PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Archive for September 2009

Pendedahan Nizar..

September 30, 2009

Didalam ceramah dikawasan Parlimen Bukit Gantang malam tadi, YB Datuk Sri Nizar b. Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen disitu telah mendedahkan bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang diketuai oleh beliau sepanjang 10 bulan lebih memerintah Negeri telah berjaya memungut hasil untuk Negeri Perak sebanyak lebih RM700 juta. Kejayaan ini berikutan tiada berlakunya amalan rasuah […]

Kes Mat Sabu tertangguh lagi..

September 29, 2009

Kes Hj. Mohamad bin Sabu yang disebut diMahkamah Jawi, Seberang Perai Selatan hari ini ditangguh lagi sehingga kebulan Mac tahun depan diatas antara alasan dokumen pendakwaan terhadap beliau bersama sembilan lagi yang dituduh baharu diperolehi oleh pihak peguambela.`

Mat Sabu ke Mahkamah lagi..

September 28, 2009

Hari ini AJK PAS Pusat, Hj. Mohamad bin Sabu bersama 9 orang lagi yang tuduh menghalang penjawat awam turun ke Mahkamah Jawi, Seberang Perai Selatan. Kes tersebut akan disambung esok pagi. ADUN Permatang Pasir, YB Ustaz Salleh Man turut hadir memberi sokongan. Peguambela Saudara Hanipa Maidin. Antara yang menghadapi tuduhan bersama Hj. Mohamad b. Sabu.

Mana Presiden dan Timbalan..??

September 27, 2009

Selangor kalut cerita Hasan Ali, Kedah pula makin ramai yang merungut tentang Azizan Razak. Kemana perginya Presiden PAS dan Timbalannya? Macam tak berfungsi langsung.. Takkan nak tunggu Anwar Ibrahim tolong selesaikan..

Rumah Terbuka YB Salleh Man..

September 24, 2009

Ketibaan Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng. Ramai yang mengambil kesempatan bergambar dengan Ketua Menteri dan YB Salleh Man. Hj. Mohamad Sabu tidak dapat hadir tetapi anaknya Saiful mewakili beliau.

Ramadan yang berlalu..

September 21, 2009

3 keping gambar kenangan Ramadan yang telah berlalu.. Mendengar tazkirah sebelum berbuka di Majlis berbuka puasa ADUN Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa. Kelihatan ada bersama Ustaz Aris Awang (Bekas Ketua Pemuda PAS Kedah). Ustaz Ramli b. Wahab (Bekas Kadi Gopeng) di Majlis berbuka puasa Surau Kg. Guar Petai (Kg. Hj. Mohamad b. Sabu). Pemberian sumbangan […]

Jumaat terakhir Ramadhan..

September 19, 2009

Jumaat terakhir dibulan Ramadhan di istiharkan oleh Imam Khomeini sebagai Hari Al-Qud iaitu hari pembebasan Qiblat pertama umat Islam Masjidil Aqsa yang terletak di Baitulmaqdis dari cengkaman Yahudi. Peristiharan Hari Al-Qud oleh Imam Khomeini tersebut juga diterima oleh OIC (Pertubuhan Negara-Negara Islam). Umat Islam mengerjakan Haji, Umrah dan Ziarah, tetapi boleh dikatakan ziarah umat Islam […]

Mat Sabu dan kisah Kaab bin Malek..

September 17, 2009

Teater ‘Menunggu Kata dari Tuhan” karya Dinsman yang dilakunkan oleh pelakun Sabri Yunus dan dibantu oleh Sani Sudin telah dipentaskan di Dorm Komtar, Pulau Pinang semalam. AJK PAS Pusat Hj. Mohamad bin Sabu pula diberi peranan sebagai pengulas teater tersebut. Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng serta para pegawai Kerajaan Negeri turut hadir […]

Apabila MIC Kritik Tun Mahathir..

September 16, 2009

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sebelum ini pernah dikritik dengan hebat oleh seorang pemimpin UMNO, waktu itu tidak terdengar pun dari kalangan UMNO yang menganggap kritikan itu sebagai melampau dan biadap. Keadaannya amat berbeza sekarang ini apabila terdapat perwakilan MIC yang mengkriktik Mantan Perdana Menteri tersebut, malah Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim […]

Kesombongan UMNO..

September 15, 2009

Semua masjid-masjid yang terdapat di Pulau Pinang berada dibawah Majlis Agama Islam Negeri (MAIPP), MAIPP pula berada dibawah Kerajaan Negeri. Terjadi satu cerita disebuah kampung di Pulau Pinang yang mana JKKK Kerajaan Negeri (JKKKN) telah memohon kepada Jawatankuasa Masjid tersebut untuk mengadakan satu majlis berbuka puasa dan tahlil di Masjid tersebut. Jawatankuasa Masjid tersebut sudah […]