PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Harapan kepada PAS Pulau Pinang..

Bekas Naib Presiden PAS, Hj. Mohammad b. Sabu antara yang dilantik oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang,  Ustaz Salleh bin Man untuk menjadi Timbalan Pesuruhjaya, dua orang lagi yang turut dilantik untuk bersama menjawat jawatan tersebut  ialah Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Ustaz Rosidi Hussein.

Rasanya gandingan mereka yang disebut tadi adalah suatu gandingan yang baik, siapa tidak kenal Hj. Mohamad b. Sabu. Begitu juga dengan Dr. Mujahid Yusof Rawa, manakala Ustaz Rosidi Hussein adalah seorang peguam yang juga merupakan Yang DiPertua PAS Kawasan Kepala Batas. 

Sebelum ini pernah juga terdengar rungutan dari ahli-ahli PAS di Pulau Pinang yang mengatakan Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh DAP di Pulau Pinang meminggirkan PAS dalam Kerajaan Negeri,  Jawapan kepada rungutan itu ialah dengan hanya memenangi satu kerusi kita harus sedar akan kedudukan kita.  Jawatan Yang diPertua Agama Islam yang pada mulanya dijanjikan kepada PAS pula telah dirampas oleh pihak UMNO.  Yang lebih kepada PAS Pulau Pinang sekarang pun adalah untuk jawatan JKKK yang banyak diberikan kepada ahli-ahli PAS.

Oleh itu perkara penting yang perlu difikirkan bersama oleh saf  baru kepimpinan PAS dan ahli-ahli di Pulau Pinang adalah dapat bagaimana caranya untuk PAS memenangi lebih banyak kerusi di Pulau Pinang agar tidak ada lagi yang merasa dipinggirkan.  Hubungan baik antara komponen Pakatan Rakyat juga harus dijaga dan dihentikan segera segala pertelingkahan.  Harapan kita bersama mudah-mudahan kepimpinan PAS yang baru ini dapat membawa perubahan kepada PAS Pulau Pinang.

4 Responses to “Harapan kepada PAS Pulau Pinang..”

  1. bagus la semangat dlm pas, semua diberi ruang untuk beri sumbangan, beri tenaga dan pikiran, jgn jadi mcm umno, kalah je kena CANTAS.

  2. Mana boleh hoi……Dia calon Tibalan Presiden….nak duduk Timbalan Pesuruhjaya yg ke 2 pula tu…..? Tak kena tu……ni ada anasir jahat Mujahid utk merendahkan Hj Mohamad Sabu….

    Abg Mat kena tolak…..

  3. aku baru blk dari majlis makan bersama pemimpim pas-ust azizan,ust hassan razak dan bang mat sabu, cukup simple majlis tu, 3 org ceramah, habis sebelum jam 11 mlm.paling ketara ceramah bang mat punya la hambar, pendek,isi lama/lapuk.aku syak, ni mesti ada yang tak kena ni,awat pimpinan pas jadi mcm ni????????????tolong la, selesaikan lah masalah rumahtangga elok2, ada dapat maklumat yang org cina, india ramai dah tak caya kat pas,sokongan drop 40%,umno menang lagi la mcm ni. statement TGNA kat ust nasa pun ada mention belakon tak dapat duit la, aku syak depa ni tak settle lagi ni……sapa la dok nak buat onar lagi ni…….

  4. patut la ceramah bang mat hambar, angkara mujahid rupanya…………………………………………………………
    dah nak gaduh pulak la ni…..maaaaaaaaaaaaacam umno.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: