku meluat sangat kat umno ni..

  11. apakah ada bukti yang tanah yang diberi tu tnh rezab melayu, setahu aku tanah yang diberi tu tanah tol kg baru…..kemukakan buktinya wahai sang nizar


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: