PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Archive for August 2009

Naik kalah, turun pun kalah, lebih baik dinaikkan..

August 31, 2009

1Malaysia, rakyat didahulukan. Terbukti kebenarannya apabila harga minyak petrol dinaikkan mulai 1 September. Bila dinaikkan harga minyak, barang keperluan turut naik. Akibatnya membawa kepada kekalahan teruk dalam pilihanraya. Diturunkan harga minyak, mudah-mudahan dapat dikembalikan sokongan, malangnya kalah juga. Harga minyak naik kalah, diturunkan harga, kalah juga. Lebih baik dinaikkan semula.

Pecat Chua Soi Lek..UMNO tak ikutkah?

August 30, 2009

Menurut laporan Malaysiakini, salah seorang ahli lembaga disiplin Parti MCA dilaporkan sebagai berkata “parti tersebut tidak boleh terus memikul beban memiliki seorang pemimpin yang akan sentiasa menjadi bahan ejekan dikalangan orang ramai dan juga dikalangan ahli politik, orang ramai akan terus mempersenda apa yang dilakukannya dan mempersoalkan integriti parti, jadi kami terpaksa memecatnya”. Apa yang […]

Kepala lembu dan 1Malaysia..

August 29, 2009

Beberapa NGO Melayu bersama sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam telah berarak dan berdemontrasi sambil membawa kepala lembu yang masih berdarah ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai membantah cadangan pembinaan kuil Hindu ditempat mereka. Satu tindakan yang bijak, bawalah kepala lembu lebih banyak lagi selepas ini, teruskanlah usaha meniup api perkauman kerana akan bertambah […]

Benarkah cerita di Kedah II..?

August 28, 2009

Sultan Kedah telah memperkenankan seorang ADUN digugurkan dari jawatan Exco selepas beliau mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi ahli bebas. ADUN tersebut sebenarnya sudah lama didengar memberi berbagai masalah kepada Kerajaan Negeri. Tempat beliau sebagai Exco diambil alih oleh seorang lagi ADUN yang juga datangnya dari PKR. Tetapi benarkah cerita yang didengar ADUN tersebut juga […]

Teruskanlah hasrat untuk berkawan dengan UMNO BN..

August 27, 2009

Berakhirnya pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir, PAS yang mewakili Pakatan Rakyat meneruskan kecemerlangan Pakatan Rakyat ketika menghadapi pilihanraya kecil. Harapan pihak BN agar rakyat kembali menyokong mereka terus menemui kegagalan, apakah lagi usaha yang boleh dibuat oleh pihak BN untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap mereka selepas ini? Berbagai usaha telah mereka lakukan, jutaan ringgit telah […]

Mahfuz, rupanya Zahid Hamidi sahabat baiknya..

August 26, 2009

PAS menang di Permatang Pasir. Bertempat di Markas Besar PAS bagi Pilihanraya Kecil N 11 semalam berlangsung ceramah kemenangan bagi pilihanraya kecil tersebut. Beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat telah diberi peluang berucap meraikan kemenangan tersebut dihadapan ribuan penyokong dan pengundi Permatang Pasir. Ramai yang merungut apabila mendengar ucapan Pengarah Pilihanraya PAS Dato’ Mahfuz Omar bagi […]

Permatang Pasir, kemana hilangnya pemimpin PAS ini?

August 22, 2009

Sudah banyak hari tidak ada posting, bukannya apa? Sebagai orang yang mengenali selok belok di Permatang Pasir, mendapat tugas menemani seorang pemimpin berkempen kesana sini. Memang seronok dapat berjumpa ramai teman-teman dari seluruh tanahair tetapi seringkali balik kerumah awal pagi, keletihan dan idea pun hilang. Sepanjang tempoh berkempen, cuma satu pertanyaan sering bermain difikiran, kemana […]

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..

August 21, 2009

Tahniah kepada anda kerana dipilih Allah dan dipanjangkan umur sehingga Ramadhan tahun ini. Semoga Ramadhan kali ini memberi satu kekuatan kepada kita untuk meraih dan merebut segala anugerah dan bonus yang ditawarkan oleh Allah kepada kita (diambil dari sms yang diterima daripada YB Mohd Nasir bin Mustafa, ADUN KUBANG ROTAN, KEDAH). SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..

Mat Sabu..kisah iblis dengan Nabi Isa..

August 16, 2009

Bersama dengan beberapa orang rakan berbual dengan AJK PAS Pusat, Hj. Mohamad bin Sabu semalam. Beliau menarik perhatian kami apabila mengimbas kembali kisah yang selalu di bawa oleh Mantan Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Nor didalam ceramah-ceramah beliau. Kisah tersebut adalah mengenai peristiwa Nabi Isa yang dikunjungi Iblis dan Iblis telah menyeru Nabi Isa mengucap […]

Jimat RM36 juta..mengapa ada yang berubah air muka.??

August 15, 2009

Mengapa ada yang berubah air muka apabila AJK PAS Pusat, Haji Mohamad b. Sabu menyebut tentang kejayaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin YAB LIm Guan Eng menjimatkan wang sehingga RM36 juta setahun dengan menggunakan kelas ekonomi untuk penerbangan Ketua Menteri, para exco dan pegawai-pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas, begitu juga dengan menggunakan standard room […]