PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Mat Sabu dan kisah Kaab bin Malek..

Teater ‘Menunggu Kata dari Tuhan” karya Dinsman yang dilakunkan oleh pelakun Sabri Yunus dan dibantu oleh Sani Sudin telah dipentaskan di Dorm Komtar, Pulau Pinang semalam. AJK PAS Pusat Hj. Mohamad bin Sabu pula diberi peranan sebagai pengulas teater tersebut.

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng serta para pegawai Kerajaan Negeri turut hadir menonton teater tersebut.

“Menunggu Kata dari Tuhan” diambil cerita dari sebuah hadis Nabi yang menceritakan bagaimana rasa bersalah dan taubat seorang sahabat Nabi yang bernama Kaab bin Malek ketika beliau berbohong dan melengah-lengahkan dirinya kemedan Perang Tabuk kerana waktu itu keadaan ekonominya jauh lebih baik dari waktu yang sebelumnya.

Kaab bin Malek yang ditanya oleh Rasulullah apakah alasan beliau untuk tidak turut serta didalam peperangan tersebut, pada mulanya cuba memberi alasan palsu tetapi akhirnya bercakap jujur dihadapan Rasullullah. Akibat dari tindakannya itu Rasulullah saw telah bertindak mengarahkan agar beliau dipulau dan tidak dibenarkan orang ramai untuk bercakap dengannya malah beliau juga dilarang dari mendekati isterinya. Ketika beliau dipulau beliau diuji pula dengan kedatangan sepucuk surat dari Raja Qassan yang kafir cuba memanggil beliau dengan berkata beliau akan diterima di Qassan, beliau kemudiannya mengambil tindakan membakar surat raja tersebut.

Kaab bin Malek kemudiannya memohon ampun dan bertaubat kepada Allah sehingga akhirnya dihari ke 50 beliau dipulau Rasulullah membawa berita yang Allah telah menerima taubatnya dan diampunkan segala kesalahannya.

Ketika mengulas kisah Kaab bin Malek ini, Hj. Mohamad bin Sabu mengatakan bagaimana perlunya kita mengambil sikap berterus terang walau pun melalui kepahitan dan penderitaan hidup. Memang terdapat banyak pemimpin, orang kenamaan, negarawan, orang yang berkelulusan tinggi dan berkedudukan istimewa tetapi untuk mencari orang yang jujur seperti Kaab bin Malek amatlah sukar ditemui disetiap zaman.

Ulas beliau lagi, dalam keadaan susah atau senang, janganlah kita menjadi agen musuh, perosak negara dan masyarakat walaupun mendapat tawaran lumayan. Manakala arahan pemimpin walaupun datangnya dari yang bukan Islam selagi ianya tidak berbentuk maksiat dan kerosakkan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan naluri kita.

Menurut beliau lagi, kita juga janganlah sentiasa menyalahkan orang lain diatas kelemahan diri kita dan sekiranya terdapat orang yang berbohong atau menipu untuk mencapai sesuatu, kita pula mesti bersifat telus walaupun terpaksa menderita.

Akhir sekali, beliau berkata kita juga perlu sedar, sebarang kesalahan yang kita lakukan, ianya akan melibatkan penderitaan kepada keluarga. Siksaan Allah kepada kita juga akan membawa penderitaan kepada orang-orang yang kita kasihi. Supaya Allah menerima amalan kita, kita hendaklah banyak berbakti, bersedekah dan banyak berkorban kepada masyarakat.

Ketika mengulas mengenai teater pula, Hj. Mohamad bin Sabu mengatakan Khazanah Islam terdapat terlalu banyak, Pemerintahan Khalifah Omar bin Abdul Aziz yang cuba dijadikan contoh oleh Ketua Menteri Pulau Pinang juga boleh diteaterkan.

Pertemuan tiga agama wahyu, iaitu kisah yang disepakati oleh Judaism (Ugama Yahudi), Kristian dan Islam seperti kisah Ashabul Kafi, kisah Jalut dan Talut, kisah Qabil dan Habil dan kisah-kisah Revolusi Rakyat untuk menegak keadilan malah cerita Moon Cake atau pun Kuih Bulan juga boleh diteaterkan.

Seni budaya sebenarnya adalah suatu perjuangan suci tetapi ianya telah dikotorkan oleh tangan-tangan manusia kapitalis duniawi, menurut beliau lagi.

No Responses to “Mat Sabu dan kisah Kaab bin Malek..”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: