PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Mahfuz, Salahudin Ayub akan menggantikan Mat Sabu..?

Penulis blog sokongpr.blogspot.com meminta para penyokong Pakatan Rakyat memfokus 4 isu utama selepas redanya isu UG atau pun kerajaan perpaduan.

4 isu utama tersebut adalah..

1. Gerakan mansuhkan PPSMI.
2. Gerakan mansuhkan ISA.
3. Gerakan membebaskan sistem kehakiman yang dikuasai eksekutif.
4. Gerakan Bersih-hapuskan undi pos dan pembersihan senarai pengundi hantu.

Kita penyokong Pakatan Rakyat sudah semestinya bersetuju dengan penulis blog sokongpr tersebut. Selalunya antara yang perlu dilakukan dalam menggerakkan agenda-agenda tersebut adalah dengan diadakan demontrasi. Sebelum ini yang selalu memainkan peranan penting untuk menjayakan sesuatu demontrasi akan diserahkan tugas untuk diketuai oleh Bekas Naib Presiden PAS, Hj. Mohammad b. Sabu. Biasanya beliau akan dapat menjalankan tugasnya dengan begitu berjaya, beliau juga akan dapat memanggil ramai penyokong tidak kira kaum untuk bersama-sama menyertai sesuatu demontrasi itu.

Tugas-tugas tersebut sekarang sudah tentu akan dipikul pula oleh Naib-naib Presiden PAS yang baru terutamanya YB Salahudin Ayub atau pun YB Datuk Hj. Mahfuz Omar. Sudah tentu mereka juga akan mampu untuk menjalankan tugas-tugas tersebut. Itulah harapan kita dan semoga kedua-dua pemimpin baru ini akan mampu melakukannya seperti Hj. Mohammad b. Sabu.

One Response to “Mahfuz, Salahudin Ayub akan menggantikan Mat Sabu..?”

  1. kita percaya mereka bakal melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan lebih baik lagi………..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: