PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Presiden atau Timbalan Presiden PAS harus letak jawatan??

Rasanya tidak mahu bercakap mengenai isu kerajaan perpaduan lagi, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat pun telah membuat keputusan bahawa ianya telah selesai.

Namun betul kata sesetengah pendapat, luka akibat kerajaan perpaduan ini telah meninggalkan parut yang sukar dibuang. Ini dapat dilihat apabila menghadiri ceramah-ceramah dan bila bertemu sesama ahli-ahli PAS, tidak dapat dielakkan dari ianya terus menerus diperbincangkan. Dalam keadaan yang berlaku ini memang benarlah PAS telah berpecah.

Lihat sahaja komen yang diberikan oleh seorang yang menggelarkan dirinya sebagai ‘menara api’ dalam rencana bertajuk ‘Harapan Kepada PAS Pulau Pinang’, maklumat yang beliau dapat mengatakan sokongan sudah jatuh sehingga 40%.

Sementara itu, akibat dari menentang keras idea kerajaan perpaduan, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hj. Nik Aziz bin Nik Mat pula tidak habis-habis diserang oleh pihak UMNO BN sekarang, ada sahaja isu digunakan untuk menghentam beliau. UMNO yang lemah sekarang dilihat cuba berpaut dengan isu kerajaan perpaduan sudah tentu tidak berpuas hati dengan Mursyidul Am PAS tersebut kerana berjaya menghalang usaha
untuk mengembalikan kekuatan mereka.

Namun yang paling menarik sekali ialah pandangan yang didapati oleh seorang rakan yang bertemu dengan seorang wartawan akhbar cina baru-baru ini. Wartawan akhbar Cina tersebut telah berkata kepada beliau, salah seorang samada Presiden atau pun Timbalan Presiden PAS harus mengambil tanggungjawab dengan meletak jawatan, barulah ianya boleh mengembalikan kepercayaan orang ramai kepada PAS. Bagaimanakah pula pandangan para penentang kerajaan perpaduan??

5 Responses to “Presiden atau Timbalan Presiden PAS harus letak jawatan??”

  1. terusla jual ubat batu api tu…laknat kpd kau yg nk kpd perpecahan dlm PAS!!!xabis2 nk jd batu api kpd TGHA, TGNA dan Ustaz Nasha. smg Allah ampunkan kau!!!

  2. bodoh, diorg seraang TGNA sbb prk mu, bukan sbb UG..jgn jual batu api la mangkuk!!!

  3. Letaklah jawatan – jika ahli terima, ambik semula.

  4. komen fatimah

    Letaklah jawatan – jika ahli terima, ambik semula.

    bole diterima, baik tapi hampir pasti untuk dilaksanakan

  5. komen fatimah

    Letaklah jawatan – jika ahli terima, ambik semula.

    bole diterima, baik tapi hampir PASTI TAK BOLEH dilaksanakan

    so sori, terburu-buru submit tadi


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: