PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

N11 Permatang Pasir..Selamat Datang..

Malam ini kita semua akan tahu siapa calon PAS untuk pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir. Pengumuman akan dibuat di Pejabat Adun Kampung Permatang Pasir. Rasanya kebanyakkan rakyat Permatang Pasir mahu pun orang luar sudah dapat mengagak siapakah orangnya.

Respon dari kebanyakkan rakyat Permatang Pasir memang mahukan Mat Sabu yang menjadi calon, malangnya dia tidak ada berahi (maaf, guna ayat Abang Ali) untuk bertanding disitu. Kita pula kenalah menghormati pendirian beliau.

Dipihak UMNO BN pula sampai sekarang kita tidak dapat langsung bayangan orang yang akan menjadi calon mewakili mereka. Mereka pun tidak berahi juga, macam mana hendak berahi kalau sudah tahu memang sukar hendak menang. Lainlah kalau kawasan yang boleh menang.

Mereka pun macam orang PAS juga, ada orang-orang PAS bila ada pilihanraya kecil dan tahu sesuatu kawasan itu boleh menang pasti ada yang sibuk hendak menjadi calon. Bila ada orang luar tetapi layak menjadi calon disitu maka akan keluarlah kenyataan seperti “kita perlu ambil orang tempatan” atau pun “orang tempatan lebih layak menjadi calon”. Sentimen anak tempatan yang ada kepada orang PAS pun mulalah kedengaran, perangai sebiji macam UMNO.

Untuk Permatang Pasir juga terdengar satu kenyataan baru-baru ini menyebut “kita perlu ambil orang tempatan yang menetap disini”, “orang tempatan tetapi menetap diluar tidak sesuai”, rasanya ramai yang dapat mengenali siapakah yang dimaksudkan orang tempatan tetapi menetap diluar itu.

Walau bagaimana pun kepada para petugas parti, pasukan keselamatan, para pemimpin parti, para menteri kita ucapkan SELAMAT DATANG KE N11 PERMATANG PASIR..

No Responses to “N11 Permatang Pasir..Selamat Datang..”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: